Showing posts with label Kisah Kayla Si Gadis Misteri. Show all posts
Showing posts with label Kisah Kayla Si Gadis Misteri. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Slot Infiniti - Kisah Kayla Si Gadis Misteri (Part 4)

Dia berhenti.
Dia pandang aku.
Tangan dia perlahan memeluk lengan aku.
Mata bertentang mata.
Kepala dia berlabuh di dada aku.

Semacam mahu melepas lelah.
Ada ombak dalam nafasnya.
Mungkin menahan resah.
Atau menahan emosi yang semakin berat?
Aku makin x faham dengan dia.

Kejap.
Aku dah confuse mana halatuju cerita ni.
Tema memori lama ke tema 18sx?
Kahkahkahkahkahkah.

Aku tolak dia secara baik.
Mengingatkan keadaan, masa, dan tempat yang xsesuai.
Ecehhh. Tak, tak. Bukan macam tu.
X manis dipandang orang.
Student dan di tempat awam.
Mudah berlaku misunderstanding.

Dia senyum.
Faham barangkali.
Dia pandang ke tengah school.
Jalan lapang susur 4 penjuru.
Ada 4 ke 5 orang students berjalan pulang.
Jam sudah hampir 6.15 petang.
Mahu ke tempat bas mungkin.

Kayla hanya diam.
Entah apa yang berada dalam fikiran Kayla.
Mencari kisah lain mungkin.
Awkward silence moment seketika.

"Ha. Ingat Tahun Satu Semester Dua dulu. Sukan antara PPK. Satu kelas awak involve dengan Pertandingan Menghias Khemah. Ingat? Yang khemah tema warna jingga. Korang semua namakan Samurai Jingga. Yang satu kelas turun potong buluh, siapkan senjata decoy, siapkan kolam ikan, decorations, and etcetera. Siap buat kerja seharian. Dari pagi ke petang ke malam. Punya la gigih sampai si K terjelepok jatuh luar kelas. X cukup tido dengan penat punya pasal? Ingat? Haha. Lepastu time hari bertanding, duduk berkampung bawah khemah tunggu judge datang. Tapi rupanya hari Ahad baru judge datang. Siap H main gitar. Korang reka lagu nyanyi depan judge. Last strategi nak kalahkan PPK Pipit aka PPIPT kat sebelah punya pasal. Haha. Kelakar betul. Last-last finally korang menang jugak. Dapat nombor satu. Balik rumah naik bas ramai-ramai. Muka sorang-sorang sengih sampai ke telinga. Penat tiba-tiba hilang macam tu jer. Sampai hostel Wang Ulu, lepak kedai makan tepi jalan kat tempat bas tu, cerita punyalah excited, scroll-scroll gambar dekat camera. Puas tak terkata muka sorang-sorang. Awak. Awak rindu x kenangan tu?"

Yes. I am.
Surely I will cherish all that memories.
No doubt.

"Awak,”

Perlahan jer suara dia.
Antara dengar dengan tidak.
Ada getar dalam nada.
Seolah makin rapuh tertelan dek emosi.

“Awak, tinggal berapa bulan lagi awak nak habiskan degree awak ni. Degree awak yang dulunya awak x nampak rupa. X nampak hala tuju. Journey awak dah hampir sampai penghujung. Awak menghitung hari tinggalkan tempat ni. Every inch of this place has you in it. Remember it well. Use every seconds of the remaining time to develope more and more memories. Believe me, it is worth to remember.”

Jauh dia termenung.
Kubah library di kejauhan dipandang.
Ada titik jernih jatuh ke pipinya.
Ahh perempuan.
Terlalu mudah jatuh dalam emosi.
Terlalu jujur mengekspresikan diri.
Terlalu suka bermain dengan air mata.

“I will miss you, Fakhrul. I will."

Aku palingkan muka.
Mengelak menjadi lelaki budiman.
Penahan air mata yang mengalir.
Aku pilih untuk berdiam diri.
Takut dalam pada aku menenangkan dia, aku tersungkur sama dalam lautan emosi yang dia cipta.
Aku masih rasional.
Aku masih berpegang kepada realiti.
Ego lelaki masih terpahat di sanubari.
Kami berdua sunyi sepi.

"Was it you who spoke the words that things would happen but not to me,
Oh things are gonna happen naturally,
Oh taking your advice I'm looking on the bright side."

Lagu "You and I Both" nyanyian Jason Mraz memecahkan silent moment sedari tadi.
Aku pandang dia.
Literally meminta izin menjawab panggilan.
Dia senyum. Dia angguk perlahan.

"Hello, bro. Aku dah setel. Ko mana? Jom balik."
"Ok2. Jap aku datang."

Handphone samsung berusia 2 tahun aku slide kemas.
Menamatkan panggilan sesegera mungkin.
Kepalaku berpaling mahu memandang dia.
Secara hormatnya maahu meminta diri.
Mahu juga meminta cara menghubungi.
Terasa aku dan dia terlalu dekat.
Terlalu banyak persoalan belum terjawab.
Mahu mengikat pertemuan singkat ini menjadi perkenalan.
Mahu ikhlas bersahabat.

"Kayla. I got to ..."

I am speechless. Dia sudah tiada di sisi.
Baru sekejap aku berpaling.
Tak sampai berapa minit.
Dia dah tiada.
Harumnya bau dia masih aku hidu.
Puas aku mencari tidak ketemu.

Aku menapak hampa ke arah member aku.
Confuse apa yang terjadi.
Siapa Kayla sebenarnya?
Pencuri hati yang seketika.
Pengimbau memori lama.

Time ticking.
Makin jauh kita tinggalkan masa silam.
But memories will remain forever.

To you Kayla,
Thanks.
Thanks for remind me the old me.
The pillar of me today.
Thanks a lot.

-THE END-


p/s : notabulukaki -  PART 1 , PART 2 , PART 3 <= PREVIOUS

Btw kan Kayla tu imaginary character jer. Aku yang teringat cerita lama tu sendiri hari tu. Kahkahkah

Wednesday, April 9, 2014

Slot Infiniti - Kisah Kayla Si Gadis Misteri (Part 3)

Sekilas dia pandang aku.
Dia senyum.

Perlahan kami menapak naik ke tingkat 3.
Satu persatu dia menyusun langkah.
Cermat agar x tersilap langkah.
Perlahan agar x tercalar maruah.
Sopan agar x terdedah pandangan.

Tangga, sifatnya inclined.
Lumrah memandang ke atas.
Takut tersasar mata memandang.
Aku pilih untuk tidak menjadi gentleman.
Aku biar diri aku memotong langkah.
Menepis peluang melihat persona Kayla.
Menjaga kehormatan agar x rakus pandangan.
Biar aku di depan, rela dia di belakang.
Sungguh, sosok jubah hitam itu sungguh mempersona.

Noticeboard di sekeliling.
Penuh dengan tampalan kertas A3 hasil kerja graduan.
Eh, classmates aku punya.
Aku? Tak tercapai bakat nak dipersembah secara public.
Aku senyum.
Mengingat hasil kerja sendiri.
Buruk. Sangat.
Haha.

"Ingat x lagi, the early classes of Workshop and Studio? Budak-budak kelas awak ada yang x bawak equipment untuk kelas? Drawing block x bawak la. Tape nak lekat kertas kat atas board pon x bawak la. And you generously offer them yours? Thinking that they will be your classmates for 4 years. The funniest part is that, they start calling you "DADDY". Gila apa kan. Macam perli pon ada. Si Kirin cakap. "Kau dah macam ayah kitorang. Daddy nak kertas. Daddy nak tape. Mungkin tu point awal you start bonding the friendship with them. With all of them. Haha. How sweet that is."

Aku tersenyum.
Sungguh.
Memori dulu datang satu persatu.
Aku mula rindu.
Aku buat muka koya.
Impossible la kan aku nak tunjuk aku goyang.
Ego. Xdenya nak mengaku benda-benda macam ni.
Haha.

"Ha, kafe bawah tu. Awak dengan kawan-kawan panggil Kafe Dalam. Entah apa nama betul kafe tu pon xtau la. Haha. Situ la tempat awak dengan kawan-kawan lepak makan. Ramai-ramai. Geng perempuan berenam. K,R,F,J,N dengan I. Geng laki, awak, Z and H1. Time tu H2 xde lagi. Order makan then Z keluarkan rendang daging dia bawak dari rumah. Masa tu hari first kuliah after mid-semester break. Gila laku rendang tu. Semua selera makan. Melepaskan kempunan nak rendang. Yelah Hari Raya lambat lagi. Kalau Z tak bawak rendnag tu, memang kena tunggu berapa bulan lagi la nak lepas kempunan nak makan home-made rendang. Awak sedar x, event sekecil tu sebenarnya penguat friendship awak dengan kawan-kawan awak? Sampai hari ni, you guys still together. Although x lepak sekerap dulu. But at least geng lelaki awak still kamching sampai hari ni kan?"

Actually, aku x selesa.
Reminiscing all these kind of memories with a stranger.
Eh even dengan member-member pon, kitorang x de slot mengimbas kenangan lalu macam ni.
Tapi aku biarkan dia teruskan apa dia nak cakap.
Let her falls deeper into the memories.
Memori yang bukan milik dia.


Somehow it is good remembering the old days.
Because dengan member-member, memang x la kan nak cakap cheesy macam ni.
Terasa gay pon ada. Kahkah.
Once again, ego.
Haha.
Btw, I do missed rendang si Z.
Bila lah dia nak bawak lagi?
Haishhhhh.

Dia berhenti.
Dia pandang aku.
Perlahan dia labuhkan kepala dia di dada aku.


-BERSAMBUNG-

p/s: notabulukaki - PART 1 , PART 2 <= PREVIOUS . NEXT => PART 4

Monday, March 24, 2014

Slot Infiniti - Kisah Kayla Si Gadis Misteri (Part 1)

Rasa hangat galak melingkar di celah jemari aku.
Erat betul dia genggam tangan aku.
Entah siapa dia pon aku tak tahu.
Ini gila. Melulu ditariknya aku.
Mahu bersembang katanya.
Entah kenapa koridor belakang "school" itu yang dia pilih.
Semacam ada sejarah silam antara aku dan dia.

Eyyy. Mana mungkin.
Dia terlalu sempurna untuk menjadi sejarah aku.
Ecehhh.

Drastik. Ya terlalu drastik.
Aku berdiri di luar makmal.
Then tiba-tiba dia di sisi.
Sepatah kata sahaja yang diluahkan.
Dan tanpa sempat bicara terus digenggam tangan aku.
Bodoh. Bodohnya aku hanya mengikut.
Entah akan diapa-apakan aku bagaimana?
Perempuan sekarang bukan boleh percaya.
Baru aku terbaca artikel kes lelaki di luar negara diperkosa wanita secara bersiri.
Mungkin aku mangsanya? Mangsa pertama kes serupa? Tapi di Malaysia?
Chehhh otak dah start kuning.
Eyyyyy. Impossible la.

Siapa dia?
Secret admirer aku ke?
Hehhh. Nakal betul imaginasi aku.
Perasan sekali sekala.
Tak mustahil. Eh mungkin secret admirer membe aku?
Oh itu tidak boleh jadi.
Tapi tak mustahil.
Shittt.

"Awak sihat?"

Dia berbasa-basi. Too cliche.

"Alhamdulillah. Sihat jer. Just sekarang busy la dengan fyp." 
"Oh. Ok la tu. Biasa la final year student kan. Buat apa x balik lagi? Fyp?"
"Haha. No la. Just tadi lepak luar tunggu membe. Dia jumpa SV dia."
"Oh yeke. Haha."

HAHA. The unsignificant laugh when things getting awkward.

"Sampailah awak dragged saya macam ni."
"Haha. Sorry about then. Maaf ya."
"Oh, its okay. But can I know who are you? Curious. Haha."

Bibir dia mengukir senyum.
(Ok. Bibir dia seksi. Eceh.)
Senyum untuk apa?
Tersedar kegelojohan sendiri mungkin.
Mungkin la kan.
Tu pon kalaulah dia sedar.
Tiba-tiba pegang tangan bukan ajnabi.
Gila. Kalau Mama aku tau ni bising dia.

"Just call me Kayla."
"Ok. Hi Kayla. And I Fakh....."
"Fakhrul. Yea I already know you. In and out actually."

Erk. In and out?
Gila freak. Creepy gila minah ni.
But I still stand there.
Not even blinking.
Apatah lagi meloloskan diri.
Sebab dia comel kot.
Nope. Bukan mungkin. Dia memang comel.
No doubt.

Mata jernih. Wajah bersih.
Berselendang. Hana Tajima.
Berjubah warna sedondon.
Pakai heels sikit.
Gigi arnab.
Perghhhh. Perfect!!!
Cute giler.

"Kayla. Awak first year ke? Because you just so so unfamiliar."
"No lah. Saya fourth year. Just like you."

Pelik. Kalau fourth year, how come not even one of my friend sedar kewujudan dia?
Perempuan sesempurna dia. Impossible la tak ada yang perasan.
Nak compare dengan minah pakai spect tu? Memang x sentuh la. Haha.

"Awak. Awak still ingat tempat ni?"

-BERSAMBUNG-

p/s : notabulukaki - Next => PART 2 => PART 3 => PART 4