Tuesday, March 18, 2014

Slot Infiniti - Tentang Leia

Cuaca panas terik.
Haba berbahang memasuki hostel tingkat 4.
Pintu bilik rosak masih tidak berbaiki.
Penghuni bilik depan sunyi sepi.
Pulang ke kampung bertemu suami mungkin.

Leia seperti tidak tentu arah.
Dia menangis semahu-mahunya.
Terkadang dia membentak.
Celaka. Gmamp. Lahanat. Tak guna.
Semua jenis makian dilemparkan kepada sang jejaka.

Kredit handphone habis dibuat meluah perasaan.
Penny tempat mengadu duka dan lara.
Kecewa. Marah. Benci.
Semuanya terluahkan.
Penny dari jauh sekadar menenangkan.
Mana mungkin Leia mampu bertenang?
Penny bukannya Leia. dan Leia bukannya Penny.
Tidak berada di tempat yang empunya badan berduka dan lara.

Kejam!!!
Lelaki itu sungguh kejam.
Sadis!!!
Lelaki itu sungguh sadis.

Leia dibuat seperti tunggul.
Ada sahaja yang tidak kena.
Seolah-olah Leia tidak pantas disayangi.
Seolah-olah Leia tidak pantas dihargai.

Jujur Leia sungguh jujur.
Jujur menerima lelaki itu apa adanya.
Namun ini balasannya?
Facebook si jejaka penuh dengan like dari gadis-gadis.
Leia cemburu. Leia patah hati. Leia terasa dikhianati.
Sang jejaka sudah berpaling.
Sudah memandang yang lain.

Bukan banyak yang Leia minta.
Cukup perhatian yang tak seberapa.
Pemahaman yang sederhana.
Ambil berat yang seikhlasnya.
Namun akhirnya si jejaka tidak sudi memberi.
Seolah terlalu banyak pantang larang untuk bersama.
Keluar berdua tidak boleh. Call sebarang dua tidak boleh.
Sungguh Leia bukan mahu menganggu.
Leia rindu. Rindu pada suara si jejaka.
Rindu pada cerita dan gelak tawa si jejaka.

Kejam kau lelaki.
Tak mengerti.

p/s: notabulukaki - Kasihan Leia.

No comments:

Post a Comment