Burung-burung berkicauan.
Daun-daun berterbangan.
Kanak-kanak semacam histeria bermain gelongsor.
Bau taik kucing menusuk ke lubang hidung.
Cisssss kurang ajar.
Fez beralih tempat.
Tak sanggup menahan aura kucing yang durjana.
Entah ikan jenis apa yang dilahapnya.
Diproses dalam small and large intestine si kucing.
Sampai begini tengik hasil pencernaannya.
Hampeh betul.
Merosakkan hari yang indah permai sentosa begini.
Fez mendongak ke langit.
Balam-balam cahaya suria mulai pudar.
Layang-layang "Angry Bird" masih utuh di udara.
Kejap ditarik talinya.
Kejap dilepaskan pula.
Layang-layang masih setia.
Pasrah mengikut permainan Fez.
Redha mengikut airflow angin.
Patuh hukum lift and drag force aturan Fez.
Jiwa Fez mulai kosong.
Mulai resah.
Mulai tidak tentu arah.
Excitement tarik lepas layang-layang di udara sudah makin pupus dari jiwa.
Fez letih. Fez lesu. Fez makin lemah.
Tangan dah tercalar dek tali dipegang.
Secalar hati Fez dek kerana layang-layang yang memutuskan.
Fez masih cuba bertahan.
Tanpa informasi bilakah semua berakhir.
Perlukah Fez melepaskan si layang-layang?
Sebelum layang-layang yang terputus sendiri.
Menjadikan velocity angin sebagai punca?
Ataupun kekal berpegang dan terus memegang.
Mempertahankan benda yang mungkin dah tidak ada?
Berusaha sambil membiarkan takdir memainkan peranan angin?
Oh damn too much metaphore.
![]() |
| credit : Miss Google Image |
Fez undecided. Fez unintended. Sebab Fez bukan unfaithful.
Pening? Kahkahkahkahkahkahkah. Rasakan.
p/s: notabulukaki - teringin nak main gelongsor.

No comments:
Post a Comment