Flashback sekitar semester 3-5
Venue : Mini-library kwsp kangar***
Niat sudah ditanam dalam hati.
Nawaitu sudah tersemat dalam sanubari.
Test 1 esok harus di skor.
Tekad sudah membulat.
Bajet gigih.
Buku thermodynamics aku buka perlahan.
Habuk halus berterbangan.
Nampak sangat baru buka.
Cheitttt.
Muka surat pertama dibaca.
Nafas ditarik cermat.
Harum bau menerosok ke hidung.
Bukan bau buku ni.
Ni bau perfume gadis.
Aku syak separuh botol dia sembur.
Library jer pon.
Nasib gadis.
Aku hilang fokus.
Wangi sangat.
Tekad mula goyang.
Aku scan sekeliling.
Sambil belek buku.
Tangan bajet menulis.
Decoy jer tu.
Gaya harus ada.
Gaya manusia berjaya.
Ecehhh.
Ramai betul students bawak laptop.
Lumrah la tu kan.
Nama pon library.
Komputer yang ada pon zaman purba.
Jenis kau taip sepatah, 5 minit kemudian baru muncul.
Punyalah old-school.
So terpaksa la bawak laptop sendiri.
Ada yang bawak laptop sbb kedekut nak print notes.
Ada yang nak online buat research.
Ada jugak bawak laptop xlebih decoy semata-mata.
Tapi laptop yang itu jugak yang aku pandang.
Wallpaper gadis berselendang.
Style lilit Hana Tajima.
Warna merah baju hitam.
Menawan.
Tapi sayang seribu kali sayang.
Terselindung dek si empunya badan.
Curiosity memuncak.
Wajah dia harus ditatap.
Jemari diletupkan.
Ktukk Ktukk.
Kerusi ditolak.
Aku bersedia berdiri.
Hajat mahu bajet mencari buku.
Eh dia bangun.
Tanjat titewww.
Aku duduk menggelabah.
Hilang habis semua cool.
Dia menapak makin menghampiri.
Kalkulator aku tekan tanpa tujuan.
Kertas A4 aku pegang tanpa arah.
Dia semakin menghampiri.
Peluh jantan mula membasahi.
Dub Dubb Dubbb
Jantung berdetak.
Wajah dia harus ditatap.
Objektif tersemat.
Peluang emas tak kan tersiakan.
Punyalah nekad.
Setapak dua tapak.
Dia berselisih.
Aku pandang dia.
Dia pandang aku.
Aku senyum.
Dia senyum.
Maluuuuu.
Ouchhh cutenya.
Objektif tercapai.
Eh gigi.
Shit xperasan gigi dia.
Tolonglah gigi arnab.
Perfect!!!
Confirm xlena tidur.
Tapi,
Sampailah aku balik.
Dia pergi x kembali.
Sedih.
***
![]() |
| The Real Hana Tajima |
Dia?
Gila nak snap gambar dia.
Aku x pervert . Gila.
Dah lama x jumpa dia.
Dah grad kot?
Ke aku yang dah x pergi library?
Heh.
p/s: notabulukaki - 2,3 kali aku terjumpa dia kat library, still ak xperasan gigi dia. Ekekekeke.

No comments:
Post a Comment