Monday, April 7, 2014

Slot Infiniti - The Grey's House

Zachary turun daripada teksi.
Luggage dipunggah perlahan.
Note merah tiga keping dihulur.
Tanda terima berbalas kasih.

Zachary pejamkan mata.
Zachary sedut hirup udara.
Terasa paru-paru dipenuhi udara segar.
Terasa ada aura bau orkid kesayangan Mama.
Sudah sampai musim bunga orkid itu barangkali.

Zachary buka mata perlahan.
Pandang ke halaman rumah.
Rumah setingkat warna grey tersergam gagah di depan mata.
Pokok lidah buaya penuh mengiringi laluan sisi porch kereta.
Pokok pertama ditanam Zachary, waktu mula berpindah masuk 5 tahun dahulu.

Exora Ayah di sisi porch kedua.
Sengaja Ayah bina porch melebihi keperluan semasa.
Senang anak-anak parking kereta katanya.
Zachary biar Ayah pandu kereta Zachary sepanjang pemergiannya.
Entah apa khabar Si Eli.

Berdiri indah rumah orkid kesayangan Mama.
Indah dengan bunga-bunga yang sedang mekar berwarna-warni.
Kedudukannya yang betul-betul di tepi bangunan sisi rumah seakan strategik.
Sengaja Ayah pilih di situ untuk membina rumah orkid itu.
Terlindung cahaya matahari juga menjadi titik tumpu pemandangan tingkap ruang tamu utama.
Sepohon orkid liar warna kebiruan pemberian Zachary tiga tahun lalu sudah membiak dua tiga pasu.
Zachary senyum. Masih ada orkid itu.

Zachary buka kunci mangga pagar utama.
Zachary tolak ke kanan perlahan.
Luggage ditarik masuk. Diletak di satu sudut porch utama.
Zachary menapak hajat mahu pusing sekeliling halaman rumah.
Melihat apa yang ada dan apa yang sudah tiada.

Gazebo berbumbung genting warna grey di sisi kiri laman depan.
Teringat Zachary di situlah tempat melepak minum petang.
Zachary terpandang balkoni depan.
Satu set meja taman di sisi kiri balkoni masih utuh x dimakan usia.
Tempat Zachary bergelut dengan assignment tika zaman ijazah dahulu.

Zachary ke laman belakang.
Pokok nanas yang Ayah tanam sekeliling pagar belakang sudah mengeluarkan hasil.
Teringin Zachary merasa pajeri nanas air tangan Ayah.
Rindu betul makanan rumah.

4 biji rumah berkembar di belakang bising dengan suara budak-budak.
Zachary ke sisi kanan laman belakang rumah.
Pemandangan sisi ini yang paling Zachary suka.
Hijau dengan pokok-pokok sayuran.
Pokok-pokok herba. Ulam-ulaman.
Subur betul pokok-pokok yang Ayah tanam.

Kawasan lapang belakang dapur terasa redup.
Daun-daun pokok pisang 4 batang di 4 penjuru laman menjadi pelindung matahari.
Ada meja taman di tengah-tengah kawasan itu.
Mungkin tempat Ayah dan Mama minum melepas lelah berkebun petang-petang.
Bersembang perihal anak-anak mungkin.
Perihal Zachary dan adik-adik.

Zachary ke sudut utama laman rumah.
Laman inilah Ayah bina perlahan menjadi seperti sekarang.
Menjadi titik focal utama senibina hiasan laman rumah ini.
Kolam ikan hiasan di sisi dinding rumah juga dinding bilik Zachary menjadi aura penenang jiwa.
Sangkar burung hiasan bertentangan kolam ikan pembangkit aura natural.
Bunyi loceng kayu yang tergantung di balkoni utama rumah terdengar di kejauhan.

Zachary pejamkan mata sejenak.
Menikmati suasana seindah syurga dunia.
Memang ini syurga dunia Zachary.
Bukankah ada frasa berkata "Rumah Itu Syurgaku"?

Bunyi air terjun jatuh ke kolam ikan.
Bunyi kicauan burung berwarna-warni.
Bunyi loceng kayu dari kejauhan.
Bau natural bunga orkid Mama.

Zachary buka mata.
Zachary pandang laman itu.
Pemandangan pokok pinang sekeliling pagar.
Pemandangan pokok kelapa di penjuru tajam laman.
Pemandangan warna warni bunga-bunga kesayangan Mama.
Oh, Zachary mahu selamanya berada di sini.
Kalau bukan tuntutan kerja menanti.
Mahu sahaja Zachary bina mesin masa.
Mahu sahaja Zachary pulang ke dunia muda remaja.
Mahu sahaja Zachary bekukan masa agar tidak berputar.
Agar terus Zachary dapat merasa indahnya syurga dunia ini.

Bunyi enjin si Eli kesayangan memecah kesunyian pagi itu.
Zachary kenal betul bunyi enjin Ford Fiesta kesayangannya.
Zachary menapak ke porch.
X sabar mahu bertemu Ayah dan Mama kesayangan.

"Along!!! Kenapalah x kunci pintu pagar niiii. Bahaya. Along dekat belakang. Depan ni x ada orang. "

Hahahahaha.
Zachary gelak kuat.
Rindu betul dengan suara teguran Mama.
Sungguh Zachary rindu.

Tangan Mama dan Ayah disalam.
Pipi Mama dan Ayah dicium.
Sunnguh, berkat seorang anak pada redha ibu bapa.
Lama sungguh x terasa berkatnya salam Mama dan Ayah.

"Baru sampai? Flight pukul berapa tadi?"

Ayah memulakan bicara.
Berlaku perebutan antara Mama dan Ayah.
Ayah curious apa adanya Zachary sepanjang di negara orang.
Mama pula anxious mahu update semua kejadian apa yang berlaku di rumah dan keluarga.
Zachary confirm seminggu dua belum cukup masa untuk habiskan semua cerita.

Petang nanti Zachary ke terminal bas.
Mahu jemput si bongsu.
Dua orang lagi esok bakal menyusul.

-TAMAT-

p/s: notabulukaki - ini cerita rekaan. 65% realiti, 35% fantasi. Ekekeke





No comments:

Post a Comment