Sunday, December 17, 2017

Penulis Tanpa Buku

Sepurnama duduk di tepi pintu.
Menelaah akan rentak tari dunia.
Dalam sunyi aku simpulkan sesuatu.

Ayuh kemari wahai penari tidak berlagu.
Ayuh kemari wahai pelakon yang bisu.
Ayuh kemari wahai penulis tanpa buku.

Aku mahu ceriterakan sesuatu akan apa yang aku lalu.
Tentang mereka di sekeliling aku.

******

CERITA 1; 

Aku punya teman. Raden namanya. Seusai tamat pengajian si Raden, dia cuba sedayanya membaik apa ada hidupnya yang berteman ibu dan dua beradiknya. Sementelah sudah graduasi. Dan beberapa purnama nikmat hasil gajiannya diterima. Dan seusai diskusi seisi keluarga. Juga mencongak akan peri pentingnya pengaliran wang gajiannya nanti, Raden sepakat membeli sebiji kenderaan, kereta baru untuk lebih tepatnya.

Ini yang dibunyikan orang di sekelilingnya.

"Baru graduasi, kerja tidak berapa tahun sudah keluar kereta baru. Baik diguna untuk modal sambung belajar biar lebih tinggi. Atau dimewahkan sahaja ibu dan bapa yang mengandung dan membesarkannya."

"Anak muda terlalu ikutkan hati dan rasa. Orang lain punya kereta dia juga kepingin milikinya. Lihat aku dulu, kerja keras selepas berapa tahun depannya, lepas menikah anak satu, baru aku beli kereta itu. Itupun kereta berlepas dari tangan ke tangan bukan yang baru."

"Dasar budak muda. Mahu gah sahaja sama temannya. Motornya sahaja aku lihat baik-baik sahaja. Jika benar perlu kereta sekalipun, kenapa tidak kereta bekas orang sahaja dibeli, Bukankah lebih jimat di situ?"

Di balik megahnya manusia hina dina melemparkan kata, tidak sekelumitpun mereka cuba menilai apa yang berada di benak fikirannya si Raden. Dan kenapa begini dan begitu keputusannya si Raden.

Ini aku, temannya si Raden. Apa kau tahu Raden ini keluarganya berpecah? Ayahnya menikah lain dan diceraikan ibunya. Maka ibunya bersusah bergolok bergadai membesarkan si Raden dan adik-adiknya sebaik mungkin. Yang mereka punya hanya 3. 3 motor usang. yang mana sebiji Raden gunakan berulang alik rumah ke kolej dan kini ke kerja. Sebiji lagi ibunya guna untuk urusan berulang alik ke kerja. Sebiji lagi digunakan dua lagi anaknya untuk urusan kecemasan sementelah mereka berdua tiada di rumah dan juga urusan persekolahannya.

Sudah berapa purnama Raden 4 beranak berulang alik ke kampung yang berjam jauhnya. Menaiki dua motor usang ini. Dengan risiko bahaya di mana-mana? Dan aku mahu tanya. Apa salah keputusan Raden ini? Bukan gah yang dia cari. Cukup selesa ibu dan adiknya cukup. Dan kau orang luar menggelupur seolahnya ikan tidak berjumpa air melepas kata yang bukan hak!

******

CERITA 2;




Aku punya teman sekuliahan sarjanaku. Panggil sahaja dia Jay. Jay ini kukira sudah 30-an umurnya. 35 tahun ya mungkin. Pernah aku utarakan persoalanku padanya, akan mengapa sudah seusia ini baru datang ilhamnya untuk menyambung sarjana ya walau separuh masa ini. Ringkas jawapannya,

"Kerana keadaan."

"Keadaan yang bagaimana?"

"Waktu aku masih muda dulu, seusia kamu. Aku sudah menekadkan diri aku untuk terus mengejar apa aku mahu. Sarjana dan kemudiannya Kedoktoran biar anak-anak dan isteri dan juga keluarga aku bangga akhirnya. Sudah ku mulai kuliahan aku. Bila mana bakal isteriku waktu itu (isteriku sekarang) seringkali depresi. Dia menyokong benar usaha aku. Cumanya mulut-mulut orang yang tidak punya ihsan. Bertanya mengapa dia belum juga menikah. Sedangkan sudah mahu hampir tarikh luput kata orang-orang itu. Dan pria mana yang tidak punya langsung toleransi untuk memikirkan apa yang dia fikir ini? Lalu aku memutuskan untuk berhenti sarjanaku dan menggunakan duit yang kukira akan digunakan untuk bahayaran kuliahanku itu, aku gunakan untuk menikahinya."

"Kamu tidak sesal? Kesal mungkin?"

"Sesal itu ada. Cumanya semua selesai saat aku melihat dia di belakangku pada hari pernikahan kami."

"Hidup tidak sekadar berurusan soal kita. Cumanya perlu ada dorongan keduanya agar dapat dilalui kuat sesamanya."

"Tapi kalau aku yang berada di tempat kamu, Jay. Bukan sokongan ku terima, tetapi makian. hehhh"

******

CERITA 3;

Aku punya teman. Pernah serumah denganku sebelum dia keluar kerana menikah. Dan teman itu, kenali sahaja sebagai Zain. Zain lulusan Diploma Kejuruteraan. Pernah sekali waktu Zain tidak di rumah, aku mengemaskan barangnya. Ada ternampak akan sijil Diplomanya itu. Salah aku mungkin melihatnya. Tetapi transkrip yang juga ada di sertakan sekali buat aku kagum sama dia. Betapa markah agregat  setiap semesternya sangat memberangsangkan. Aku yang lulusan ijazah kejuruteraan ini cukup tahu bahawa tidak mudah memperolehi apa yang dia punya itu.

Suatu petang, saat kami minum petang di kedai. Usai pulang daripada kerja. Aku tanyakan pada Zain, apa dia tidak mahu menyambung pengajiannya? Sementelah dia seringkali menceritakan perihal rakan seperjuangannya dahulu yang sudah bertebaran di muka bumi menyambung ijazah, dan ada yang di luar negara meneruskan pengajian sarjana dan kedoktoran mereka. Aku sebagai temannya si Zain yakin dia juga boleh.

"Aku tidak sepintar kamu. Lepas mendapatkan Diploma ini cukup seksa sudah bagi aku. Tidak aku bayangkan betapa seksanya aku meneruskan pengajian ijazah. Apa lagi sarjana dan kedoktoran."

Dan entah kenapa. Dia lupa. Bahawa aku teman serumahnya. Yang sama-sama menghantarnya pulang ke kampungnya saat kecemasan. Yang pernah bertemu walau tidak rasmi dengan keluarganya. Yang itu dan ini walau tidak punya terlalu banyak akses tentang hidup peribadinya aku sekurangnya tahu sedikit lebih walau tidak banyak tentangnya.

Aku tahu meneruskan pengajian berkisar soal wang. Sementelah gajiannya tidak semewah mana. Dan adik-adiknya Zaih masih kuliah. Dan ayah dan juga ibunya tidak datang dari latar keluarga yang senang. Aku tahu Zain sedang berkorban untuk keluarganya menjadi lebih baik.

******

Dan sementelah dunia berputar atas paksinya.
Begitu juga setiap manusia di perbentangannya.

Kita semua bergerak atas garis masa yang berbeza.

Maka, siapa kita mahu menjatuhkan dan menghamburkan kata-kata yang menyimpulkan soal pilihan hidup orang lainnya. Sedangkan apa yang terlihat hanyalah di permukaannya sahaja.

Disuruh menyelam lebih dalam, takut katanya.

Takut pada realiti mungkin.

Selamat malam wahai "penulis skrip" sketsa ini.
Yang merasakan dirinya cukup gah dan bagus menilai orang lainnya.
Sampaikan dia lupa, ada tuan "pengarah" yang lebih besar di atas sana melihat kesemuanya.

Ikhlas daripada aku,
si penari tidak berlagu.
si pelakon yang bisu.
si penulis tanpa buku.

******

Bilik Perbincangan ##,
Pelajar Pascasiswazah, Aras Dua,
Fakulti Penghakiman Kamu,
Universiti Caci dan Maki Kamu,
Johor Bahru.
 

Sunday, December 10, 2017

The Story of Ricky

Hujan rintik-rintik.
Wiper ditutup.
Aircond ditutup.
Push button ditekan.
Pintu di unlock.

Perlahan Ryan keluar daripada perut Miss Red.
Butang di sisi pintu ditekan.
Berlari anak ke kedai depan.

***

"Auntie. Itu pokok hidup punya ada?"
"Haiya boy. Finished already la. Next week only coming."
"Next week ha. Okay2. Kasi I satu palletized food. Kecil punya ha."
"Okay2 wait ha."

***

Dekorasi kedai lama yang tipikal.
Beg-beg kecil makanan haiwan disusun di rak yang bersebelahan dengan hiasan dan aksesori haiwan pelbagai jenis.

***

"Auntie. Ini guppy kasi saya 20 ekor. Kasi cincai lebih ha. Hah"
"Haiya boleh-boleh. I kasi you lebih dua ekor la. Cukup hor."

***

Kiri dan kanan dipenuhi deretan akuarium dengan pelbagai jenis ikan. Pelbagai ragam dan pelbagai harga tentunya. Cuma di sebalik ikan-ikan hiasan cantik di dereran 3 tingkat akuarium ini, terselit di hujungnya satu akuarium dengan anak-anak ikan emas pelbagai warna dan corak. Dull sekali akuariumnya. Tiada lampu. Tiada perhiasan. Air sudah mulai kotor. Entah berapa lama tidak ditukar. 

***

"Cute la goldfish ni auntie. Kenapa takde lampu. Kesian dia banyak-banyak dalam ni sempit sudah."
"Haiya boy. Itu ikan kasi ikan makan punya."
"Ha?! Kasi ikan makan? Kesian la dia auntie."

***

Aku tenung akuarium ini.
Akuarium kotor ini.
Dan ikan-ikan emas kecil yang berenang tidak bebas.
Sempit sekali ruangnya.
Entah kenapa rasa sayu.
Seolah-olah setiap ekor daripadanya mencuba berkomunikasi.
Betapa tidak rela dijadikan santapan ikan lainnya.

***

Ricky dikejar laju.
Ada dua tiga makhluk jahat besar dengan gigi berserigai laju cuba menerkam Ricky.
Ricky sempat toleh ke kiri dan kananya.
Rakan-rakannya bertempiaran cuba menyelamatkan diri tanpa mempedulikan sekeliling.
Arah tuju sudah di luar daripada definisi kata.
Tidak kira ke mana asalkan terselamat.

Tiba-tiba mata Ricky kabur.
Pandangannya kelam.
Ricky gagahkan diri terus maju.
Dapat Ricky rasakan muka dan tubuhnya basah dengan warna merah pekat.
Shit. Darah!!!

Ricky pandang ke hadapan.
Damn.

Ada makhluk itu di hadapan.
Dengan mulut ternganga luas.
Giginya tajam berkilat dek pantulan cahaya lampu yang sirna di balik kocakan air.
Ricky tahu. Ini pengakhirannya.
Dan......Zasss isi tubuhnya tersiat-siat.

***

Ryan tercungap-cungap.
Tak boleh jadi ni.
Kena beli juga ni.

Ryan hidupkan MissRed.
Ryan menuju ke kedai semalam.

"Auntie. Itu goldfish RM10."
"Boy itu bukan bela punya."
"Takpe. Saya mau juga."

***

Alhamdulillah Ricky dan 59 ekor kawannya yang lain selamat, selesa dan tenteram berenang laju-laju dalam mini lautan ciptaan Ryan. Seronok berkawan dengan 32ekor guppy fish teman sepermainannya sekarang. Paling Ricky seronok bermain kejar-kejar dengan Glitter, si ikan guppy paling cantik di tempt ini. Namanya sesuai warna badannya yang berkilau terpantul lampu yang dibuka sekali sehari itu. Ha Ricky juga tak lepas peluang bermain lawan arus dengan air bubble yang keluar hanya apabila lampu menyala.

Bila Ricky penat. Ricky berehat. Cumanya Ricky tengah biasakan diri makan dua kali sehari. Pagi sebelum tuan ke kerja dan malam ketika tuan pulang ke rumah.

I can say this place is far better than dijadikan bahan makan mahluk ganas lainnya.

***

Oh btw I think I need to drop by the shop again next week. Pokok hidup untuk fish bowl dekat desk aku di office belum beli. Asyik takde stok saja. And should I buy another few ringgits of Ricky's friends? Seems like this tank still have space for them all. Haha.


Sunday, November 26, 2017

Pantun Lama

Berburu di padang datar.
Dapat rusa berbelang kaki.
Berguru kepalang ajar.
Bagai bunga kembang tak jadi.

Lulz. This pantun just came across my mind recently. Keep playing the last two sentences thank god terjumpa the first two sentences. Complete huru hara dalam kepala. Jumpa juga  pelengkap ritma dia.

Hopeless Soul

Harry pandang luar tingkap. Ada titis hujan yang masih tersisa.
Pagi yang tenang mungkin.
Dan dingin.

Musim hujan sudah tiba.
Dan negeri bertuah ini terima rahmatnya.
Harry kemudi MissRed berhati-hati sebelum berhenti di tepi.
Tasik di depan mata.
Pohon kemboja di sekeliling.
Deretan pokok bunga renek pelbagai warna segar dibasahi air hujan.

Harry 'warm up'. Ketatkan tali kasut biar kemas. 
Sudah lama ditinggal aktiviti sihat ini.
'Earphone' disisip kemas di kedua belah telinga.
'Playlist'  lagu kegemaran dimainkan.
Dan langkah diatur perlahan kemudian kencang.

"Kenapa kau tidak jujur daripada awalnya?"
"Sebab sayang."
"Maksud kau?"
"Parents mana senang hati dengar anak dia hampir sebulan tidur di pejabat. Mandi tak basah. Makan tak sempurna. Rehat yang tidak rehat. Baring di tikar getah. Semata-mata kerana diuji musibah."
"Dan dia?"
"Sama. Tapi silap aku sayang pada manusia yang cetek pemikirannya. Mulut laju meluahkan  semua yang terbuku di hati sebelum fikirannya dibiar be kerja. Bukan salah aku, kan?."
"Dan kau give up? Taknak selamatkan langsung?"
"Macam katanya, aku yang salah. Jadi bukan persoalan aku taknak selamatkan atau tidak. Aku sendiri sudah tidak mampu untuk diselamatkan. Jadi aku lepaskan. Aku nak hidup sekadar hidup. Sampai mati ajal yang menjemput."
"Come on. Jauh sangat tu."
"Pernah rasa nyawa kau seinci daripada ajal? Yang betul-betul miracle Allah lindung tak tersentuh walau sedikit?"
"Hmm..."
"Makanya, aku sedar ada manusia sayangnya pada yang lain adalah fake semata. Rasa dirinya sentiasa betul dan orang lain semunya salah. Keputusan diambil sentiasa terbaik sedangkan orang lain semuanya silap. Walaupun orang lain salah sekalipun, kenapa dia lebih suka menuding jari dan menghentam setiap inci salahnya. Dan aku sendiri rasa buang masa menghabiskan masa membetulkan keadaan sedangkan nyawa Allah yang pegang. Cukup sudah aku buang masa. Aku akan teruskan jalan yang aku pilih. Aku berhenti atau tidak di pertengahan tidak perlu aku perjelaskan apa alasan. Cukup Allah tahu niat aku untuk memudahkan orang lain yang memerlukan. Bukannya diberi peluang dan senang-senang berhenti kerana semuanya melelahkan. Kalau betul begitu apa yng aku fikirkan, sudah lama aku mengalah. Mana mungkin aku gagah tingkatkan ekonomi diri beria-ria sedangkan manusia pemalas lain sekadar cukup apa adanya atas alasan nanti-nanti sahaja susah senang bersama? Apa cincai sangat ke aku susun hidup aku. Apa busuk sangat usaha yang aku kerjakan? Sampai nampak buruk sedikit terus dicerca habis dituduh berhenti separuh jalan semuanya. Yang di mana belakangnya aku pulun tanpa jemu. Tak mungkin semua susah aku nak tayang pada dunia. Dah. Terpulang nak pandang aku daripada sisi mana. Aku ada Tuhanku. Dia saksi aku. Dia juga yang susun jalan hidup aku."
"Kau penat?"
"Ya dan tidak. Aku penat nak mengalah dan menjelaskan benda yang asalnya tidak perlu disusahkan. Tapi aku tidak akan pernah penat dalam apa yang aku ikhtiarkan. Biarlah orang lain habiskan sarjana dalam 24hulan. Aku 48bulan pon tidak aku kisahkan. Duduk dalam kerusi kecilku dan rasa apa yang berada di bahuku."
"Tapi, tak semua orang faham."
"Memang. Tapi orang yang kau percaya dan sayang sepatutnya perlu ada satu  perspektif baik sekurangnya tentang diri kau. Yang akan cuba memahamkan baik buruk di sebalik apa yang kau putuskan. Buruk-buruk aku yang dipandang rendah inilah, at least aku bangga dengan diri, sepanjang kerja tidak sesen aku guna duit Mama Ayah aku. Walau untuk mendapatkan MissA dahulu dan sekarang MissRed ini. Biar  habis beribu semua hasil usaha aku. So siapa kamu yang nak pandang jelek tentang aku? Baru nampak permukaan masalah hidup aku kau dah baran menggelabah cari salah aku. Apa lagi kalau aku sudah libatkan hidup kau dalam hidup aku. Tengok baik buruknya jalani hidup dengan seorang bernama aku. Mahu dicanang ke seluruh dunia. Silap buat percaturan memilih hidup dengan aku. So go ahead. Jangan buat silap tu. Pergi jangan sibuk Hi Hi lagi."

"Kau okay macam ni?"

"Tak. Tapi aku yakin akan okay satu hari. Dan aku harap dia bertemu la manusia semacam dalam kotak fikiran buruk dia. Spesies pemalas yang balik kerja baring depan tv harap isteri layan itu ini dan kemudiannya merungut duit tak cukup itu ini. Sibuk menayang susah pada isteri dan kemudiannya isteri terpaksa bantu dan akhirnya dicurangi. Biar dia rasa bertemu hidup dengan manusia sebegitu rupa. Bukan doa ya. Aku tak kejam macam tu. Kalau betul dapat. Ingatlah seketul-seketul apa kau cakap dulu."
 
Harry berhenti. Matahari sudah meninggi.
Perlahan memasuki MissRed..
Dan menuju ke TheVeronicaResidence.
Sambil berbisik.

"Nanti kita pergi tengok MissA ya."

Cepat-cepat sembuh sayang. Aku rindu.

Saturday, November 25, 2017

Nakamura Sensei

25 November 2017.
9:45pm.
.
TheVeronicaResidence.
.
Floor Level 26.
Unit Number 9.
.
Studio unit bertema putih.
Didekorasi furnitur minimalis.
Dengan sentuhan urban hitam gelap.
.
Butiran kristal tergantung di chandeliar murah tapi eksklusif yang tergantung di tengah-tengah ruang tamu bergerak perlahan ditampar deruan  angin daripada kipas. Nakamura capai remote dan perlahankan kipas. Sejuk daripada ke biasaan. Pendingin hawa tidak dibuka malam ini. Deruan angin kipas sudah mendinginkan sebegini rupa.
.
***
.
"Hati-hati. Elok-elok. Jaga diri."
"Kenapa tiba-tiba?"
"Takut aku takde satu hari."
"Pergi mana?"
"Entah."
.
***
.
Nakamura capai pisau di sisi tabletop. Memotong halus kepingan cendawan kegemaran.  Baru dibeli siang tadi. Dihiris juga bawang dan daging ayam. Tidak lupa daging cincang. Biar lengkap ada rasa. Tidak jemu saat dijamu.
.
***
.
"Mama risau tak dengar suara Along hari ni."
"Kenapa tak call ke WhatsApp Along ke apa Ma?"
"Entah. Tak suka. Mama buka semua yang ada. Tengok Along muncul di WhatsApp family baru lega isi hati."
"Risau apa Ma?"
"Risau apa-apa terjadi."
"Sorry Ma accident tu. Mama sampai risau macam ni."
"Takpe. Pengajaran lebih berhati-hati."
.
***
.
Air dalam periuk kaca sudah mendidih. 'Angel Hair' sudah mulai lembut.
Kuali di sebelah sudah sedia untuk diguna. Serba serbi dicampak sebelum sos Prego dituang.
Hajat Nakamura untuk disimpan dan pagi esok bangun sekadar hangatkan.
Boleh bawa pergi office. Jadi bekal di tengah hari.
.
***
.
"Kau lelaki tak guna. Takde masa depan. Hidup penuh gagal."
"Tapi aku dah usaha. Dan tak semua usaha berhasil."
"Bila kau usaha? Aku tak pernah tahu. Kau tu sendiri sudah gagal. Ada hati nak jaga aku yang serba serbi sempurna dan berjaya ni?"
"Tapi tak semua gagal aku perlu aku tunjuk. Aku usaha. Berjaya aku kongsi. Gagal aku simpan sendiri. Salah ke?"
"Tak berusaha betul lagi. Buat semua separuh jalan."
"Aku tak berhenti. Aku cuma rehat. Aku baru uji tengok reaksi kalau aku berhenti kau sudah baran begini. Kau pon tak sempurna."
"Tapi aku berhasil semua benda. Kau apa ada? Nothing. Kosong. Zero. Kau loser."
"Kalau kau pandang belakang saat kau pilih untuk berhenti yang itu dulu dan balik kampung perjudi nasib ada kerjaya yang mengganti atau tidak. Sekali pon aku tidak sentuh soal itu. Aku hormat pilihan kau. Aku sedia korban apa aku ada untuk kau. Dan kau persoaloan aku?"
"Ah kau bodoh. Bengap. Lembab. Tak mampu. Lagi banyak cakap."
.
***
.
Nakamura tutup suis. 'Angel Hair' di tos. Sos dituang ke dalam mangkuk porcelain putih tanpa delorasi bahan kimia Melamin. Diletak keduanya di meja makan kaca bulat di penjuru 'kitchen bar'. Biar sejuk sebelum dipindah masuk ke dalam peti sejuk. Esok bangun baru panaskan sebelum berangkat ke office.
.
***
.
Nakamura baring di sofa bujang 'Two Seater' tona warna hitam. Pandang kosong dinding putih dengan hiasan kertas dinding tona warna hitam sebagai 'focal point'. Di sisinya diapit dua tumbuhan hijau renek sumber oksigen segar studio 423 kaki persegi ini. 'Smartphone' jenama terkemuka yang dibeli kerana yang lama diberi pada Mama berbunyi singkat tanda ada mesej masuk ke 'inbox'.
.
"Hi"
.
Nakamura slide ke kiri. Butang 'Delete' ditekan.
.
Cukup sudah Nakamura pertahankan sayang yang ada. Kalau dulu masih tersisa rasa marah merajuk tak puas hati. Tapi bukan kali ini. Kali ini Nakamura hanya mahu berdiri. Angkat kaki pon tidak mahu. Perlahan-lahan biar dia pergi. Nakamura sudah tidak mahu menahan dia lagi.
.
Kerana mana mungkin seorang loser berdiri sama tinggi sama rendah dengan manusia sempurna.
Kerana mana mungkin seorang zero berdiri sama tinggi sama rendah dengan manusia hero.
Kerana mana mungkin seorang 'quitter'  berdiri sama tinggi sama rendah dengan manusia 'accomplisher'.
.
Ibarat enggang sama enggang.
Pipit duduk sendiri hujung sana.
.
Nakamura capai ubat.
Telan dua biji.
.
Biar tidur tenang.
Esok bangun pon senang.
Dan ulang rutin sebagai manusia gagal.
.
Selamat malam Si Sempurna.
;)
.
#NakamuraSensei
#BukaSikitTutupBanyak
#IndahKauTengokBurukAkuSimpan
#AcahKuatTaknakRabakDepanKauTapiLemah
.
Nakamura gelak.
Ambil 'Eye Mask'.
Lagu 'I'm Young' dimain.
Sedia tutup mata.

Monday, July 31, 2017

Kapal yang Karam

Maaf jika tidak terbiasa.
Aku sekadar melirik kata.
Jika ada cela maafkan hamba.
Hamba hanya insan pendosa.

***

Kapal ini.
Jika layak untuk diumpamakan.
Akulah, jika bisa, nakhodanya.
Dan merekalah para kelasi yang setia.

Kapal yang kami sama-sama bina.
Sauh yang kami sama-sama turunkan.
Layar yang kami sama-sama layarkan.
Tidak lagi seteguh yang kami harapkan dulu.

Badai menghempas keras.
Gelombang memukul kasar.

Layarnya patah dua.
Sauhnya sudah hanyut.
Lompongnya sudah ada.

Perlahan dan perlahan.
Air terus menenggelamkan.
Ombak semakin rakus menghempas.
Kasihan. Kasihan sungguh kami semua ini.

Ku pandang ke kiri dan kananku.
Kelasiku sudah tidak punya daya upaya.
Bagai sudah bernafas separuh nyawa rupanya.

Ku pandang tangan dan tubuhku.
Luka bermaharajalela.
Darah memercik hiba.

Sekilas ku sedar.
Mungkin ini akhirnya.

Pergilah.
Pergilah semua wahai para kelasiku.
Tinggalkan semua batu beban di bahumu.
Tapi usah ditinggal memori yang pernah bertamu.

Pergilah.
Pergilah tinggalkan kapal yang nyawanya kini suku.
Ambillah segera dayung ini seorang satu.
Dayunglah walau sehingga seribu batu.

Aku sudah tidak berdaya membenteng ombak.
Tidak juga upaya menampal segala lompong.
Apa lagi mahu menangguk air yang mengenangi.

Sudah sampai masanya kita tidak bertemu.
Yang akhirnya semua pergi ke arah yang baru.

Selamat tinggal wahai kelasiku.
Memori kita akan kurindu.

***

12 April 2017.
Lunch Break.

Ilham segera tekanan kerja.

Sunday, May 14, 2017

Puisi Bisu, Buta dan Tuli.

Jika kisah pertamanya daripada kamu.
Dan kisah keduanya daripada aku.
Moga moga kisah ketiganya berkisar soal kita.

***jeda***

Jika itu kata kamu.
Dengarkan ini kata aku.
Apa lagi mahu ditunggu.
Kalau sudah saling mahu.

***jeda***

Jika benar itu mahumu.
Pimpin tangangku.
Ayuh kita kesitu.
Sama sama kita tuju.
Ke singgahsana cinta menjadi satu.

***jeda***

Oppa rindu kamu.

***jeda***

Bluekkkkkk.

Sunday, April 9, 2017

Angka Dua Puluh Enam

Dua Puluh Enam minit sebelum Angka Dua Puluh Enam.
.
"Should I turn my life to the left where nothing is right. Or should I turn back to the right where nothing is left for me."
.
Moga detik berganjak usia hadir lengkap satu pakej semua kehendak yang diperlukan.
.
Allah tidak pernah silap membuat aturan hidup setiap hambaNya. Bukan hari ini, mungkin esok.
.
"Binasa diri dan hancur hati itu adat orang berjuang"
.
Tidak sempat di dunia, harapnya di Syurga akan tersedia tempat berteduh diri.
.
***
.
Hadiah yang aku rencana buat ulangtahun kali ini, terkubur lagi nampaknya.
.
Moga panjang umur untuk berusaha dan mencuba lagi tahun hadapan.
.
Selamat ulang tahun, my dear self.



P/s: Thanks a lot my team. Gigih celebrate birthday a week earlier time our BBQ party. Since Niqmah takde this week sebab visit bakal mertua. Gigih benor Nani, Meera, Shazwan and Fahmie setelkan everything. Tercapai hajat nak BBQ. Haha. Walau kelam kalibut sebab hujan2 manja hari tu. Omnomnomnom.

Saturday, March 11, 2017

Cincin Belah Rotan

09.03.2017

"Beb. Kelakar siak."

"Asal bro?"

"Aku balik rumah tadi kejap. Ambil wallet tertinggal."

"Pastu?"

"Bukak pintu je, nampak adik aku dengan ibu tengah gubah hantaran."

"Bahahahahhahahahaha. Dah kenapa yang kelakarnya."

"Tak sangka beb. Dah sampai turn aku."

"Bahahahahahhahahaha. Dah besar siak kawan aku. Lol."

* * * * * *

November 2016

"Nanti aku tunang, kau datang beb. Temankan aku."

"Takdehal bro. Aku drivekan kau. Make sure buat hari Ahad. Aku takde tuition. "

"Tak sure lagi pasal tarikh. Aku tengok dulu macam mana."

"If tak ahad pon, bagitahu awal. Aku try freekan schedule aku."

"Hahaha."

* * * * * *

September 2016

"Beb. Cantik tak."

"Perghh dah usha pallet hantaran."

"Kena plan awal weh. Tak kacau bajet."

"Nanti share link. Aku nak usha gak. Kahkah."

"Nanti next year kita cari cincin risik tunang sekali. Haha."

"Boleh. Kau jalan dulu. Aku ada jodoh, kemudian sikit."

"Ok. Tapi aku nikah lambat sikit. Ikat hidup."

"Kalau gitu, macam aku setel dulu. Taknak lama2. Nanti rindu."

* * * * * *

Dan 23.03.2017 sepatutnya tarikh aku balik rumah jumpa Ayah Mama. Bantu siapkan dan beli barang2 yang belum cukup. Tapi belum kesampaian. Acah2 excited konon 3 bulan lepas Wan tunang, turn aku pulak. Siap nak paksa dia ikut rombongan sama. Hahaha.

Aku tengah simpan duit. Nak beli barang untuk batal air sembahyang. Temankan aku ok. Aku nak simpan walau tak bertuan lagi. Inspirasi aku satu hari. Yang aku pernah ada suri hati.

Moga semua baik2. Majlis kau berjalan lancar. Aku kawan kau. Aku doa untuk kau. Murah rezeki kahwin cepat2. Aku tak sabar nak dukung Shazwan-Atiqah junior. Lulz.

Jadikan realiti nama anak kau pilih tu. Nama anak aku pilih, macam dalam mimpi je. At least one of us menjadi. Ok dah kan.

* * * * * * 

Aku okay.

Sunday, March 5, 2017

Diari FZ - Perancangan Masa Depan

Tiga puluh hari sebelum angka dua puluh enam.

Seorang kenalan pernah bertanya,

"Apa definisi ideal life bagi you?"

Since this kenalan is from professional background, yes ayat2 dia skema. Lulz.

I hesitated for a moment, and ask the same question to the inner me. Hence, here is my answer.

SECURE.

Simple. Secure means kau dah prepare everything for every possible outcomes that might happen in your life. Along the way, semuanya dah tersusun sempurna cantik, or at least menghampiri kesempurnaan perancangan, so that you won't lose orang yang kau sayang or you life itself disebabkan a few unfortunate things yang berlaku ni.

Hence, aku restructure and review balik life plan and life target aku. Achievements apa yang aku dah dapat sepanjang bekerjaya ni. Aku listkan according to my priorities. However, since this is my life plan, it mostly can only suits me. Not you. Lulz.

(1) TRANSPORTATION PLAN
Takde transport, or if ada, upgrade to reduce the risk of danger adalah kewajipan. So this one, aku target before the end of my first year working kena ada. A brand new car biar murah and sesimple boleh is enough. As long as i won't bother about the unexpected problem for the next 3 to 5 years if beli secondhand car. Since, i knew my knowledge pasal kenderaan beroda is too shallow. Alhamdulillah, just merely 6months bekerja, dah upgrade from motor cabuk takde bumbung yang tersadai tepi jalan sebab pancit, takde minyak sebab meter rosak, seluar basah sebab seat koyak, nak belok nervous sebab takde signal, nak usha kereta cucuk belakang pon tak boleh sebab takde side mirror, and nak hon bagi kereta sedar aku tengah menyelit pon tak boleh sebab hon rosak, finally dapat merasa drive benda alah dipanggil 4 roda ni. Rasa secure sikit. Alhamdulillah, 1st target UNLOCKED.

(2) MEDICAL PLAN.
Sedaya mana kau merancang. Sekuat mana kau berusaha. Nyawa  dan tubuh badan bukan kau yang punya. Allah pemilik segala jirim dan zarah di sekalian alam. Kunfayakun, sekali dia kata jadi, maka jadilah. So, manusia hanya mampu merancang. As part of my preparation, selain jaga kesihatan sendiri, aku wajibkan diri aku ada Medical Card by the end if my 2nd year of working. Lambat kan. But alhamdulillah. Two months before cukup 2 tahun kerja, aku dapat policy insurance aku tu. Syukur, 2nd target UNLOCKED.

(3) LIFE INSURANCE
Aku selalu came across dengan berita accident lah. Unexpected deaths lah. Suami meninggal tinggalkan isteri pregnant anak first lah. Suami meninggal tinggalkan isteri dan anak2 kecil lah. It terrifies me. Since last year aku decide nak tambah target ni, so i kind of did my survey already. So at least if takdir aku macam tu juga, at least aku tinggalkan isteri anak aku dalam keadaan yang tidak susah daripada segi kewangan. Sampailah datang plan kahwin. That time, i hesitate to sign another commitment since at that time my priority is of course cukupkan duit nak kahwin. Cepat sikit selesai semua. Then after kahwin baru sign up for life insurance. So aku hold dulu. Then lepas breakup, sesi membakar hiasan dulang hantaran selesai, i focus back on the survey lah. Alhamdulillah. As initial target, before the end of 3rd year working, 4 months before cukup 3 tahun bekerja, agent dah inform policy dah siap and tadi baru discuss the date untuk ambil policy. Alhamdulillah, 3rd target UNLOCKED.

(4) RETIREMENT PLAN
Bak kata boss aku, aku tak patut ambil engineering since aku sangat suka kira duit and budget, patut ambil accounting or finance katanya. Maka, mengikut nature aku yang mengalahkan si bakal akauntan, Angah tu, aku dah siap calculate estimation budget sara diri aku and wife and tanggung anak2 yang study dekat u, if Allah izinkan, aku tak rasa aku boleh survive just guna my EPF saving. Hence, I strongly believe i need a back up plan. A retirement saving / investment plan yang hasil investment ni, if tidak diusik until aku dengan wife retire, insyaAllah will give me a better financial power to maintain my family's lifestyle at that time. Kira boleh tanggung isteri anak sebaiknya lah after bersara. This still ongoing. InsyaAllah, based on my forecast, will be achieved by the 7th July 2017. May Allah ease.

(5) ADDITIONAL INVESTMENT
This section, is an additional continuous and important target. Since ekonomi takkan pernah menentu, hence additional investment is necessary. Aku plan to start this once target number 4 achieved. Forecast to start slowly with a few grams first and increase the grams progressively after 7th July 2017. How to simpan dah survey. Since additional sahaja, Im not too obsessed with this plan. But wajibkan diri untuk ada sebagai back up. Target untuk diguna as emergency fund if nak upgrade rumah lepas anak2 besar or such. Only God knows. May Allah ease.

(6) SIMPLE, CALM HOME
Bayangan membesarkan Noah and Orked buat aku rasa aku perlu prepare walau sekecil rumah. At least if something happens, anak isteri ada tempat berteduh. And if rumah tak berapa selesa, it is okay. At least ada. Ni sungguh aku tengah berusaha kaw2. Bila agaknya aku tak pasti. Tapi usaha aku continuous journey sebenarnya. Contact lists banker daripada housing loan several banks aku dah ada. Keep in touch dengan mereka and preparing for the documents aku dah start buat since January dah. Last month dah check CCRIS semua cantik. Now nak maintain sahaja. Ni pon May Allah ease. Cuma this one, adalah bahagianya if dapat before the end of my 4th year working. So yeah, let's fighting and praying.

(7) MAMA,AYAH,ADIK2
Ni continuous target aku. In terms of duit elaun aku dah bagi every month. Tak pernah aku tak bagi sebab aku tak cukup duit. Setakat ni, tiap2 tahun aku increase duit bulanan Mama Ayah ni. Rezeki pon makin murah. Angah Alang Adik pon aku ada hulur2 juga bantu. Life is kinda perfect juga in terms of yang ini. Setiap awal tahun, beli hadiah simple untuk Mama Ayah guna. Barang elektrik ke apa. And middle of year bagi bonus untuk diorang. And harap2 one day bonus tu is to renovate rumah pula ya. Bakal arkitek si Alang pon makin power idea design dia aku tengok. Boleh sangatlah tu. Tinggal duit je. Harap2 diberikan kemurahan rezeki. Amin.

So tu je lah list paling utama kot? Once aku dapat benda2 ni, i can say i achieve my ideal life punya target. Tinggal maintain and lead a happy and good life je.

InsyaAllah.

Tuesday, January 31, 2017

A life lesson.

Last sunday i spent my whole day lepaking and laughing with my small precious circle of friend. Laughing and talking about some stuffs-a serious stuff actually. About marriage, relationship, investment and life. All covered in this 24 hours period. What a day.

STORY 1 : DEAD END RELATIONSHIP

One of my friend-a lady, pouring down her reasons behind her recent break up. It might be cliche, but yes the break up thing comes from her. And obviously left her ex boyfriend in awe.

But the reason not as cliche as the situation.

"Perempuan memang perlu and sentiasa demand untuk rasa secure dalam hala tuju relationship dia. And this guy here. Is not the one. No plan at all. And i cannot afford to waste my time over someone that is not commited in serious relationship. I rather be alone than live in uncertainties. I can stand and fight for this relationship if only he a little bit serious about us. Serious tak bermakna kalau di mulut. Bukan di akal. Plan kahwin langsung takde. Mana nak letak hala tuju life kitorang? And he expect me to entrust my life on his hands? Let alone life plan ke plan anak2 ke kalau wedding pon takde plan lagi."

STORY 2 : POISONOUS PROPOSAL

While the other friend, share a rare story of someone-a guy, on how he was dumped upon his proposal to the lady of his life-or he thought so.

"Both suka to each other. So one day, this guy ask awek dia keluar. Bawa dating and set up for a very good and nice date. And the end of the date, he propose to the girl. Surprisingly, awek dia turned down the proposal. Caci maki that guy all the way sampai rumah. Reasonnya? Ridiculous. Perempuan tu demand why dalam relationship asyik dia yang berusaha show off dalam facebook and all other media social semua. Tapi lelaki tu tak pernah langsung. And she accuse lelaki tu tak serious and take her for granted just for not showing his public affection towards her. And there goes the wedding proposal to the drain. The guy clashed with the stupid girl for good."

STORY 3 : QUEEN CONTROL

And here goes another story.

"C got a girlfriend. C fell in love deeply with this girl of his life. Sangat menghargai awek dia. Set up a surprises. Attend awek dia. Teman awek dia. Tahan telinga kena caci maki. Tahan telinga kena marah. But hey perempuan tu still tak appreciate this guy. Regardless of whatever this guy buat, semuanya buruk di mata perempuan ni. Ditengking. Dimaki. Diherdik. Dikongkong walau nak keluar dengan circle lelaki sahaja. And marah kawan2 lelaki this guy sebab ajak pakwe dia keluar. And buat statement caci maki pakwe dia dekat facebook invitation wedding kawan lelaki tu. Nak unleashed to the whole world yang pakwe dia tak guna sebab bergaduh punya pasal. But still, that guys said he still love her. Cuma i doubt for how long. Aku doa dia tahan and perempuan tu berubah."

STORY 4 : PLAYBOY

This story dah jadi a few months back dah. Lama cuma ada kaitan dengan next story.

"Perempuan is indeed a gullible and mysterious creature dekat dunia ni. Hati rapuh. Mudah jatuh hati dan mudah terasa. It is a fact. So here comes this lady. Quite a fine lady sebenarnya. Have a good career. Cuma she lacking in relationship. Banyak relationship before ni failed. Until he met this guy. And somehow they get along very well with each other. Keluar dating semua. And that guy selalu ajak keluar and contact that lady. Which is obviously a hint, that guy have interest with this lady. So perempuan tu dah mula suka dengan lelaki tu and dah bayangkan pelamin indah. Siap dah bagi hint di media sosial yang that guy will be her niece future uncle. Sampai tiba-tiba kantoi yang sebenarnya lelaki tu dah ada awek. And bila di confront, jawapan lelaki tu mudah, dia cuma nak kawan je. And kalau dia bagitahu awal2 dia dah ada awek, takut perempuan ti dah taknak kawan dah. Which is a gross excuse sebenarnya. Maka laralah perempuan tu. Patah hati sekali lagi."

STORY 5 : PUBLIC AFFECTION

After end of story 4. Ditakdirkan perempuan tu di approach oleh seorang lelaki. Lelaki daripada story 2. And cut the long story short, they both fell in love. Since dua2 pernah kenal before this and dua2 sangat2 nak settle down and kahwin. They declared to be in relationship. And after 1 month, lelaki tu propose and they are now in their 2nd months been in relationship. Now tengah menghitung hari nak bertunang and getting married soon after. But, the biggest drawbacks of their happiness is the sweet lovey dovey stuffs they both posted online. Everyday not less than 5 posts about their love life together. Satu post pasal parents takde pula. Personally, I dont mind. Maybe bagus juga. Biar padan muka that mamat yang mainkan hati perempuan tu and that perempuan yamg turned down proposal daripada lelaki tu over something stupid. Its good they enjoy their life and appreciate each other. Plus, media sosial diorang. Its up to them. Until just this evening. I dont really agreed on this. They posted a picture online on how this guy is so sweet urutkan kaki this lady as a way of being considerate sebab this lady penat pakai heels and jalan lama on their date. Layankan rasa indahnya bercinta sampai guideline agama entah ke mana. Celah mana aurat dikecualikan dalam bercinta tanpa ikatan? Aku doa engagement diorang tak jadi and tukar jadi akad nikah terus. Biar dua2 terpelihara dari fitnah mata orang.

CONCLUSION

I just wonder. Betapa Allah sudah merupakan sebaik-baik perancang. Didatangkan pertemuan aku dengan kawan2. Dan tanpa perlu mereka tahu, dibukakan pula cerita-cerita ini. Buatkan aku mendengar dan berfikir dalam diam. Walau sakit yang aku rasa. Pedih dilemparkan kata nista. Perit dihumban beban disalahkan. Berat dihenyak serba salah.

Kalau sudah bukan jodoh, maka tidak akan pernah terjadi. Dan kalau tercatat di Luh Mahfuz dia jodohnya, makan secara azali akan terlengkap lah satu sama lain. Tidak perlu dipaksa. Tidak perlu dipersoal. Secara alami akan datang perasaan kasih yang membuatkan masing2 berusaha untuk melengkapi.

Hidup selepas akad "aku terima nikah....." bukan berkisar soal hati semata. Tapi jauh lebih dalam. Ketersediaan masing2 hidup dalam susah mahupun senang. Hidup dalam ketidakcukupan mahupum semuanya berlebih. Bernafas dengan tiada rezeki di kocek mahupun berkepuk di kad bank.

Perempuan itu mudah. Namun menjerat. Tiada perempuan di dunia ini yang ingin hidup dalam ketidakpastian perhubungan. Bila diberi kata mahu menghalalkan, perempuan berubah kata. Mahu bukti terbentang depan mata. Bila mereka berjauhan. Tidak terzahir de iris mata, maka segala beban dan usaha jadi sia2. Rela lah masing2 mencerna segala rasa dan jadi sebatang kara di pengakhirannya nanti. Usah digusar. Usah dirisau. Percaya pada kunfayakun. Kalau benar itu yang tertulis. Maka harungilah sepenuh hati. Allah tetap ada menemani selagi sejadah masih sudi terbentang dan dahi mencecah lantai.

Aku doakan kita bertemu jodoh masing2. Walau aku mungkin tidak akan berjodoh. Sebab aku tau diri dan hati aku. Aku still doakan kau merasa diakad sebagai seorang isteri. Dan lelaki itu bersedia menurut segala permintaan. Baik lokasi tempat tinggal mahupun harta benda. Cumanya aku harap, lelaki tu lebih teruk daripada aku. Mungkin jenis kaki betina. Atau kaki botol. Atau kaki judi. Atau jenis pemalas nak jaga anak. Atau jenis curang time kau baru melahirkan. Atau malas kerja dan kikis duit gaji kau. Atau jenis tak bayar nafkah. Atau jenis pukul anak isteri. Atau jenis kejam yang tak izinkan kau balik jenguk mak abah kau. Atau yeahhh yang buruk2. Baru kau sedar betapa menyesalnya ini terjadi. Lol. Nah i'm just kidding. Aku tak sekejam tu. Walau dah berguni doa buruk kau campak dekat aku and adik2 aku. Aku ingat sampai mati. Tapi tak bermakna aku nak kau sengsara sampai mati. Kan? Kau kenal aku kan. At least to that much. Yang kalau aku dah sayang. Aku sayang sangat. Sebab tu bertahun2 pada kau juga aku kembali. Cuma this time, hati aku dah hancur to the extent aku sendiri tak boleh nak pretend yang aku okay dan try to keep fight for you. This time kau tikam, pedang tu dah menusuk tepat ke semua organ penting aku. Semua organ dah rosak. Aku tak akan boleh survive for the next battle. Even breathing is hard now. I have to surrender, by killing myself. Better commit suicide by your own hands then being killed by your own opponent. The rule of a fighter. :)

* * * * * * * * * *

P/s : psl investment and life tu next post lah. Aku penat. Insomnia dah dkt dua bulan tak sembuh2. Effect pelamin anganku musnah ke?

Tuesday, January 3, 2017

Hectic New Year

For the very first time, after one year plus tak kerja night shift, on the first working day of brand new 2017, I have to.

Quite hectic. Miserable sleeping routine. Clash schedule permanent job and part time job. Nasib my dear lovely Director sangat-sangat understanding.

So yeah. I manage to handle almost everything today.

02012017
6.00pm - check in office
7.30pm - off to Pusat Tuition NO2
8.00pm - start class
10.00pm - end class
10.30pm - check in office, again

03012017
6.30am - going back home
7.00am - estimated time arrival to my comfy bed

Yeah. Lol.

Mata rabak sikit sebab tak biasa lagi. Badan terkejut. Quite short notice, tapi Director dah baik bagi aku decide sendiri bila nak naik malam and let her know, tapi mulut gatal cakap "Right after New Year".

Degil.

p/s: this year punya students still the same one as last year. Now they are already Form 2. They are still the same sweet kid yang datang kelas with their wide bright smile and say Hi to me cheerfully, and will laugh their heart out for my every single lame joke.

I feel lively. Hahahahaha

Nice spirit to start a New Year, indeed. Positive vibes from them, I can say.

May Allah ease my journey throughout the year. InsyaAllah.

Sunday, January 1, 2017

A Loser

Zarick sisip perlahan air kopi kosong kurang gula kesukaannya.
Berkepul asap bertebar naik ke atas dan menghilang perlahan ke udara.
Sengaja dibiarkan Qaliph tenggelam dalam emosi dan perasaannya yang berkecamuk.
Cawan seramik hitam berisi teh hijau kurang gula seperti 'preference' Qaliph terbiar di sisi meja.

Tidak terusik.
Tidak tersisip.

Entah kenapa bergelora sungguh emosi Qaliph kali ini.

"Loser"

Qaliph tiba-tiba memecah kesunyian.
Tersentak Zarick tidak menyangka Qaliph bersuara.

"Siapa?"
"Aku."
"Ha? Dah kenapa tiba-tiba."
"Entah."
"Kau okay tak ni bro?"
"Entah."

Zarick tahu Qaliph punya masalah.
Cumanya Zarick 'clueless' apa puncanya.

"Cuba cerita bro. At least tak serabut macam ni. Apa yang loser. Siapa yang loser. Kenapa loser."

"Aku baru putus."
"Hmm. Dah agak dah. Dia minta putus lagi ke kali ni?"
"Tak. This time, aku."
"Ha? First time aku dengar kau yang minta putus."

Jeda.

Hanya bunyi deruan angin keluar daripada aircond yang tertangkap dek gegendang telinga.

Suara daripada televisyen sayup-sayup kedengaran.
'Volume' direndahkan seminimal mungkin.
Ted Mosby, Robin, Lily, Marshal, dan Barney Stinson sudah tidak lagi menarik perhatian Zarick.

Perlahan remote dicapai.
Volume direndahkan lagi.

Bagi ruang Qaliph bercerita.
Curhat yang jarang-jarang ada.

"Apa puncanya? Bukan anggaran tarikh nikah kahwin pon dah ada ke. Haritu beria ajak aku nak pergi cari cincin risik tunang bagai. Ni dah tak jadi? Kenapa ni?"

Jeda lagi.

"Rick, kau tahu aku macam mana. Seumur hidup tak pernah aku betul-betul suka kat orang. Most of my time memang dihabiskan untuk family dengan kawan-kawan je. Tak pernah ada istilah awek ke apa ke. Dia lah satu-satunya. Putus sambung putus sambung. Macam main lego dah."

Jeda.

"This time, aku rasa dia tak ikhlas. Aku mungkin salah. Tapi ini yang aku rasa. Mungkin niat dia tak pernah serius pon."

Jeda.

"Setiap kali bercerita soal nikah kahwin, aku seorang je yang excited. Macam aku nak kahwin dengan patung je gamaknya. Bukan masalah tak nak show off or public affection, aku tak cakap pasal sosial media. Antara kami berdua pon takde spark excitement tu daripada dia. Aku seorang nak jaga bara, lama-lama terpadam juga bro."

Jeda.

"Aku minta saiz cincin. Tak dibagi pon. Alasan, takut jari makin besar. Allah. Alasan apa tu bro. Aku anggap ni hint daripada dia. Dia sendiri nak melengahkan. Mungkin Mak Ayah dia sendiri tak berkenan. Sebab aku orang jauh. Takut aku bawak anak dia lari. Daripada awal restu dah takde, apa yang aku boleh harapkan, bro?"

Jeda.

Perlahan Qaliph tarik dan hembus nafas. Berat-berat. Tersangkut-sangkut.

"Berapa kali dia cakap bro. Rela tak nikah langsung seumur hidup kalau suami taknak duduk dekat kawasan dia nak. Sedangkan keadaan aku macam ni. Keperluan kami perlu di sini. Bukan di sana. Aku buat benda baik, bro. Bukan aku cari rezeki sumber haram dekat sini. Usaha aku usaha baik. Bukan usaha bawa ke neraka, bro."

Jeda.

"Sebagai seorang anak, patutnya kami memudahkan urusan orang tua yang menguruskan nikah kahwin kami. Aku explain bagi clear awal-awal dekat Mama Ayah. Tapi dia? Semua cakap tak tahu. Sedangkan aku dah bincang dan bagitahu dia terang-terang. Pasal plan risik tunang nikah kahwin. Tapi dia takde effort nak clearkan dulu pada peringkat awal ni dekat Mak Ayah dia. Sampai satu tahap aku dilabel "main-main" bro. Gila siapa tak sedih? Senang-senang kena label macam tu. Bila diminta nombor telefon Mak Ayah dia, ayat first dipertikai pula kesudian Mak Ayah aku nak berbincang dengan Mak Ayah dia. Apa dia ingat Mak Ayah aku takde adab punya orang ke. Situ dah penghinaan dekat Mak Ayah aku bro."

Jeda.

"Bila aku cakap nak datang jumpa dia dan Mak Ayah dia. Tiket dah beli semua. Boleh dia perlekeh. Cakap tak rasa aku akan jadi datang pon. Ungkit kata aku kedekut. Sayang duit. Sayang kerja. Sayang masa. Sepanjang perkenalan. Asyik diperlekeh semua benda aku buat. Sampai satu tahap, aku tak rasa aku boleh hidup dengan orang yang akan perlekeh aku seumur hidup. Aku tak rela."

Ada titik air mata Qaliph. Sepertinya dah lama sakit hati yang ini dibendung. Kali ini, Qaliph sudah terlalu rapuh barangkali.

"Mungkin ini pembalasan yang dia cakapkan bro. Dia tak pernah berhenti provoke aku. Betapa dia ramai pakwe sebelum ni. Betapa dia hot stuff. Betapa aku loser sebab tak selaku dia. Kalau ini yang dibanggakan, sedangkan aib wajib dipelihara, maka maruah aku seperti dia henjak henyak tanpa belas. Betapa aku pelihara pergaulan aku selama ni. Dia buat bahan gelak je? Siap bangga benda lagha dia buat sebelum ni? Sedangkan tak pernah sekali aku ungkit atau korek atau tanya atau tuduh dia pasal past life dia. Aku letgo dan terima dia seadanya. Ini yang dia balas?"

"Ini pembalasan yang dia katakan bro. Betapa dia baik dengan aku sebab dia nak mainkan aku. Nak balas apa yang aku dah buat. Daripada dulu, putus datang daripada dia. Tapi sebab kerasnya aku taknak menerima dia buat dia sakit hati dan nak kenakan aku balik. Dan ya. Perancangan dia kali ni memang menjadi bro. Aku dah tersungkur kali ni. Ralatnya aku dah dihebahkan pada keluarga."

"Kau boleh kata. Kenapa aku nak patah hati sangat sedangkan putus itu datangnya daripada aku. Patah hati bukan bersandar pada siapa yang memutuskan. Tapi pada siapa yang lebih sayangnya daripada pihak yang satu lagi. Bila sayang, putus walau datang daripada mulut sendiri, sakit dia, pedih dia, masih sama. Mungkin dia sedang bergembira. Bergelak ketawa tengok aku meroyan bagai nak gila. Keep message aku dan act macam aku tunggul. Gelakkan aku pasal cincin. Tuduh aku pasal komen pulau perhentian sedangkan tu komen picisan. Komen hangat2 taik ayam yang takkan menjadi. Bodoh."

...

I rest my case.

Entri Picisan

"Kau tahu? Orang yang sama, kisah yang sama, tak akan pernah ada dalam waktu yang berbeda. Jadi, pulanglah! Hatiku tak lagi rumahmu."



Boy Chandra- Catatan Pendek Untuk Cinta Yang Panjang