Wednesday, April 2, 2014

Mr. F dan Char Kuey Teow Telur Mata.

Air teh ais disedut sebarang dua.
Buat melepas kering dahaga tekak yang bergelora.
Bergelora? Ingat tsunami?
Lautan Hindi?
Ecehhhhh puitis la konon.

Char kuey teow KWSP terhidang depan mata.
Air liur terleleh dilap segera.
Takut dikata selekeh.
Eventhough I dont even care.
Tapi dah norma masyarakat.
Adab Mama aku ajar.
Manner harus dijaga di tempat awam.
Ecehhhh.

Ku tenung pinggan char kuey teow extra itu dengan penuh nafsu.
Layaknya pandangan manusia gersang.
Telur mata separuh masak santun landing baik punyaaaa di atas pinggan.
Sopan bersimpuh di atas susunan kuey teow yang gebu.
Makin ditenung makin aku geram. Aummmmmmmmmmm.
Telur kuning separuh masak itu yang paling aku geram.
Akan ku pecahkan dara telur mata itu dengan rakus.

Sudu dan garfu siap siaga di kiri kanan tangan aku.
Terpegang erat di celah-celah jari jemari.
Hujung garfu tajam berkilat memancar-mancar cahaya kebuasan dan kebinatangan.
Riwayat telur akan terhapus biar tinggal nama.

Zassssssssssssssss.
Tanpa budi bicara.
Tanpa sepatah kata.
Tanpa sempat berbahasa.
Garfu kejam mencucuk (juga kejam) ke dada (ya, dada) telur kuning si telur mata.

Prittt prittttt.
Lelehan larva panas (actually dah x panas), menuruni dan membasahi permukaan telur.
Meleleh sehingga ke ladang, eh bukan, ke kuey teow di bawah.
Bertemu dan bersatu tanpa prejudis.
Ada perasaan puas dalam hati.
Mata aku berputar 30 darjah.
Melihat ke depan.
Ada satu lagi kuey teow bersama telur mata.
Yes, aku temui satu lagi mangsa baru.

Garfu diangkat tinggi.
Bersedia untuk membidik laju.
Kali ini mahu tepat ke tengah dada si telur mata.

Tiba-tiba ada anasir memasuki scene sadis ini.
Bukan garfu, tapi sudu yang menamatkan riwayat si telur mata.
Sadis, sudu terus menerkam.
Terus memotong.
Tiada adegan lelehan telur mata penuh dramatik.
Tiada gema background musik melankolik.
Ohhhh kejam.
Ohhhh sadis.
Ohhhh pathetic.

Excitement makan telur mata hilang.
Sedih mengenang riwayat telur mata separuh masak tamat sebegitu rupa.
Takde nilai-nilai sentimental dramatik melankolik betul tuan pemakannya.
Rakus betul makannya pon adoiiii.
Aku pandang si dia dengan tak puas hati,
Dia semcam x perasan.
Makan secara innocent.

"Awak, baca tak link yang orang bagi tu?"
"Link yang mana?"
"Link terfaktab."

"Terfaktab?
Blog yang kononnya, if I can quote, kononnya "Blog paling menikam jiwa dalam relationship" tu?
Yang mengandungi 25% sarkastik, 10% carutan, 10% jiwang, 35% ilmiah, dan 20% humor tu? Oh memang tak lah. Orang kental. Takde jiwang-jiwang berduka dan lara macam tu."

"Eleh. Yeke? Tapi orang rasa Mr.F yang komen-komen dekat terfaktab tu awak la."

Ah sudah.
Kantoi dah ke?
Maluuuuunya.

"Kenapa rasa saya pulak?"

"Sebab ayat dia. Gaya bahasa dia komen tu. Macam awak. Exactly. I know you lah."

Shitttt!!!!
She's usually be wrong so many times before.
Her instinct really wrong so many times before.
Tapi.....

"Enough lah. Makan lah. Nanti sejuk."

Dia tarik muka.
Sambil telan menelan kuey teow tu.
Telur mata dah hilang.
Completely gone.
Not even a piece left sebagai bukti kewujudannya.
Hahaha.
Rakus betul.

*************************

My confession : Memang aku pon Mr F tu. Tak tahan baca kisah duka lara gadis-gadis meroyan bajet putus cinta ditinggalkan kononnya lah kan lelaki semua sama. Eh btw kan aku x racist dengan perempuan. Tak semua perempuan sama. Jangan butthurt pulak.

Bukak terfaktab. Ko skodeng semua entry dia. Cek komen-komen aku. Baca kenapa aku komen. Baca macam mana aku komen. Aku x racist. Aku rasiiiiional. Titik. Hahaha

p/s: notabulukaki - Lelaki semua sama? Perempuan pon sama la weiii. X sama kau kata? Kau shemale eehhhh? Kahkah. Butthurt la tu.





Tuesday, April 1, 2014

Slot Infiniti - Kisah Kayla Si Gadis Misteri (Part 2)


"Awak. Awak still ingat tempat ni?"

Aku terdiam.
Sel-sel otak ligat bersambung.
Try link kan satu persatu event.
Ingat? Apa yang dia suruh ingat?
Even dia pon aku x ingat.
Ouchhh come on la Faqrul.

Aku garu belakang kepala yang x gatal.
Aku betul-betulkan cermin mata yang x senget.
Aku usap-usap rambut yang x jatuh.
Aku picit-picit jari yang x lenguh.

Dia macam perasan.
Sebab dia sengih.
Nampak gigi arnab.
Comel gila. Nak jer aku terkam. Haha.
No. Tak boleh. Aku ingat apa Mama dengan Ayah aku ajar.

"Haha. If you can remember. The exact first day of registration. Back then 4 years ago. Masa awak sibuk daftar, and uruskan documentation and all the related stuff. Awak keluar masuk bilik rehat siswa siswi dekat school Mechatronics. You know what? Ayah awak spend his time walking all around this place, School of Manufacturing Engineering. Looking through every piece hanging on the wall. See, that noticeboard? There, he stood for a minute, looking through all the masterpiece drawings your seniors had done. Thinking of how this place will be the memorable place for his son. Tempat awak akan spend masa 4 tahun trying hard to obtain a degree. He sure expect high from you. Hoping for your success one day. He sure proud of you."

Dia senyum.
Aku diam.
Tak terlintas nak berkata-kata.
I am totally overwhelmed.
Overwhelmed dengan cerita dia.
Seolah-olah terlalu kenal siapa aku.
Otak makin kusut mencerna siapa dia sebenarnya.

Dia pandang ke arah aku.
Perlahan dia usap jari aku.
Menuntun aku berjalan ke sisi lain.

"Tu, Design Studio hujung tingkat atas tu. Do you still remember that place? The "keranda"? Hahaha. "Kalau kamu semua buat macam ni, kamu masuk keranda lah. x boleh pergi jauh." Ingat tak Prof Ismail aka Prof I suruh satu kelas awak lukis plus minus around 100 designs of pendrive as homework? Then dia suruh letak that piece of paper contains all 100 designs onto the floor? Dia pandang. Dia puji seorang dua. Yang lain dia pijak satu persatu. Yes, Fakhrul. Including yours. Dia kata "macam tadika". Do you still remember? Sadis kan. Saya tau masa tu macam-macam awak fikir. Boleh ke tak awak nak continue benda ni. Journey panjang lagi ni. Or should you just ikhtiar tukar course or whatsoever you could have done. Because I know, its hard to continue things you were not intended to do. Kan? Lagi-lagi awak budak sains hayat. Budak biologi time matrikulasi dulu. Gila from study pasal Merchantia species, Amoeba species, Respiratory System, Pulmonary Artery, Bronchioles, Avioli, etcetera semua term-term haram jadah tu. Then masuk U, awak sambung engineering. The worst part is engineering yang involved dengan design. Gila. Mana awak reti nak lukis-lukis ni kan. Awak bukan budak seni. Double heart attack. Kalau ikut hukum biologinya, receiving double heart attacks means you could die. Totally. Haha."

I wondered, mana lah Prof I sekarang.
Ada lagi ke tak.
Sihat ke tak.
Harap dia sihat.

Aku makin terdiam.
Semua yang dia cakap semuanya betul..
Semua benda-benda lama yang aku lalui dulu.
Macam mana apa yang aku fikir pon boleh dia faham.
Mampu mencerna satu persatu pemikiran aku.

Sekilas dia pandang aku.
Dia senyum.

 -BERSAMBUNG-

p/s: notabulukaki - PART 1 <= PREVIOUS . NEXT => PART 3 , PART 4

Sunday, March 30, 2014

Perihal Masa Depan

Dua tiga minggu lepas aku ada masuk satu talk ni.
Bukan rajin tapi sebab wajib.
School aku yang buat.
Semua forth year students wajib masuk dengar talk tu.
So aku dengan x berapa nak ikhlas yang terpaksa ikhlaskan hati pon masuklah dengan redha.

"HALA TUJU PELAJAR SELEPAS BERGRADUASI"

 ***

In life, we often reach a point of no return.
Point where we need to decide crucial decision.
Decide between choice number one or choice number two.
Decision between life and death.

Same goes to me.

Just imagine, after drive for quite a hours, suddenly you reach a junction. A junction of no return. You have to choose either to turn left or right. By hook or by crook, you have to have a choice in your hand. Time ticking. You are running out of time.

Kau tengok sebelah kiri. Jalan rata. Takde tol. Takde lopak. Takde lubang. Sekali pandang kau memang sure drive kau akan smooth. Sesmooth iklan nescafe Harith Iskander. Kira kalau kau ambik jalan ni confirm cepat sampai la. Tapi jalan mana takde obstacle kan. Decision mana yang takde risk kan. Jalan yang kau nampak smooth and rata tu actually jalan kecik. Dikelilingi hutan tebal dengan gaung dalam nokharommmmm. Penuh binatang buas. Kira silap sikit memang kau terkubur kat situ la citer dia.

Kau tengok pulak jalan sebelah kanan. Jalan bengkang bengkok. Tak rata. Lopak lubang bagai penuh. Berbukit bukau pulak tu. Memang dengan condition kereta manual umur sebaya budak darjah dua yang kau drive tu, confirm bengkak kaki kau asyik main clutch. Tu tak kira kes clutch sangkut gear tak masuk tu. Lagi teruk takde stesen minyak langsung. Jauh punya jauh tapi satu stesen pon takde. Kira kalau kau jenis nawaitu isi hati kedekut taik hidung masin, nak isi minyak setakat isi sebab nak usha awek kaunter semata-mata bukan sebab nak isi full tank untuk persediaan journey kau, memang habis tersadailah kereta kau cerita dia. Tapi pemandangan sekeliling memang best. Sunrise sunset sumer clear nampak. Dengan tasik di kejauhan. Kira memang perghhh lah pemandangan dia. Kena pulak dengan jiwa naturalist and environmentalist kau. Memang heaven la wa cakap lu kan.

Dua-dua jalan memang boleh reach destination kau. Cuma obstacle jer membezakan. Ketidaksanggupan kau memilih untuk berhadapan dengan risiko, menjadi penentu keputusan kau. Tapi kau kena sedar. Keputusan tak akan jadi keputusan kalau terlalu mudah untuk dibuat. Atau takde dilema nak memilih. Tu bukan keputusan nama dia. Tu pilihan yang dah terbentang. Tinggal kau nak ambil guna dalam hidup kau. Erk faham tak?Let's say kau pilih satu jalan. And kau sangguplah kononnya nak harung susah tu. Eventhough kau sanggup hadapi risiko pilihan kau, kau kena tengok jugak persediaan dan bekalan yang ada dekat kau. Kau sanggup go through jalan sebelah kanan tu tapi tangki minyak kau tu cukup ke. Padahal kau sedar takde stesen minyak dah sepanjang jalan tu. Dah terang-terang besar sebesar bapaknya pun signboard inform "No Petrol Station Along This Road". So? Releven ke kalau kau buat pilihan tu? I don't think so dude. Tu namanya tak sedar diri. Bercita-cita melebihi kemampuan diri.

Now lets go back to the talk. Punyalah bersungguh Dr Azuwir dengan Dr Hafizah explain kat depan kan. Aku dah melayang. Terbang melayang singgah ke FaqrulLand. What is the destination of my journey after graduating? Kerja teruskah aku? Or postgraduate studies? Frankly speaking, It has been my lifetime dream to further my studies as high as I can. Setinggi yang sampai dah tak boleh dah nak sambung. But yet to decide untuk continue terus? I don't think it is a wise decision. Eventhough I do wish. Gila heaven dapat master and Phd time umur muda. Dulu aku pernah ada lifeplan. Nak dapat master before umur 25 and PHD before umur 27. But I don't think that plan is available now.

 Financial? One of my dream lagi adalah untuk sambung master without making any loan. Means 100% duit sendiri. Dah letih dengan loan ptptn ke apa ke.  So macam mana lah dream aku yang ini akan tercapai kalau aku tak kerja dulu. I wish I had a choice to say that I will continue master directly after my degree. I wish I already have proper job so that I dont have to think about job position after I graduating from postgraduate studies. I wish I have a firm financial in terms of my own money, not my parents or loan's money. I wish I don't meet this junction. I wish I drive auto car instead of manual. So that I don't have to worry about musculoskeletal disorder dekat kaki aku dek main dengan clutch duk tukar gear memanjang. So that I have better view of the choices in front of me. So that I have choice to choose my choice entirely based on my needs and my dreams. Rather than looking at from the side of distinct person. I wish I am more me than you. I wish life is easy. I wish I can do all things I wanted all at the same time. If only I can turn back time. If only I can say what I said. Life is not easy huh?

They said, "If you failed to plan, then you planned to fail."
They are totally wrong I guess.
They just create that phrase merely from the wordplay.

So Faqrul, keep walking. Held ypur head as high as you can. And let the FATE from the ALMIGHTY forward you to the place where you are belong. Always keeping my faith on Him, InsyaAllah.

p/s: notabulukaki - I'm having hard time. I'm down. I wish I can give up. Haha

Saturday, March 29, 2014

Konfesi Kecil

Every single time I spent,
Every single word I used,
Every single song I sang,
Every single dream I had,
Every single hope I held,

Believe me,
I never regret it.
Not even once.

Titik.



The only thing I regret is,
how the dish I prepared by my own hands,
turns out to be this sour and bitter,
for even me,
found it hard to be swallowed.

Titik sekali lagi.

Wednesday, March 26, 2014

Miss Library


Flashback sekitar semester 3-5
Venue : Mini-library kwsp kangar

***

Niat sudah ditanam dalam hati.
Nawaitu sudah tersemat dalam sanubari.
Test 1 esok harus di skor.
Tekad sudah membulat.

Bajet gigih.

Buku thermodynamics aku buka perlahan.
Habuk halus berterbangan.
Nampak sangat baru buka.

Cheitttt.

Muka surat pertama dibaca.
Nafas ditarik cermat.
Harum bau menerosok ke hidung.
Bukan bau buku ni.
Ni bau perfume gadis.
Aku syak separuh botol dia sembur.
Library jer pon.

Nasib gadis.

Aku hilang fokus.
Wangi sangat.
Tekad mula goyang.
Aku scan sekeliling.
Sambil belek buku.
Tangan bajet menulis.
Decoy jer tu.
Gaya harus ada.
Gaya manusia berjaya.

Ecehhh.

Ramai betul students bawak laptop.
Lumrah la tu kan.
Nama pon library.
Komputer yang ada pon zaman purba.
Jenis kau taip sepatah, 5 minit kemudian baru muncul.
Punyalah old-school.
So terpaksa la bawak laptop sendiri.

Ada yang bawak laptop sbb kedekut nak print notes.
Ada yang nak online buat research.
Ada jugak bawak laptop xlebih decoy semata-mata.

Tapi laptop yang itu jugak yang aku pandang.
Wallpaper gadis berselendang.
Style lilit Hana Tajima.
Warna merah baju hitam.
Menawan.

Tapi sayang seribu kali sayang.
Terselindung dek si empunya badan.
Curiosity memuncak.
Wajah dia harus ditatap.

Jemari diletupkan.
Ktukk Ktukk.
Kerusi ditolak.
Aku bersedia berdiri.
Hajat mahu bajet mencari buku.

Eh dia bangun.
Tanjat titewww.
Aku duduk menggelabah.
Hilang habis semua cool.
Dia menapak makin menghampiri.

Kalkulator aku tekan tanpa tujuan.
Kertas A4 aku pegang tanpa arah.
Dia semakin menghampiri.
Peluh jantan mula membasahi.

Dub Dubb Dubbb
Jantung berdetak.
Wajah dia harus ditatap.
Objektif tersemat.
Peluang emas tak kan tersiakan.

Punyalah nekad.

Setapak dua tapak.
Dia berselisih.
Aku pandang dia.
Dia pandang aku.
Aku senyum.
Dia senyum.
Maluuuuu.

Ouchhh cutenya.

Objektif tercapai.
Eh gigi.
Shit xperasan gigi dia.
Tolonglah gigi arnab.
Perfect!!!
Confirm xlena tidur.

Tapi,
Sampailah aku balik.
Dia pergi x kembali.
Sedih.

***
The Real Hana Tajima

Dia?
Gila nak snap gambar dia.
Aku x pervert . Gila.
Dah lama x jumpa dia.
Dah grad kot?
Ke aku yang dah x pergi library?
Heh.

p/s: notabulukaki - 2,3 kali aku terjumpa dia kat library, still ak xperasan gigi dia. Ekekekeke.

Monday, March 24, 2014

Slot Infiniti - Kisah Kayla Si Gadis Misteri (Part 1)

Rasa hangat galak melingkar di celah jemari aku.
Erat betul dia genggam tangan aku.
Entah siapa dia pon aku tak tahu.
Ini gila. Melulu ditariknya aku.
Mahu bersembang katanya.
Entah kenapa koridor belakang "school" itu yang dia pilih.
Semacam ada sejarah silam antara aku dan dia.

Eyyy. Mana mungkin.
Dia terlalu sempurna untuk menjadi sejarah aku.
Ecehhh.

Drastik. Ya terlalu drastik.
Aku berdiri di luar makmal.
Then tiba-tiba dia di sisi.
Sepatah kata sahaja yang diluahkan.
Dan tanpa sempat bicara terus digenggam tangan aku.
Bodoh. Bodohnya aku hanya mengikut.
Entah akan diapa-apakan aku bagaimana?
Perempuan sekarang bukan boleh percaya.
Baru aku terbaca artikel kes lelaki di luar negara diperkosa wanita secara bersiri.
Mungkin aku mangsanya? Mangsa pertama kes serupa? Tapi di Malaysia?
Chehhh otak dah start kuning.
Eyyyyy. Impossible la.

Siapa dia?
Secret admirer aku ke?
Hehhh. Nakal betul imaginasi aku.
Perasan sekali sekala.
Tak mustahil. Eh mungkin secret admirer membe aku?
Oh itu tidak boleh jadi.
Tapi tak mustahil.
Shittt.

"Awak sihat?"

Dia berbasa-basi. Too cliche.

"Alhamdulillah. Sihat jer. Just sekarang busy la dengan fyp." 
"Oh. Ok la tu. Biasa la final year student kan. Buat apa x balik lagi? Fyp?"
"Haha. No la. Just tadi lepak luar tunggu membe. Dia jumpa SV dia."
"Oh yeke. Haha."

HAHA. The unsignificant laugh when things getting awkward.

"Sampailah awak dragged saya macam ni."
"Haha. Sorry about then. Maaf ya."
"Oh, its okay. But can I know who are you? Curious. Haha."

Bibir dia mengukir senyum.
(Ok. Bibir dia seksi. Eceh.)
Senyum untuk apa?
Tersedar kegelojohan sendiri mungkin.
Mungkin la kan.
Tu pon kalaulah dia sedar.
Tiba-tiba pegang tangan bukan ajnabi.
Gila. Kalau Mama aku tau ni bising dia.

"Just call me Kayla."
"Ok. Hi Kayla. And I Fakh....."
"Fakhrul. Yea I already know you. In and out actually."

Erk. In and out?
Gila freak. Creepy gila minah ni.
But I still stand there.
Not even blinking.
Apatah lagi meloloskan diri.
Sebab dia comel kot.
Nope. Bukan mungkin. Dia memang comel.
No doubt.

Mata jernih. Wajah bersih.
Berselendang. Hana Tajima.
Berjubah warna sedondon.
Pakai heels sikit.
Gigi arnab.
Perghhhh. Perfect!!!
Cute giler.

"Kayla. Awak first year ke? Because you just so so unfamiliar."
"No lah. Saya fourth year. Just like you."

Pelik. Kalau fourth year, how come not even one of my friend sedar kewujudan dia?
Perempuan sesempurna dia. Impossible la tak ada yang perasan.
Nak compare dengan minah pakai spect tu? Memang x sentuh la. Haha.

"Awak. Awak still ingat tempat ni?"

-BERSAMBUNG-

p/s : notabulukaki - Next => PART 2 => PART 3 => PART 4

Saturday, March 22, 2014

Slot Infiniti - The Birdie's Persona

Angin redup bertiup.
Awan berarak perlahan.
Matahari 60 darjah menunjukkan diri.

Chirp Chirp Chirppp

credit : Miss Google Image

***
Burung sekawan duduk bertenggek,
Duduk bertenggek di atas batu,
Puas menyakat mereka mengekek,
Menjalin ukhwah satu persatu.

***




Chirp Chirp Chirppp

Zeus si burung hijau.
Leo si burung purple.
Carl si burung putih.
Eli si burung hitam.

Chirp Chirp Chirppp

Leo gelak terbahak-bahak.
Zeus gelak terbahak-bahak.
Eli gelak. Sekadar gelak.
Carl? Terbang dengan sekawan burung betina.
Masuk line mungkin.
Haha

Chirp Chirp Chirppp

Leo di depan.
Zeus di sisi.
Eli di belakang.
Eli diam.

Chirp Chirp Chirppp

Zeus pandang Leo.
Leo pandang Zeus.
Eli pandang ke tanah.
Eli diam.

Chirp Chirp Chirppp

Leo membuka cerita.
Zeus argue.
Leo defend.
Eli gelak. Eli argue.

Chirp Chirp Chirppp

Leo pandang Zeus.
Zeus pandang Leo.
Masih argue berdua.
Pandangan Eli diketepi.
Eli x disedari.
Eli diam.

Chirp Chirp Chirppp

Carl puas terbang.
Carl join into the group.
Carl ikut argue.
Leo defend.
Zeus masih dengan point sama.
Eli diam.

Chirp Chirp Chirppp

Talking and listening.
Joking and laughing.
Leo Zeus dan Carl di depan.
Eli tertinggal di belakang.
Tak disedari.
Tak dikisahi.
Eli senyum separuh gelak.
Eli diam.

Chirp Chirp Chirppp

Bagai melukut di tepi gantang.
Ada tidak ada serupa.
Ada tak bermakna.
Tiada tak kurang makna.

Chirp Chirp Chirppp

Eli diam.
Eli seorang.
Eli terbang melayang.
Jauh dan makin jauh.

Chirp Chirp Chirppp

Discriminate.
Double standard.
Unfair.
Unattended.

Chirp Chirp Chirppp

Eli terbang dan terus terbang.
Terbang dalam imaginasi sendiri.

Daripada Ibn Mas’ud katanya Rasulullah s.a.w . bersabda: “Apabila kamu bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa orang ketiga sehinggalah mereka berada di kalangan orang ramai kerana itu akan menyebabkan dia akan bersedih.

Chirp Chirp Chirppp

Eli teringat.
Eli patah balik.
Eli terbang kembali.
Senyap menyelinap.
Duduk di belakang.
Melihat Leo Zeus dan Carl masih bercerita.
Pemergian Eli yang sebentar tak disedari.
Sedih?

Artinya: “Abu Ayyub Al-Anshari r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw bersabda, tidak dihalalkan bagi seorang muslim memusuhi saudaranya lebih dari tiga hari sehingga jika bertemu saling berpaling muka, dan sebaik-baik keduanya ialah yang mendahului memberi salam.”

Chirp Chirp Chirppp

Credit : Miss Google Image

Eli senyum.
Syukur setan belum sempat merajai.
Syukur akal masih waras memikiri.
Syukur Tuhan bukakan pintu hati.
Alhamdulillah.

p/s : notabulukaki - UkhwahTillJannah. Eceh. Haha