Wednesday, April 2, 2014

Mr. F dan Char Kuey Teow Telur Mata.

Air teh ais disedut sebarang dua.
Buat melepas kering dahaga tekak yang bergelora.
Bergelora? Ingat tsunami?
Lautan Hindi?
Ecehhhhh puitis la konon.

Char kuey teow KWSP terhidang depan mata.
Air liur terleleh dilap segera.
Takut dikata selekeh.
Eventhough I dont even care.
Tapi dah norma masyarakat.
Adab Mama aku ajar.
Manner harus dijaga di tempat awam.
Ecehhhh.

Ku tenung pinggan char kuey teow extra itu dengan penuh nafsu.
Layaknya pandangan manusia gersang.
Telur mata separuh masak santun landing baik punyaaaa di atas pinggan.
Sopan bersimpuh di atas susunan kuey teow yang gebu.
Makin ditenung makin aku geram. Aummmmmmmmmmm.
Telur kuning separuh masak itu yang paling aku geram.
Akan ku pecahkan dara telur mata itu dengan rakus.

Sudu dan garfu siap siaga di kiri kanan tangan aku.
Terpegang erat di celah-celah jari jemari.
Hujung garfu tajam berkilat memancar-mancar cahaya kebuasan dan kebinatangan.
Riwayat telur akan terhapus biar tinggal nama.

Zassssssssssssssss.
Tanpa budi bicara.
Tanpa sepatah kata.
Tanpa sempat berbahasa.
Garfu kejam mencucuk (juga kejam) ke dada (ya, dada) telur kuning si telur mata.

Prittt prittttt.
Lelehan larva panas (actually dah x panas), menuruni dan membasahi permukaan telur.
Meleleh sehingga ke ladang, eh bukan, ke kuey teow di bawah.
Bertemu dan bersatu tanpa prejudis.
Ada perasaan puas dalam hati.
Mata aku berputar 30 darjah.
Melihat ke depan.
Ada satu lagi kuey teow bersama telur mata.
Yes, aku temui satu lagi mangsa baru.

Garfu diangkat tinggi.
Bersedia untuk membidik laju.
Kali ini mahu tepat ke tengah dada si telur mata.

Tiba-tiba ada anasir memasuki scene sadis ini.
Bukan garfu, tapi sudu yang menamatkan riwayat si telur mata.
Sadis, sudu terus menerkam.
Terus memotong.
Tiada adegan lelehan telur mata penuh dramatik.
Tiada gema background musik melankolik.
Ohhhh kejam.
Ohhhh sadis.
Ohhhh pathetic.

Excitement makan telur mata hilang.
Sedih mengenang riwayat telur mata separuh masak tamat sebegitu rupa.
Takde nilai-nilai sentimental dramatik melankolik betul tuan pemakannya.
Rakus betul makannya pon adoiiii.
Aku pandang si dia dengan tak puas hati,
Dia semcam x perasan.
Makan secara innocent.

"Awak, baca tak link yang orang bagi tu?"
"Link yang mana?"
"Link terfaktab."

"Terfaktab?
Blog yang kononnya, if I can quote, kononnya "Blog paling menikam jiwa dalam relationship" tu?
Yang mengandungi 25% sarkastik, 10% carutan, 10% jiwang, 35% ilmiah, dan 20% humor tu? Oh memang tak lah. Orang kental. Takde jiwang-jiwang berduka dan lara macam tu."

"Eleh. Yeke? Tapi orang rasa Mr.F yang komen-komen dekat terfaktab tu awak la."

Ah sudah.
Kantoi dah ke?
Maluuuuunya.

"Kenapa rasa saya pulak?"

"Sebab ayat dia. Gaya bahasa dia komen tu. Macam awak. Exactly. I know you lah."

Shitttt!!!!
She's usually be wrong so many times before.
Her instinct really wrong so many times before.
Tapi.....

"Enough lah. Makan lah. Nanti sejuk."

Dia tarik muka.
Sambil telan menelan kuey teow tu.
Telur mata dah hilang.
Completely gone.
Not even a piece left sebagai bukti kewujudannya.
Hahaha.
Rakus betul.

*************************

My confession : Memang aku pon Mr F tu. Tak tahan baca kisah duka lara gadis-gadis meroyan bajet putus cinta ditinggalkan kononnya lah kan lelaki semua sama. Eh btw kan aku x racist dengan perempuan. Tak semua perempuan sama. Jangan butthurt pulak.

Bukak terfaktab. Ko skodeng semua entry dia. Cek komen-komen aku. Baca kenapa aku komen. Baca macam mana aku komen. Aku x racist. Aku rasiiiiional. Titik. Hahaha

p/s: notabulukaki - Lelaki semua sama? Perempuan pon sama la weiii. X sama kau kata? Kau shemale eehhhh? Kahkah. Butthurt la tu.





No comments:

Post a Comment