Monday, March 24, 2014

Slot Infiniti - Kisah Kayla Si Gadis Misteri (Part 1)

Rasa hangat galak melingkar di celah jemari aku.
Erat betul dia genggam tangan aku.
Entah siapa dia pon aku tak tahu.
Ini gila. Melulu ditariknya aku.
Mahu bersembang katanya.
Entah kenapa koridor belakang "school" itu yang dia pilih.
Semacam ada sejarah silam antara aku dan dia.

Eyyy. Mana mungkin.
Dia terlalu sempurna untuk menjadi sejarah aku.
Ecehhh.

Drastik. Ya terlalu drastik.
Aku berdiri di luar makmal.
Then tiba-tiba dia di sisi.
Sepatah kata sahaja yang diluahkan.
Dan tanpa sempat bicara terus digenggam tangan aku.
Bodoh. Bodohnya aku hanya mengikut.
Entah akan diapa-apakan aku bagaimana?
Perempuan sekarang bukan boleh percaya.
Baru aku terbaca artikel kes lelaki di luar negara diperkosa wanita secara bersiri.
Mungkin aku mangsanya? Mangsa pertama kes serupa? Tapi di Malaysia?
Chehhh otak dah start kuning.
Eyyyyy. Impossible la.

Siapa dia?
Secret admirer aku ke?
Hehhh. Nakal betul imaginasi aku.
Perasan sekali sekala.
Tak mustahil. Eh mungkin secret admirer membe aku?
Oh itu tidak boleh jadi.
Tapi tak mustahil.
Shittt.

"Awak sihat?"

Dia berbasa-basi. Too cliche.

"Alhamdulillah. Sihat jer. Just sekarang busy la dengan fyp." 
"Oh. Ok la tu. Biasa la final year student kan. Buat apa x balik lagi? Fyp?"
"Haha. No la. Just tadi lepak luar tunggu membe. Dia jumpa SV dia."
"Oh yeke. Haha."

HAHA. The unsignificant laugh when things getting awkward.

"Sampailah awak dragged saya macam ni."
"Haha. Sorry about then. Maaf ya."
"Oh, its okay. But can I know who are you? Curious. Haha."

Bibir dia mengukir senyum.
(Ok. Bibir dia seksi. Eceh.)
Senyum untuk apa?
Tersedar kegelojohan sendiri mungkin.
Mungkin la kan.
Tu pon kalaulah dia sedar.
Tiba-tiba pegang tangan bukan ajnabi.
Gila. Kalau Mama aku tau ni bising dia.

"Just call me Kayla."
"Ok. Hi Kayla. And I Fakh....."
"Fakhrul. Yea I already know you. In and out actually."

Erk. In and out?
Gila freak. Creepy gila minah ni.
But I still stand there.
Not even blinking.
Apatah lagi meloloskan diri.
Sebab dia comel kot.
Nope. Bukan mungkin. Dia memang comel.
No doubt.

Mata jernih. Wajah bersih.
Berselendang. Hana Tajima.
Berjubah warna sedondon.
Pakai heels sikit.
Gigi arnab.
Perghhhh. Perfect!!!
Cute giler.

"Kayla. Awak first year ke? Because you just so so unfamiliar."
"No lah. Saya fourth year. Just like you."

Pelik. Kalau fourth year, how come not even one of my friend sedar kewujudan dia?
Perempuan sesempurna dia. Impossible la tak ada yang perasan.
Nak compare dengan minah pakai spect tu? Memang x sentuh la. Haha.

"Awak. Awak still ingat tempat ni?"

-BERSAMBUNG-

p/s : notabulukaki - Next => PART 2 => PART 3 => PART 4

1 comment: