Monday, July 21, 2014

Naskhah Terakhir

Alhamdulillah.
Sujud syukur aku semuanya selesai.
Selesai yang selesai sungguh.

***********************************************************************

"Faqrul, FYP awak ni dah lari daripada tajuk. Main requirement and analysis tak ada. Analysis yang awak buat ni tak boleh membantu awak. If the main analysis itu ada, then baru analysis yang awak buat ni boleh dikira as bonus. Tapi kalau main analysis yang mengikut tajuk FYP awak ni takde, then analysis awak buat ni seolah-olah tak ada apa-apa. Saya tak boleh nak tolong. There is a probability untuk awak fail. Kalau pass pon, it is barely pass."

***********************************************************************

Terasa dunia bergetar dalam frequency yang terlalu maha kuat yang tak mampu untuk aku ikut gerak getarnya.

Seolah-olah pandangan mata terasa gelap. Cahaya seolah-olah menyorok dari dunia aku.

Teraba-raba aku berpegang pada sabar dan harapan yang satu-satunya jatuh terlepas dari genggaman.

Berharap agar ada cahaya datang sudi menyuluh gelap jalan aku di hadapan.

Berharap agar ada pegangan harapan yang sudi memimpin tangan bergerak maju ke hadapan.

"Is there anything can be done to make this right?"

***********************************************************************

"Jom Faqrul. Kita pergi Pauh. Jumpa SV kau. Mesti ada cara nak setelkan ni. Takkan lah kena extend. Takkanlah dia nak failkan kau. Relek Faqrul, kita setelkan benda ni. Kita sama-sama grad tahun ni. Jom, siap kita pergi sekarang."

***********************************************************************

Mujur ada sahabat yang menenagkan. 

Mujur ada sahabat yang prihatin.

Hancur harapan dek masa depan.

Gugur air mata dek lemahnya jiwa.

***********************************************************************

"Since awak tengah exam, awak habis exam dua minggu lagi kan. Saya bagi awak masa sebulan. Tapi jangan kacau study and exam awak. So you have approximately two weeks after exam untuk submit analysis baru. I will discuss with FYP coordinator and dean. But, approval must come from the dean. Kalau dean tak benarkan, then you have to extend untuk FYP."

***********************************************************************

Sekali lagi dunia gelap. Mesej tertera rasa sukar betul untuk dihadam maknanya. 

Entahkan betul entahkan tidak tafsiran minda.

Extend bermakna repeat FYP. Repeat FYP maksudnya perlu extend bukan satu semester tapi dua.

Allah, kerja sudah dalam genggaman. Next interview dalam perancangan.

After habis exam, ada dalam seminggu before masuk kerja.

Semuanya dalam perancangan.

Sekarang tiba-tiba datang dugaan dalam perjalanan.

Mahu disiapkan sebelum last day exam, maksudnya kena curi masa untuk siapkan.

Tapi, sempat atau tidak untuk dibahagikan masa.

Antara FYP, study, dan paper exam yang mencabar.

Buntu. Gusar. Risau. Gelisah.

Apa akan jadi pada masa depan?

***********************************************************************

I know they might not know about this blog. I know they might not read this.
But they are my friend, and I really want to extend my huge gratitude and appreciation to them.
Biar dunia tahu, jatuh bangun aku kerana mereka bertiga.

Terima kasih.
Terima kasih sebab sama-sama dengan aku pergi ke Pauh.
Sabar dan setia tunggu dekat cafe, walau panas dan hujan.

Terima kasih.
Terima kasih sebab cheer me up bila aku down gila babi.
Terima kasih sebab held me from fell down sebab benda ni.

Terima kasih.
Terima kasih sebab boost semangat aku untuk study paper keesokannya.
Terima kasih buat aku lupakan sebentar masalah ni dan fokus exam yang lebih prioriti.

Terima kasih.
Terima kasih sebab duduk bersila sama-sama dengan aku atas lantai.
Terima kasih sebab sama-sama buka buku, study, dan plan next analysis.

Terima kasih.
Terima kasih sebab yakinkan aku semuanya akan okay.
Terima kasih sebab tak pernah tinggalkan aku seorang diri.

Terima kasih WMF sebab duduk bersila dengan aku lukis gear and plan next calculation
Terima kasih WVU temankan aku ke Pauh eventhough hari tu aku tau kau penat and mengantuk.
Terima kasih WLN sebab dalam kelam kabut kau nak exam, still kau tolong CAD and analysis aku.

Selepas dua tiga bulan yang penuh rabak jiwa dan raga, hancur dan gugur kerana FYP.
Alhamdulillah semuanya dah berakhir. FYP lulus juga.

Kalau tak sokongan dari korang, maybe FYP aku fail sebab down nak teruskan.
Kalau tak sokongan dari korang, maybe ada paper aku fail sebab hilang fokus.
Kalau tak sokongan dari korang, maybe aku tak dapat grad tahun ni.

Aku doakan, kita semua berjaya dalam hidup masing-masing.
Kerjaya yang cemerlang dan hidup yang sukses.

Semoga bertemu jodoh yang baik-baik yang boleh jaga korang elok-elok.
Yang boleh buatkan air, masakkan dan basuh baju korang.
And importantly can make you guys happy, InsyaAllah.

Halalkan makan, minum, ilmu, nasihat, pertolongan dan macam-macam lagi.
Maafkan khilaf, salah, silap, gurauan, bluff, dan macam-macam lagi.
Semoga berjumpa lagi, InsyaAllah.

Ikhlas, naskhah terakhir dari aku.

21 July 2014.
Hari Result Semester 8 2013/2014




No comments:

Post a Comment