Pagi yang tenang mungkin.
Dan dingin.
Musim hujan sudah tiba.
Dan negeri bertuah ini terima rahmatnya.
Harry kemudi MissRed berhati-hati sebelum berhenti di tepi.
Tasik di depan mata.
Pohon kemboja di sekeliling.
Deretan pokok bunga renek pelbagai warna segar dibasahi air hujan.
Harry 'warm up'. Ketatkan tali kasut biar kemas.
Sudah lama ditinggal aktiviti sihat ini.
'Earphone' disisip kemas di kedua belah telinga.
'Playlist' lagu kegemaran dimainkan.
Dan langkah diatur perlahan kemudian kencang.
"Kenapa kau tidak jujur daripada awalnya?"
"Sebab sayang."
"Maksud kau?"
"Parents mana senang hati dengar anak dia hampir sebulan tidur di pejabat. Mandi tak basah. Makan tak sempurna. Rehat yang tidak rehat. Baring di tikar getah. Semata-mata kerana diuji musibah."
"Dan dia?"
"Sama. Tapi silap aku sayang pada manusia yang cetek pemikirannya. Mulut laju meluahkan semua yang terbuku di hati sebelum fikirannya dibiar be kerja. Bukan salah aku, kan?."
"Dan kau give up? Taknak selamatkan langsung?"
"Macam katanya, aku yang salah. Jadi bukan persoalan aku taknak selamatkan atau tidak. Aku sendiri sudah tidak mampu untuk diselamatkan. Jadi aku lepaskan. Aku nak hidup sekadar hidup. Sampai mati ajal yang menjemput."
"Come on. Jauh sangat tu."
"Pernah rasa nyawa kau seinci daripada ajal? Yang betul-betul miracle Allah lindung tak tersentuh walau sedikit?"
"Hmm..."
"Makanya, aku sedar ada manusia sayangnya pada yang lain adalah fake semata. Rasa dirinya sentiasa betul dan orang lain semunya salah. Keputusan diambil sentiasa terbaik sedangkan orang lain semuanya silap. Walaupun orang lain salah sekalipun, kenapa dia lebih suka menuding jari dan menghentam setiap inci salahnya. Dan aku sendiri rasa buang masa menghabiskan masa membetulkan keadaan sedangkan nyawa Allah yang pegang. Cukup sudah aku buang masa. Aku akan teruskan jalan yang aku pilih. Aku berhenti atau tidak di pertengahan tidak perlu aku perjelaskan apa alasan. Cukup Allah tahu niat aku untuk memudahkan orang lain yang memerlukan. Bukannya diberi peluang dan senang-senang berhenti kerana semuanya melelahkan. Kalau betul begitu apa yng aku fikirkan, sudah lama aku mengalah. Mana mungkin aku gagah tingkatkan ekonomi diri beria-ria sedangkan manusia pemalas lain sekadar cukup apa adanya atas alasan nanti-nanti sahaja susah senang bersama? Apa cincai sangat ke aku susun hidup aku. Apa busuk sangat usaha yang aku kerjakan? Sampai nampak buruk sedikit terus dicerca habis dituduh berhenti separuh jalan semuanya. Yang di mana belakangnya aku pulun tanpa jemu. Tak mungkin semua susah aku nak tayang pada dunia. Dah. Terpulang nak pandang aku daripada sisi mana. Aku ada Tuhanku. Dia saksi aku. Dia juga yang susun jalan hidup aku."
"Kau penat?"
"Ya dan tidak. Aku penat nak mengalah dan menjelaskan benda yang asalnya tidak perlu disusahkan. Tapi aku tidak akan pernah penat dalam apa yang aku ikhtiarkan. Biarlah orang lain habiskan sarjana dalam 24hulan. Aku 48bulan pon tidak aku kisahkan. Duduk dalam kerusi kecilku dan rasa apa yang berada di bahuku."
"Tapi, tak semua orang faham."
"Memang. Tapi orang yang kau percaya dan sayang sepatutnya perlu ada satu perspektif baik sekurangnya tentang diri kau. Yang akan cuba memahamkan baik buruk di sebalik apa yang kau putuskan. Buruk-buruk aku yang dipandang rendah inilah, at least aku bangga dengan diri, sepanjang kerja tidak sesen aku guna duit Mama Ayah aku. Walau untuk mendapatkan MissA dahulu dan sekarang MissRed ini. Biar habis beribu semua hasil usaha aku. So siapa kamu yang nak pandang jelek tentang aku? Baru nampak permukaan masalah hidup aku kau dah baran menggelabah cari salah aku. Apa lagi kalau aku sudah libatkan hidup kau dalam hidup aku. Tengok baik buruknya jalani hidup dengan seorang bernama aku. Mahu dicanang ke seluruh dunia. Silap buat percaturan memilih hidup dengan aku. So go ahead. Jangan buat silap tu. Pergi jangan sibuk Hi Hi lagi."
"Kau okay macam ni?"
"Tak. Tapi aku yakin akan okay satu hari. Dan aku harap dia bertemu la manusia semacam dalam kotak fikiran buruk dia. Spesies pemalas yang balik kerja baring depan tv harap isteri layan itu ini dan kemudiannya merungut duit tak cukup itu ini. Sibuk menayang susah pada isteri dan kemudiannya isteri terpaksa bantu dan akhirnya dicurangi. Biar dia rasa bertemu hidup dengan manusia sebegitu rupa. Bukan doa ya. Aku tak kejam macam tu. Kalau betul dapat. Ingatlah seketul-seketul apa kau cakap dulu."
"Kau okay macam ni?"
"Tak. Tapi aku yakin akan okay satu hari. Dan aku harap dia bertemu la manusia semacam dalam kotak fikiran buruk dia. Spesies pemalas yang balik kerja baring depan tv harap isteri layan itu ini dan kemudiannya merungut duit tak cukup itu ini. Sibuk menayang susah pada isteri dan kemudiannya isteri terpaksa bantu dan akhirnya dicurangi. Biar dia rasa bertemu hidup dengan manusia sebegitu rupa. Bukan doa ya. Aku tak kejam macam tu. Kalau betul dapat. Ingatlah seketul-seketul apa kau cakap dulu."
Harry berhenti. Matahari sudah meninggi.
Perlahan memasuki MissRed..
Dan menuju ke TheVeronicaResidence.
Sambil berbisik.
"Nanti kita pergi tengok MissA ya."
Cepat-cepat sembuh sayang. Aku rindu.
No comments:
Post a Comment