Awan berarak perlahan.
Matahari 60 darjah menunjukkan diri.
Chirp Chirp Chirppp
![]() |
| credit : Miss Google Image |
***
Burung sekawan duduk bertenggek,
Duduk bertenggek di atas batu,
Puas menyakat mereka mengekek,
Menjalin ukhwah satu persatu.
***
Chirp Chirp Chirppp
Zeus si burung hijau.
Leo si burung purple.
Carl si burung putih.
Eli si burung hitam.
Chirp Chirp Chirppp
Leo gelak terbahak-bahak.
Zeus gelak terbahak-bahak.
Eli gelak. Sekadar gelak.
Carl? Terbang dengan sekawan burung betina.
Masuk line mungkin.
Haha
Chirp Chirp Chirppp
Leo di depan.
Zeus di sisi.
Eli di belakang.
Eli diam.
Chirp Chirp Chirppp
Zeus pandang Leo.
Leo pandang Zeus.
Eli pandang ke tanah.
Eli diam.
Chirp Chirp Chirppp
Leo membuka cerita.
Zeus argue.
Leo defend.
Eli gelak. Eli argue.
Chirp Chirp Chirppp
Leo pandang Zeus.
Zeus pandang Leo.
Masih argue berdua.
Pandangan Eli diketepi.
Eli x disedari.
Eli diam.
Chirp Chirp Chirppp
Carl puas terbang.
Carl join into the group.
Carl ikut argue.
Leo defend.
Zeus masih dengan point sama.
Eli diam.
Chirp Chirp Chirppp
Talking and listening.
Joking and laughing.
Leo Zeus dan Carl di depan.
Eli tertinggal di belakang.
Tak disedari.
Tak dikisahi.
Eli senyum separuh gelak.
Eli diam.
Chirp Chirp Chirppp
Bagai melukut di tepi gantang.
Ada tidak ada serupa.
Ada tak bermakna.
Tiada tak kurang makna.
Chirp Chirp Chirppp
Eli diam.
Eli seorang.
Eli terbang melayang.
Jauh dan makin jauh.
Chirp Chirp Chirppp
Discriminate.
Double standard.
Unfair.
Unattended.
Chirp Chirp Chirppp
Eli terbang dan terus terbang.
Terbang dalam imaginasi sendiri.
Daripada Ibn Mas’ud katanya Rasulullah s.a.w . bersabda: “Apabila kamu bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa orang ketiga sehinggalah mereka berada di kalangan orang ramai kerana itu akan menyebabkan dia akan bersedih.
Chirp Chirp Chirppp
Eli teringat.
Eli patah balik.
Eli terbang kembali.
Senyap menyelinap.
Duduk di belakang.
Melihat Leo Zeus dan Carl masih bercerita.
Pemergian Eli yang sebentar tak disedari.
Sedih?
Artinya: “Abu Ayyub Al-Anshari r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw bersabda, tidak dihalalkan bagi seorang muslim memusuhi saudaranya lebih dari tiga hari sehingga jika bertemu saling berpaling muka, dan sebaik-baik keduanya ialah yang mendahului memberi salam.”
Chirp Chirp Chirppp
![]() |
| Credit : Miss Google Image |
Eli senyum.
Syukur setan belum sempat merajai.
Syukur akal masih waras memikiri.
Syukur Tuhan bukakan pintu hati.
Alhamdulillah.
p/s : notabulukaki - UkhwahTillJannah. Eceh. Haha


No comments:
Post a Comment