Monday, September 1, 2014

Fear VS Geli

Aku ada seorang kawan sekelas time degree dulu yang takutkan kucing. Tahap takutkan kucing tu kalau tengah lepak makan sekali then kucing tu tiba-tiba nak bermanja bergesel-gesel kaki dengan dia, auto refleks badan dia akan react seolah-olah ada bom bawah kaki. Mahu terbalik meja makan kat kedai tu. Atau kerusi patah sebab dia kebelakangkan kerusi tu secara drastik. (Yes, ini betul-betul pernah jadi).

Maka akan timbullah persoalan di mana "Kau takut kucing? Kucing jer pon. kau lagi besar dari kucing. kucing tu tak makan kau lah."

These typical respons adalah sekadar tipikal. Ayat mudah yang keluar dari mulut seorang pemerhati dan bukan yang merasai. Percayalah, everyone of us have something to be feared of. Tak kiralah benda tu bersifat benda hidup atau tak. Kalau ada orang takutkan benda subjektif contohnya kehidupan atau kegagalan. Tak mustahil juga ada orang yang takutkan sesuatu yang konklusif contohnya kucing tadi tu lah.

Tak kiralah sekatang mana badan kau atau sesempurna mana lahiriah kau di mata dunia, akan ada sekelumit rasa takut terhadap something dalam jiwa kau. Takde kau kata? Bersyukurlah kau sempurna. Bersyukurlah kau sado lahir dan batin. *Sarcastic.

Mama aku takutkan alias geli gila dengan binatang tak bertulang macam ulat, ulat gonggok, cacing dan sekufu dengannya. Kalau tiba-tiba kau tengah syok tengok tv dekat ruang tv then dengar orang jerit tak cukup nafas siap terloncat-loncat, ha ada yang say hi kat Mama la tu. kemudian disusuli jeritan either panggil ayah or aku nak tolong buang ulat tu. Sebab bilik aku paling dekat dengan dapur, akulah panglima diraja yang mencemar duli buangkan ulat tu jauh dari pandangan Mama. Hahahadoiiiilah. Kejap, oh patutlah diorang design bilik aku letak kat belakang. Chehhhh. 

Lagi kelakar, pernah sekali benda ni jadi, Mama aku jerit bagai nak rak panggil nama aku sampai jiran sebelah datang rumah. Dengan cemasnya dia jerit dari luar rumah, "Kak Zieeeeee kenapa kak? Akak okay tak?" Sambil ketuk-ketuk pintu rumah aku dengan cemas. Drama betul. Perghhhh aku dengan cool tak berapa cool, buka pintu sengih sikit. " Tak de apa makcik. Ada ulat say hi kat mak." Mama aku sengih segan kat belakang. Hillarious? Tak langsung. Ahaha.

Aku pernah ada orang-orang dalam hidup aku yang takutkan banyak benda. Ada yang takutkan katak. gelikan cicak. tikus. Lipas tak terbang. Lipas terbang. Lipas tak terbang dan terbang. Lipas mati. Lipas pura-pura mati. Lipas gila. Lipas punya anak. Lipas punya mayat. Tak kisahlah tapi bagi aku ini adalah normal. If you in that situation, and dealing with something he or she feared of, di mana kau tak takut atau geli, instead of mocking him or her, its better if you stood up and remove that thing out of their sight. Once you encounter the same problem, someone will do the same. For sure.

Kau tak tahu mungkin dia dah deal dengan fear ni for a very long time. And he or she trying damn hard to keep this fear enclosed within him/herself without being notice by other people surround him/her. Macam kes adik aku. Mama aku tanya aku hari tu either aku sedar ke tak yang adik perempuan aku somekind of traumatized dengan bunyi guruh dan petir. Bila hujan lebat siap berguruh dan petir, automatic dia akan pergi duduk dekat ruang rumah yang paling dalam, yang paling jauh dengan tingkap or pintu. So antara banyak-banyak ruang, ruang tv lah yang paling dia suka duduk time guruh or kilat, maybe tempat tu paling secure I guess? Which, put aside me, semua orang dalam rumah aku tak tahu fact yang adik aku ni takut aka gerun dengan kilat guruh ni semua. Since when? Why? Takde sapa tahu.

Sama kes member aku dia geli dengan cicak. And one day, ada cicak berhampiran dia. And as a friend yang aware dengan fact ni, and not having the same fear, I deal with this by removing the lizard off of his/her sight. Before dia aware pasal menatang ni ada bawah kaki dia.

Untuk menjatuhkan hukum di mana kononnya dah besar tak perlu takutkan ini atau takutkan itu, atas hukum alam mana penentu limitasi ketakutan tu? Jujur, kau juga punya rasa yang sama. Or at least you maybe already encountered that fear or geli, so there is no reason for you to be a jerk.

Kau perlu sedar, sedang dunia tidak pernah terlahir punya limitasi , maka Tuhan sudah cukup adil menciptakan manusia yang punya variasi. Ketakutan yang sama mungkin. Tapi bagaimana besar dan cara mengatasi yang berbeza. Tak semestinya kau tidak takutkan atau gelikan lipas contohnya, maka kau pandang jelik orang yang takutkan lipas tu. Kononnya dia tidak mampu mengatasi ketakutan yang itu. Seolah-olah tidak patut punya ketakutan yang itu. Seolah-olah dia alien. Sesungguhnya, manusia itu bervariasi ciptaannya, maka kenapa kau perlu memaksa dia mengikut acuan kamu? Ha, kan aku dah tak konsisten guna kata nama ketiga. Kejap kamu kejap kau. Sorry cikgu Fadzilah. Saya khilaf dalam menjaga tatabahasa yang cikgu ajar.

Siot.

As a conclusion, respect everyone around you. Appreciate them as the way they are. Support them dealing with their fear not doing something agitated them. Life is not easy. Everyone have their own difficulties.

Okay?

p/s: notabulukaki - aku cool aku okay. haha

Thursday, August 28, 2014

Pagi yang indah?

Ted bangun dari tidur. Shit dah pukul 7.30 pagi.
Sepatutnya sekarang dia tengah pakai kasut nak keluar rumah.
Bukan baru nak kelam kabut bangun tidur.

Rilekkk rilekkk. Awal lagi.

Ted sejukkan hati.

Tuala dicapai. Toilet dituju.
Mandi sekadarnya.
Yang penting gosok gigi.
Ted bukan pengotor. Nope.

Ted lap badan sekadarnya.
Shit kemeja tak gosok lagi.
Nak gosok ke taknak?
Nak ke taknak?
Sempat ke tak?
Sempat kot?
Ke tak?

Arghhhh hari ni ada meeting.
Gosok Ted!!!

Kemeja disarung kemas.
Ted senyum depan cermin.
Well, it's all about confident.

Wallet dengan handphone dicampak dalam beg sandang.
There's no time to be an organize person now.
Helmet dicapai. Kunci digapai.

Dengan lafaz bismillah Ted keluar dari rumah.
Niat keluar bekerja mencari rezeki.

Motor dihidupkan.
Ya, Ted bermotor. 
Belum masanya berkereta.
Maklumlah "cleaner" jer.
Woha.

Naluri penunggang, ada rasa tak sedap hati.
Ted sure have to be extra careful.

Shitt, lupa nak isi minyak.
Stesen minyak dah terlepas.
Oh never mind, balik kerja nantilah.

Tiba-tiba......
Dub dubb dubbbbbb

Motor Ted mati.
Arghhhhhh minyakkkkkk.

Ted pejam mata.
Tebalkan muka.
Turun dan tolak motor.
Lintas traffic light merah.

"Bro, habis minyak ke bro?"

"Aah bro, habis minyak."

Shitttttt boleh tanya lagi.

Damn.

p/s: notabulukaki - Yuppppppppp Ted still masuk on time. Woha. and thanks kak Z tumpangkan pergi Petronas time lunch.

Wednesday, August 13, 2014

Quote~



" Kisses blown are kisses wasted.
Kisses aren't kisses unless they are tasted.
Kisses spread germs and germs are hated.
So kiss me baby, I'm vaccinated."

~Anonymous~

Saturday, August 9, 2014

Daripada Trachea ke Bronchus

Akan pernah ada masa kau terlalu jauh terjerumus dalam indahnya dunia di sisi orang yang kau kasih dan sayang sepenuh hati. Kurang dia, buruk dia, flaw dia dan silap dia, seolah-olah angin lalu. Tidak sedikitpun affect diri kau. Sebab bagi kau dialah manusia sempurna. Paling sempurna mungkin. Awek cun setara Izara Aishah ke Rannia Yeap ke dah tak bagi makna. Sebab dia is everything for you. Kerana dialah dirimu menjadi begitu berharga (iklan. kakaka). Dia pelengkap jiwa. Dia penguat diri. Jatuh bangun kau sama ada dalam study or kerjaya kerana dia. Konon cinta sampai mati. Konon cinta sampai syurga. Kononnya.

Tapi bahagia yang kau rasa tu buat kau selalu lupa, kawan. Ada Dia yang menentukan semuanya. Macam mana sayangnya kau dekat dia, hati tu sendiri Dia cipta berbolak balik sifatnya. Hari ni kau suka dia. Dia suka kau. Hari esok belum tentu. Macam mana kau jujur dan setia kononnya Izara Aishah jer pon. Or Rannia Yeap jer pon. Hari ni kau boleh berjanji seantero dunia, tidak ada yang lain di hati kau selain dia yang kau cinta. dan sayang. Tapi, kalau dah termaktub dalam qada' dan qadar jodoh tak panjang, akan datang ujian lain. Penolakan daripada pihak dia. Ada masa mungkin penolakan datang daripada kau. Akan datang? Mungkin kau yang rasa sakitnya ditolak. Sayang macam mana pon kau dekat dia, kau tak tentu lagi dia rasa benda yang sama. Dalam sepanjang jalan ke syurga bersama kononnya till jannah ni, tak semudah kau sangka. Akan ada jer benda atau issue yang timbul membuatkan ada curiga antara kau dan si dia.  Curiga itu yes perlu and akan sentiasa ada. Tapi tak perlulah sampai ke tahap paranoid. Paranoid tu sendiri sifatnya seperti virus. Bila menular akan rosak seluruh sistem perhubungan kau dan si dia. Jangan cipta virus yg merosakkan. Bila virus ni dipupuk, akan jadi kritikal untuk dibendung.



Macam nafas yang dah tercemar dengan germs dan molekul bahaya. Seluruh sistem pernafasan akan rasa effect dia. Dari trachea ke primary bronchus. Kemudian ke bronchiolles. Then diffuese masuk ke dalam darah. For sure sweet heart, akan rosak binasalah seluruh badan. Virus tu akan menular susah untuk dibendung. Unless kau prevent dari sekarang. Put a little trust dekat si dia. At the same time, give yourself time to build that trust. But in a harmony way. For sure, give and take.





Kalau ada isu arise on the way towards the final destination, then embrace it wisely. Ask for an explaination bukannya confrontation secara membabi buta. Once explaination dah diberi, choose to trust that explaination. When you chose to trust kat sini ,maksudnya, kau kena faham akan datang secara pukal dengan pilihan tu adalah komitmen untuk preserve that trust. Preserve dengan cara untuk tidak mengungkit lagi benda tu. Perlu ke setiap isu yang terjadi dijadikan senjata untuk dijadikan bahan untuk kau menang dan menjatuhkan, membenamkan, dan menjahanamkan si dia dalam setiap argument di masa hadapan? Pointnya untuk apa? Untuk menutup kesilapan sendiri? Or untuk rasa diri superior compared to the other half? So that kau boleh bangga bercerita kepada sahabat handai dan taulan kau yang the other half kau buat silap, curang dan tak menghargai kau? So, kau boleh tunjuk dekat seluruh dunia, kau pasangan perfect yang sadis dapat pasangan yang tak perfect. Macam tak pernah buat salah jer kan. Silapnya kita bila chose untuk trust, kita memang engaged dengan komitment, tapi bukan untuk preserve the relationship tapi untuk preserve kemenangan menundukkan si dia dalam setiap argument. Maka, akan digunalah semua point-point si dia explain untuk back up diri dalam argument lepas, untuk menang argument yang terjadi sekarang dan akan datang. Macam, err macammm err macam what the fuck betul. Confuse otak kau letak kat kepala ke kepala lutut.

Tapi kalau dah terbentang depan mata segala kecurangan dan ketidak betulan si dia, apa kau tunggu lagi? Sila angkat kaki dan blah. Itu bukan cinta, kawan. Tapi itu buta. Jatuh hukum bodoh dan bangang namanya. Don't you think your earnest love deserved someone better? Tepuk dada tanyalah selera.


p/s : notabulukaki - trachea tu apa? bronchus tu apa? bronchiolles tu apa? kau google sendiri.
hint : human respiratory system

Saturday, July 26, 2014

Eidul Fitri 2014

Background music : Air Mata Syawal - Siti Nurhaliza

Kalau rasa syahdu sangat, play lagu ni : Happy by Pharrel Williams

*************************************************************************
Pomm Pomm Pomm

Adik oh adikk.
Main mercun pop pop ke?

/pandang pelik/

Taknak ajak abang main pop pop?

Tapi abang kan dah besar.

Tapi abang nak main jugak.

Nah.

**************************************************************************
Aku still ingat lagi, Aidil Fitri 2013, time tu tengah praktikal. 
Aku balik rumah beraya, aku buat barbeque malam raya.
Sambil jaga api dan kacau rendang dalam kuali.
Masak dekat halaman rumah.
Baru meriah katanya.

Time tu , aku ada sebut depan adik aku nombor tiga.
Tak sure si bongsu dengar atau tak.

Aku cakap betapa aku wish next year raya aku dah ada kerja.
Although aku tak aware langsung raya dua tiga minggu after habis exam finale.

And here i am, flashback a year ago.
Go through checklist benda untuk di achieved in a year.
Rezeki Dia bagi, sebulan before aku final exam aku dah secure kerja.
Alhamdulillah impian untuk dapat kerja sebelum Aidil Fitri 2014 berjaya dicapai.

**************************************************************************

Pommm Pommmm.

Adik oh adikk.

Sebab adik baik ajak abang main mercun pop pop.
Nah abang bagi.

Eh, tak raya lagi mana boleh dapat duit raya.

Takpe, abang bagi. Abang dah tanya mak. Mak tak marah.

/pandang mak dia/

/mak dia angguk/

Terima kasih bang.

Sama-sama, dik.

**************************************************************************

Bercakap soal impian raya, ada angan-angan aku simpan dulu.
Kononnya lah kan. Hahaha

One day, bila Hari Raya Aidil Fitri, aku nak hadiahkan baju kurung untuk someone.
Biar sedondon although tak halal lagi.
Biar beraya jauh berbatu.

Andddddd this year pon still tak dapat achieve lagi impian yang itu. Hahaha
I thought tahun ni dapat. Kahkahkah. Hillarious how time flip over the table.
:)

p/s : notabulukaki - Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014. Maaf Zahir Batin. Semoga selamat sampai ke Astana Ziezadiey Ahad ini. Amin. :) Oh damn I miss home.


Monday, July 21, 2014

Naskhah Terakhir

Alhamdulillah.
Sujud syukur aku semuanya selesai.
Selesai yang selesai sungguh.

***********************************************************************

"Faqrul, FYP awak ni dah lari daripada tajuk. Main requirement and analysis tak ada. Analysis yang awak buat ni tak boleh membantu awak. If the main analysis itu ada, then baru analysis yang awak buat ni boleh dikira as bonus. Tapi kalau main analysis yang mengikut tajuk FYP awak ni takde, then analysis awak buat ni seolah-olah tak ada apa-apa. Saya tak boleh nak tolong. There is a probability untuk awak fail. Kalau pass pon, it is barely pass."

***********************************************************************

Terasa dunia bergetar dalam frequency yang terlalu maha kuat yang tak mampu untuk aku ikut gerak getarnya.

Seolah-olah pandangan mata terasa gelap. Cahaya seolah-olah menyorok dari dunia aku.

Teraba-raba aku berpegang pada sabar dan harapan yang satu-satunya jatuh terlepas dari genggaman.

Berharap agar ada cahaya datang sudi menyuluh gelap jalan aku di hadapan.

Berharap agar ada pegangan harapan yang sudi memimpin tangan bergerak maju ke hadapan.

"Is there anything can be done to make this right?"

***********************************************************************

"Jom Faqrul. Kita pergi Pauh. Jumpa SV kau. Mesti ada cara nak setelkan ni. Takkan lah kena extend. Takkanlah dia nak failkan kau. Relek Faqrul, kita setelkan benda ni. Kita sama-sama grad tahun ni. Jom, siap kita pergi sekarang."

***********************************************************************

Mujur ada sahabat yang menenagkan. 

Mujur ada sahabat yang prihatin.

Hancur harapan dek masa depan.

Gugur air mata dek lemahnya jiwa.

***********************************************************************

"Since awak tengah exam, awak habis exam dua minggu lagi kan. Saya bagi awak masa sebulan. Tapi jangan kacau study and exam awak. So you have approximately two weeks after exam untuk submit analysis baru. I will discuss with FYP coordinator and dean. But, approval must come from the dean. Kalau dean tak benarkan, then you have to extend untuk FYP."

***********************************************************************

Sekali lagi dunia gelap. Mesej tertera rasa sukar betul untuk dihadam maknanya. 

Entahkan betul entahkan tidak tafsiran minda.

Extend bermakna repeat FYP. Repeat FYP maksudnya perlu extend bukan satu semester tapi dua.

Allah, kerja sudah dalam genggaman. Next interview dalam perancangan.

After habis exam, ada dalam seminggu before masuk kerja.

Semuanya dalam perancangan.

Sekarang tiba-tiba datang dugaan dalam perjalanan.

Mahu disiapkan sebelum last day exam, maksudnya kena curi masa untuk siapkan.

Tapi, sempat atau tidak untuk dibahagikan masa.

Antara FYP, study, dan paper exam yang mencabar.

Buntu. Gusar. Risau. Gelisah.

Apa akan jadi pada masa depan?

***********************************************************************

I know they might not know about this blog. I know they might not read this.
But they are my friend, and I really want to extend my huge gratitude and appreciation to them.
Biar dunia tahu, jatuh bangun aku kerana mereka bertiga.

Terima kasih.
Terima kasih sebab sama-sama dengan aku pergi ke Pauh.
Sabar dan setia tunggu dekat cafe, walau panas dan hujan.

Terima kasih.
Terima kasih sebab cheer me up bila aku down gila babi.
Terima kasih sebab held me from fell down sebab benda ni.

Terima kasih.
Terima kasih sebab boost semangat aku untuk study paper keesokannya.
Terima kasih buat aku lupakan sebentar masalah ni dan fokus exam yang lebih prioriti.

Terima kasih.
Terima kasih sebab duduk bersila sama-sama dengan aku atas lantai.
Terima kasih sebab sama-sama buka buku, study, dan plan next analysis.

Terima kasih.
Terima kasih sebab yakinkan aku semuanya akan okay.
Terima kasih sebab tak pernah tinggalkan aku seorang diri.

Terima kasih WMF sebab duduk bersila dengan aku lukis gear and plan next calculation
Terima kasih WVU temankan aku ke Pauh eventhough hari tu aku tau kau penat and mengantuk.
Terima kasih WLN sebab dalam kelam kabut kau nak exam, still kau tolong CAD and analysis aku.

Selepas dua tiga bulan yang penuh rabak jiwa dan raga, hancur dan gugur kerana FYP.
Alhamdulillah semuanya dah berakhir. FYP lulus juga.

Kalau tak sokongan dari korang, maybe FYP aku fail sebab down nak teruskan.
Kalau tak sokongan dari korang, maybe ada paper aku fail sebab hilang fokus.
Kalau tak sokongan dari korang, maybe aku tak dapat grad tahun ni.

Aku doakan, kita semua berjaya dalam hidup masing-masing.
Kerjaya yang cemerlang dan hidup yang sukses.

Semoga bertemu jodoh yang baik-baik yang boleh jaga korang elok-elok.
Yang boleh buatkan air, masakkan dan basuh baju korang.
And importantly can make you guys happy, InsyaAllah.

Halalkan makan, minum, ilmu, nasihat, pertolongan dan macam-macam lagi.
Maafkan khilaf, salah, silap, gurauan, bluff, dan macam-macam lagi.
Semoga berjumpa lagi, InsyaAllah.

Ikhlas, naskhah terakhir dari aku.

21 July 2014.
Hari Result Semester 8 2013/2014




Monday, July 14, 2014

Slot Infiniti - Arjuna Mama



nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


Kalau dulu, buka mata sarapan sudah terhidang depan mata.
Kalau dulu, buka mata baju  sudah tergantung di almari kaca.
Kalau dulu, buka mata terbentang wajah ayahanda dan bonda.

Kini, buka mata lantai marmar kosong terhidang depan mata.
Kini, buka mata tiada baju tergantung juga tiada almari kaca.
Kini, siling kosong pengganti wajah ayahanda dan bonda.


kan ada satu ketika
kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda
tak jelas mata
ambil yang sarat duri


Kalau dulu, ada ayahanda dan bonda menanggung anakanda.
Kalau dulu, ada ayahanda dan bonda pemberi nasihat berguna.
Kalau dulu, ada ayahanda dan bonda di sisi mendengar khabar berita.

Dalam berat hati anakanda keluar daripada Astana ayahanda..
Niat mahu berdikari mencari rezeki juga menyara diri.
Terima kasih atas ajaran dan didikan yang diberi.
Juga nasihat yang disemat di sanubari.


hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

 Ayahanda dan bonda,
walau ke mana langkah kaki membawa anakanda,
walau di mana susuk tubuh anakanda berada,
walau siapa jua hadir di sisi anakanda,
I will always be your arjuna.
Arjuna Mama.

Semoga Allah sentiasa melindungi Ayahanda dan Bonda.

May Allah bless us.
May Allah ease us.

********************************************************


p/s : notabulukaki - syahdu raya tahun ni. balik sehari sebelum raya. malam raya baru sampai rumah. bhahaha