Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Sebuah Konotasi

Buah.
Ya, soal buah.

No no no no no.
Bukan buah yang itu.
Atau buah yang ini.
Kau elok-elok sikit.
Kang aku backslap jugak karang.

B-U-A-H. Fruit.
Nak bahasa inggelish jugak.



Sepanjang hidup aku, I am not a "fruit-guy".
Senang kata, I'm not in favor of certain fruits.
Although fyp aku projek juicer buah.
I don't even have exact favourite fruit.
Ke sebab semua jenis buah aku bedal?
Maybe la kot.

So jangan tanya apa buah kegemaran aku.
You will get unexpected answer x pasal-pasal kang.
Ekekekeke.

Maksudnya, aku bukan orang yang obses dengan sejenis buah.
Sampai tahap obsesnya kalau sehari or seminggu x dapat makan buah tu boleh sawan ke.
Jenuhlah nak mencari buah hari-hari.
Jus jer lah cerita dia.
Tu pon kalau jus betul.
Dibuatnya kedai tu buat palat dibaginya jus koktel?
Memang kena maki.

But, not until recently.
Actually x recent sangatlah kan.
Neglecting the first encounter, almost a year jugaklah.

Obses aku tu sampai nak makan ke minum ke mesti tengok menu ada x buah tu dalam menu.
Kalau xde baru aku makan or minum benda lain.
Cerita obsesnya sampai biskut ke waffle ke apa ke semua based on buah tu.
Sampai chatime Tea-Secret pon nak smoothies buah tu.

Gila x gila aku punya obses.
Mentang-mentang fyp juicer buah.
habis slides presentation aku penuh elemen buah yang aku obses ni.
Punyalah banyak buah lain lagi, buah itu jugak aku google gambar nak letak dalam slides.
Obses tahap nokharommmmm.
Macam, helllooo xde benda lain ke.

This goes on until recently.
Recent yang ni dalam sebulan.
Haha.
I suddenly no longer in affection with this fruit.

"Faqrul, nah biskut."
"Perasa apa?"
"Ni. Kau yang beria beli ni kan?"
"Kau punya?"
"Coklat."
"Xde. Bagi aku coklat. Kau amik yang ni."

Sampai macam tu sekali.
Allergic?
No. Maybe sebab dia kot.
Aku suka buah tu pon sebab mengingatkan aku dekat dia.
Now, keadaan dah berubah.
Keadaan dan masa dah x berpihak dekat aku.
So, keep attaching myself with this obsession will break me even deeper.
Sebab tu kot.



Actually,
I am just speechless.
Wondering, how benda sesimple buah ni, have a great power to affect my life this big.
Spinning my life 360 degrees pastu 360 degrees balik.

Punyalah pening berputar 2 kali.

I wonder how stupid , and loser I am.
Haha.

p/s: notabulukaki - lama giler aku x makan durian. pulut durian oh pulut durian.

Wednesday, April 2, 2014

Mr. F dan Char Kuey Teow Telur Mata.

Air teh ais disedut sebarang dua.
Buat melepas kering dahaga tekak yang bergelora.
Bergelora? Ingat tsunami?
Lautan Hindi?
Ecehhhhh puitis la konon.

Char kuey teow KWSP terhidang depan mata.
Air liur terleleh dilap segera.
Takut dikata selekeh.
Eventhough I dont even care.
Tapi dah norma masyarakat.
Adab Mama aku ajar.
Manner harus dijaga di tempat awam.
Ecehhhh.

Ku tenung pinggan char kuey teow extra itu dengan penuh nafsu.
Layaknya pandangan manusia gersang.
Telur mata separuh masak santun landing baik punyaaaa di atas pinggan.
Sopan bersimpuh di atas susunan kuey teow yang gebu.
Makin ditenung makin aku geram. Aummmmmmmmmmm.
Telur kuning separuh masak itu yang paling aku geram.
Akan ku pecahkan dara telur mata itu dengan rakus.

Sudu dan garfu siap siaga di kiri kanan tangan aku.
Terpegang erat di celah-celah jari jemari.
Hujung garfu tajam berkilat memancar-mancar cahaya kebuasan dan kebinatangan.
Riwayat telur akan terhapus biar tinggal nama.

Zassssssssssssssss.
Tanpa budi bicara.
Tanpa sepatah kata.
Tanpa sempat berbahasa.
Garfu kejam mencucuk (juga kejam) ke dada (ya, dada) telur kuning si telur mata.

Prittt prittttt.
Lelehan larva panas (actually dah x panas), menuruni dan membasahi permukaan telur.
Meleleh sehingga ke ladang, eh bukan, ke kuey teow di bawah.
Bertemu dan bersatu tanpa prejudis.
Ada perasaan puas dalam hati.
Mata aku berputar 30 darjah.
Melihat ke depan.
Ada satu lagi kuey teow bersama telur mata.
Yes, aku temui satu lagi mangsa baru.

Garfu diangkat tinggi.
Bersedia untuk membidik laju.
Kali ini mahu tepat ke tengah dada si telur mata.

Tiba-tiba ada anasir memasuki scene sadis ini.
Bukan garfu, tapi sudu yang menamatkan riwayat si telur mata.
Sadis, sudu terus menerkam.
Terus memotong.
Tiada adegan lelehan telur mata penuh dramatik.
Tiada gema background musik melankolik.
Ohhhh kejam.
Ohhhh sadis.
Ohhhh pathetic.

Excitement makan telur mata hilang.
Sedih mengenang riwayat telur mata separuh masak tamat sebegitu rupa.
Takde nilai-nilai sentimental dramatik melankolik betul tuan pemakannya.
Rakus betul makannya pon adoiiii.
Aku pandang si dia dengan tak puas hati,
Dia semcam x perasan.
Makan secara innocent.

"Awak, baca tak link yang orang bagi tu?"
"Link yang mana?"
"Link terfaktab."

"Terfaktab?
Blog yang kononnya, if I can quote, kononnya "Blog paling menikam jiwa dalam relationship" tu?
Yang mengandungi 25% sarkastik, 10% carutan, 10% jiwang, 35% ilmiah, dan 20% humor tu? Oh memang tak lah. Orang kental. Takde jiwang-jiwang berduka dan lara macam tu."

"Eleh. Yeke? Tapi orang rasa Mr.F yang komen-komen dekat terfaktab tu awak la."

Ah sudah.
Kantoi dah ke?
Maluuuuunya.

"Kenapa rasa saya pulak?"

"Sebab ayat dia. Gaya bahasa dia komen tu. Macam awak. Exactly. I know you lah."

Shitttt!!!!
She's usually be wrong so many times before.
Her instinct really wrong so many times before.
Tapi.....

"Enough lah. Makan lah. Nanti sejuk."

Dia tarik muka.
Sambil telan menelan kuey teow tu.
Telur mata dah hilang.
Completely gone.
Not even a piece left sebagai bukti kewujudannya.
Hahaha.
Rakus betul.

*************************

My confession : Memang aku pon Mr F tu. Tak tahan baca kisah duka lara gadis-gadis meroyan bajet putus cinta ditinggalkan kononnya lah kan lelaki semua sama. Eh btw kan aku x racist dengan perempuan. Tak semua perempuan sama. Jangan butthurt pulak.

Bukak terfaktab. Ko skodeng semua entry dia. Cek komen-komen aku. Baca kenapa aku komen. Baca macam mana aku komen. Aku x racist. Aku rasiiiiional. Titik. Hahaha

p/s: notabulukaki - Lelaki semua sama? Perempuan pon sama la weiii. X sama kau kata? Kau shemale eehhhh? Kahkah. Butthurt la tu.





Saturday, March 15, 2014

Kisah 3S (Sardin, Sosej & Stevia)

Flashback internship Jun 2013 - September 2013
Lokasi - Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

*********************************

Kriukkkk.
Kriukkkk.
Kriukkkk.

Pandang kiri pandang kanan.
Roomate dah balik Johor.
Housemate plk sorang ke Ampang, Sorang ke Serdang.

Eh kejap.
Perut aku buat bunyi pelik.

Weuuu Weuuuu Weuuuuuuuuuuu.
Macam siren bomba.
Lapar betul.

Chehh. Punya exaggerate. Phuiii.

Tin sardin dibuka.
Minyak dalam periuk dipanaskan.
Bawang dipotong halus.
Dimasak sampai naik bau.
Sardin dituang.
Senduk di tangan digodek-godek.

Hmmm.Minda bawah sedar berkata.
"This is too plain for a dinner. U deserves more."

Dua batang sosej dipotong.
Dicampak ke dalam periuk berisi sardin.
Sardin bertemu sosej.
Confuse akan rasional mereka bertemu.
Sosej terapung-apung dalam lautan sardin.
Seolah-olah x sudi diterima untuk menjadi satu.
Ada diskriminasi di situ.

Hmmm.Minda bawah sedar berkata.
"This dish is lack of nutrient. U need vegetables."

Ah sudah. Mana nak cari sayur?
Api dikecikkan.
Bahan makanan diselongkar.
Tiada satu pon sumber nutrien hijau di situ.
Ah sudah.

Kejap.
Stevia.
Yes, daun stevia.
Pengganti alternatif gula.
Hijau warnanya.

Satu. Dua. Tiga. Empat.
Daun Stevia dirobek halus.
Dicampak-campak secara confident dalam periuk.
Stevia bertemu sosej.
Sosej bertemu sardin.
Sardin bertemu stevia.

Api ditutup.
Lauk sardin+stevia+sosej diangkat.
Nasi disenduk.
Di pinggan mereka bertemu.
Masam sardin, manis stevia, lemak sosej.
Its just make my day.
Alhamdulillah rezeki hari ini.

********************************

Kahkahkahkah.
Kenang balik memori ni buat aku tergelak sorang diri.
Gila. Xpernah dibuat orang sosej masak dengan sardin.
The worst part is macam mana la boleh terfikir stevia tu nak dicampur sekali?

Masterpiece aku.
Uwelkkkkkkkk.

Patut la roomate aku x sanggup nak makan malam tu.
Kahkahkah.

********************************

"Hello, Along. Along dah makan? Makan apa hari ni?"
"Along masak sardin."
"Sardin jer? Kesiannya anak bujang Ma. Kalau dekat Ma dah suruh ayah hantar makanan."
"Ok jer. Bukan sardin kosong. Sardin campur sosej."
"*krik krik krik. Along jangan makan mengarut."
"Tak mengarut la. Ma masak apa hari ni?"
"Ayam madu dengan daging masak hitam jer."

Shit.

p/s: notabulukaki - My cooking philosopy is " Masaklah apapun asalkan boleh makan." Tadaaa. Kahkah.

Tuesday, March 4, 2014

Kisah Coklat Pepero

"Chocolate says I'M SORRY so much better than words"

***********************************************************************

Tarikan graviti yang terlalu kuat effectnya di tempat beradu aku menjadi penyebab utama aku x ke kelas hari ni. Terbangun exactly a Few seconds before bas gerak. Then bersiap-siap bajet nak masuk kelas lewat sejam. Hampeh bas takde.

Watdeheeeell?

Rupa-rupanya CS pass barang dekat classmate dia, untuk dipasskan dekat classmate aku, yang kemudiannya dipasskan pulak dekat housemate merangkap roomate aku, untuk dipasskan kepada aku. 
Eh? Cheitttt.

Which membuatkan aku quite bersyukur sebab x datang kelas hari ni. Eventhough what-so-called surprise from her ni make me move actually. Tapi memikirkan things between us already turns out bitter and sour, I am really not comfortable to engage into awkward sweet lovey-dovey things like this. Especially when it involves my friends. My roomate. My classmates. But I do appreciate her effort. No doubt.

Aku slow-slow bukak beg tu. Yelah the night before tu kami gaduh pasal benda kecik. I get annoyed and I quite basuh dia. Manalah tau ada benda-benda unexpected dalam tu. Wakakaka.

Tapi once aku bukak beg tu, I am like "Eh makanan". Ahaha

Ada cekelat. Ada kad.

Time suddenly stop.
Aku renung kad tu.
Aku menelaah isi kad tu.
Word by word.

Aku bukak Pepero.
Aku kunyah-kunyah.
Aku telan.
Hmmm sedapppp.

Daripada sebatang Pepero tu sampai la tinggal alahaaai sebatang dua yang patah je.
Aku still la x dapat faham lagi maksud sebalik cekelat ni.
I am speechless. 
Serious aku sangat-sangat la noob bab-bab macam ni.
Noob dari segi menerima.
Apatah lagi memberi.

Awatla dia duk pulun sweet-sweet bagi aku cekelat bagai ni.
Kad siapppp.
Buat aku makin serba salah.
Makin cayaqqq dengan dia.
Makin stuck dengan dunia uncertainty macam ni.
Hadiah ni memang dah direct signal daripada dia.
Tapi mixed signal daripada aku kepada otak aku.
Hati dan otak dah tak seitring.
Tunggu masa nak accident jer.

Macam. macam macam.....
Macam makin susah nk buat keputusan.
Dah makin rumit nak fikir which is the right decision.

Seriously.
Aku makin rabak mungkin.
Rabak yang hancur.
Hancur yang lebur.
Sampai dah tak boleh nampak cebisan-cebisan.
Untuk aku sambung neuron-neuron otak aku balik.
So that gerak hala tuju pemikiran aku berada di landasan yang betul balik.

Miserable kan aku.

Bullshit.

"Woiiiii makan cekelat jom."

So aku decide nak makan semua cekelat sampai habis. 
Pepero. Bueno. Kisses.
With my housemates.
At least half of my burden seolah-olah diorang telan.
Si B telan sikit. Si C telan sikit. Si D telan sikit.
Diorang xtau what happen between us.
But, it put me at ease at least for that moment.
Talking. Joking. Sambil makan cekelat.

credit : Miss Google Image

Sedap pepero ni ha. Ahahahah

p/s: notabulukaki - dah dia bagi cekelat pepero. peberet aku tu. gila xnak makan? serabut xserabut. Ego xego. Semua letak tepi bhaiiiiii. Kahkahkahkah

Wednesday, February 26, 2014

Sadisnya Manusia

25 February 2014.
3.45 am.

***

Bukak laptop.
Bukak slideshow.

Lift force.
Ok.
Draq force.
Ok.

Bukak assignment 1.
Question 1.
Ok.
Question 2.
Hmmm macam susah.

"Kriuk kriuk kriuk"
Oh aku xtahan.

Ambik roti.
Tinggal 2 keping.
Rezeki.

Ambik peanut butter.
Ringan.
Berdebar-debar.

(p/s : dalam perut siapakah kau bersemadi? haha)

Glurpppp.
Kempunan.

Tutup laptop. Tidur. Selimut.

p/s: notabulukaki - watdepak. xsmpai seminggu lagi. wa bajet sebulan. paling siot aku tido mlm tu mimpi makan roti. Kahkah.