Thursday, July 4, 2019

Awan

Tik tik tik tik tik tik

Jam berdetak.
Kipas berputar.

Silau matahari memaksa mata dibuka.
Jam sisi dikerling, 12.36pm.

23/02/2019

Noah dan Orked di sofa sisi, perhati burung yang bertenggek di tepi jendela kamar Sky Loft ini.

Tipikal.

Pintu kamar dikuak.
Cermin di ruang hallway ini cukup lebar dan besar untuk memantul imej figura lelaki bujang tipikal.

Usai cuci muka dan berus gigi, terus ke dapur bujang.

Lagu instrumental "Move" sengaja dibuka buat penaik semangat pagi.

Hajat hati hendak bersarapan ditukar menu menjadi brunch.
Menu rendang mahu dicuba hari ini.

Sementara menunggu bahan mentah "defrost", semangkuk cereal dengan susu segar dibawa ke balkoni depan.

Imej direntap retina dan iris mataku.
Hasil perspektif daripada tingkat 33.
Duduk menghadap hamparan muka bumi sibuk Johor Bahru.
Demografik Singapura nun di sebelah kanan balkoni.

Di sebelah kanan balkoni tersusun segar tumbuhan menghijau. 
Rak 6 tingkat tersusun penuh pokok yang segan-segan mengeluarkan bunganya.
Orked hutan di kiri dan kanan rancak berbunga, terjuntai jatuh menaikkan seri balkoni berlantaikan permaidani rumput tiruan. 
Seolah efek taman di hutan batu.
Bezanya, tidak berpijak pada tanah.

Di sebelah kiri balkoni, berbelakangkan aku, mengalir mini waterfall yang menambah elemen alam.
Bunyi air yang mengunsurkan ketenangan berkocak dek ikan-ikan kecil yang berebutkan "fish flakes", sejenis makanan ikan berkeping-keping seperti carikan kertas berwarna-warni.

Noah berlari-lari ke ruang tamu sebelum berhenti di muka pintu balkoni.
Memandang aku yang berada di luar, terpisah dengannya dek pintu kaca sebagai benteng keselamatan mereka.

Orked berlari ke yard dapur.
Lapar barangkali. 
Noah mengekori Orked.

Hari ini hari yang tenang.
Hari untuk berfikir masa depan.
Tentang soal hidup dan juga pilihan.

9 April. 

Ya, sudah bertambah usia.

Di mana hidup yang kini bukan lagi hidup yang dahulu.

Aku scroll gambar-gambar lama.
Gambar ketika muda remaja.
Gambar hingusan.

Betapa hancurnya hati dihenyak realiti.
Dunia bukan lagi sekadar fantasi.

Aku berpijak pada realiti.
Aku bukan lagi aku yang dulu.

Aku harus menjadi sakti.
Masa tiada galang ganti.
Ibarat acuan yang perlu diisi.

Aku bangun. 
Bahan mentah disimpan semula ke dalam peti.
Aku kembali ke dalam kamar sepi.

Aku mahu tidur lagi.

Alang-alang di awan biru.

Kasi can lah aku menyambung mimpi.

No comments:

Post a Comment