Monday, September 1, 2014

Fear VS Geli

Aku ada seorang kawan sekelas time degree dulu yang takutkan kucing. Tahap takutkan kucing tu kalau tengah lepak makan sekali then kucing tu tiba-tiba nak bermanja bergesel-gesel kaki dengan dia, auto refleks badan dia akan react seolah-olah ada bom bawah kaki. Mahu terbalik meja makan kat kedai tu. Atau kerusi patah sebab dia kebelakangkan kerusi tu secara drastik. (Yes, ini betul-betul pernah jadi).

Maka akan timbullah persoalan di mana "Kau takut kucing? Kucing jer pon. kau lagi besar dari kucing. kucing tu tak makan kau lah."

These typical respons adalah sekadar tipikal. Ayat mudah yang keluar dari mulut seorang pemerhati dan bukan yang merasai. Percayalah, everyone of us have something to be feared of. Tak kiralah benda tu bersifat benda hidup atau tak. Kalau ada orang takutkan benda subjektif contohnya kehidupan atau kegagalan. Tak mustahil juga ada orang yang takutkan sesuatu yang konklusif contohnya kucing tadi tu lah.

Tak kiralah sekatang mana badan kau atau sesempurna mana lahiriah kau di mata dunia, akan ada sekelumit rasa takut terhadap something dalam jiwa kau. Takde kau kata? Bersyukurlah kau sempurna. Bersyukurlah kau sado lahir dan batin. *Sarcastic.

Mama aku takutkan alias geli gila dengan binatang tak bertulang macam ulat, ulat gonggok, cacing dan sekufu dengannya. Kalau tiba-tiba kau tengah syok tengok tv dekat ruang tv then dengar orang jerit tak cukup nafas siap terloncat-loncat, ha ada yang say hi kat Mama la tu. kemudian disusuli jeritan either panggil ayah or aku nak tolong buang ulat tu. Sebab bilik aku paling dekat dengan dapur, akulah panglima diraja yang mencemar duli buangkan ulat tu jauh dari pandangan Mama. Hahahadoiiiilah. Kejap, oh patutlah diorang design bilik aku letak kat belakang. Chehhhh. 

Lagi kelakar, pernah sekali benda ni jadi, Mama aku jerit bagai nak rak panggil nama aku sampai jiran sebelah datang rumah. Dengan cemasnya dia jerit dari luar rumah, "Kak Zieeeeee kenapa kak? Akak okay tak?" Sambil ketuk-ketuk pintu rumah aku dengan cemas. Drama betul. Perghhhh aku dengan cool tak berapa cool, buka pintu sengih sikit. " Tak de apa makcik. Ada ulat say hi kat mak." Mama aku sengih segan kat belakang. Hillarious? Tak langsung. Ahaha.

Aku pernah ada orang-orang dalam hidup aku yang takutkan banyak benda. Ada yang takutkan katak. gelikan cicak. tikus. Lipas tak terbang. Lipas terbang. Lipas tak terbang dan terbang. Lipas mati. Lipas pura-pura mati. Lipas gila. Lipas punya anak. Lipas punya mayat. Tak kisahlah tapi bagi aku ini adalah normal. If you in that situation, and dealing with something he or she feared of, di mana kau tak takut atau geli, instead of mocking him or her, its better if you stood up and remove that thing out of their sight. Once you encounter the same problem, someone will do the same. For sure.

Kau tak tahu mungkin dia dah deal dengan fear ni for a very long time. And he or she trying damn hard to keep this fear enclosed within him/herself without being notice by other people surround him/her. Macam kes adik aku. Mama aku tanya aku hari tu either aku sedar ke tak yang adik perempuan aku somekind of traumatized dengan bunyi guruh dan petir. Bila hujan lebat siap berguruh dan petir, automatic dia akan pergi duduk dekat ruang rumah yang paling dalam, yang paling jauh dengan tingkap or pintu. So antara banyak-banyak ruang, ruang tv lah yang paling dia suka duduk time guruh or kilat, maybe tempat tu paling secure I guess? Which, put aside me, semua orang dalam rumah aku tak tahu fact yang adik aku ni takut aka gerun dengan kilat guruh ni semua. Since when? Why? Takde sapa tahu.

Sama kes member aku dia geli dengan cicak. And one day, ada cicak berhampiran dia. And as a friend yang aware dengan fact ni, and not having the same fear, I deal with this by removing the lizard off of his/her sight. Before dia aware pasal menatang ni ada bawah kaki dia.

Untuk menjatuhkan hukum di mana kononnya dah besar tak perlu takutkan ini atau takutkan itu, atas hukum alam mana penentu limitasi ketakutan tu? Jujur, kau juga punya rasa yang sama. Or at least you maybe already encountered that fear or geli, so there is no reason for you to be a jerk.

Kau perlu sedar, sedang dunia tidak pernah terlahir punya limitasi , maka Tuhan sudah cukup adil menciptakan manusia yang punya variasi. Ketakutan yang sama mungkin. Tapi bagaimana besar dan cara mengatasi yang berbeza. Tak semestinya kau tidak takutkan atau gelikan lipas contohnya, maka kau pandang jelik orang yang takutkan lipas tu. Kononnya dia tidak mampu mengatasi ketakutan yang itu. Seolah-olah tidak patut punya ketakutan yang itu. Seolah-olah dia alien. Sesungguhnya, manusia itu bervariasi ciptaannya, maka kenapa kau perlu memaksa dia mengikut acuan kamu? Ha, kan aku dah tak konsisten guna kata nama ketiga. Kejap kamu kejap kau. Sorry cikgu Fadzilah. Saya khilaf dalam menjaga tatabahasa yang cikgu ajar.

Siot.

As a conclusion, respect everyone around you. Appreciate them as the way they are. Support them dealing with their fear not doing something agitated them. Life is not easy. Everyone have their own difficulties.

Okay?

p/s: notabulukaki - aku cool aku okay. haha

No comments:

Post a Comment