25 November 2017.
9:45pm.
.
TheVeronicaResidence.
.
Floor Level 26.
Unit Number 9.
.
Studio unit bertema putih.
Didekorasi furnitur minimalis.
Dengan sentuhan urban hitam gelap.
.
Butiran kristal tergantung di chandeliar murah tapi eksklusif yang tergantung di tengah-tengah ruang tamu bergerak perlahan ditampar deruan angin daripada kipas. Nakamura capai remote dan perlahankan kipas. Sejuk daripada ke biasaan. Pendingin hawa tidak dibuka malam ini. Deruan angin kipas sudah mendinginkan sebegini rupa.
.
***
.
"Hati-hati. Elok-elok. Jaga diri."
"Kenapa tiba-tiba?"
"Takut aku takde satu hari."
"Pergi mana?"
"Entah."
.
***
.
Nakamura capai pisau di sisi tabletop. Memotong halus kepingan cendawan kegemaran. Baru dibeli siang tadi. Dihiris juga bawang dan daging ayam. Tidak lupa daging cincang. Biar lengkap ada rasa. Tidak jemu saat dijamu.
.
***
.
"Mama risau tak dengar suara Along hari ni."
"Kenapa tak call ke WhatsApp Along ke apa Ma?"
"Entah. Tak suka. Mama buka semua yang ada. Tengok Along muncul di WhatsApp family baru lega isi hati."
"Risau apa Ma?"
"Risau apa-apa terjadi."
"Sorry Ma accident tu. Mama sampai risau macam ni."
"Takpe. Pengajaran lebih berhati-hati."
.
***
.
Air dalam periuk kaca sudah mendidih. 'Angel Hair' sudah mulai lembut.
Kuali di sebelah sudah sedia untuk diguna. Serba serbi dicampak sebelum sos Prego dituang.
Hajat Nakamura untuk disimpan dan pagi esok bangun sekadar hangatkan.
Boleh bawa pergi office. Jadi bekal di tengah hari.
.
***
.
"Kau lelaki tak guna. Takde masa depan. Hidup penuh gagal."
"Tapi aku dah usaha. Dan tak semua usaha berhasil."
"Bila kau usaha? Aku tak pernah tahu. Kau tu sendiri sudah gagal. Ada hati nak jaga aku yang serba serbi sempurna dan berjaya ni?"
"Tapi tak semua gagal aku perlu aku tunjuk. Aku usaha. Berjaya aku kongsi. Gagal aku simpan sendiri. Salah ke?"
"Tak berusaha betul lagi. Buat semua separuh jalan."
"Aku tak berhenti. Aku cuma rehat. Aku baru uji tengok reaksi kalau aku berhenti kau sudah baran begini. Kau pon tak sempurna."
"Tapi aku berhasil semua benda. Kau apa ada? Nothing. Kosong. Zero. Kau loser."
"Kalau kau pandang belakang saat kau pilih untuk berhenti yang itu dulu dan balik kampung perjudi nasib ada kerjaya yang mengganti atau tidak. Sekali pon aku tidak sentuh soal itu. Aku hormat pilihan kau. Aku sedia korban apa aku ada untuk kau. Dan kau persoaloan aku?"
"Ah kau bodoh. Bengap. Lembab. Tak mampu. Lagi banyak cakap."
.
***
.
Nakamura tutup suis. 'Angel Hair' di tos. Sos dituang ke dalam mangkuk porcelain putih tanpa delorasi bahan kimia Melamin. Diletak keduanya di meja makan kaca bulat di penjuru 'kitchen bar'. Biar sejuk sebelum dipindah masuk ke dalam peti sejuk. Esok bangun baru panaskan sebelum berangkat ke office.
.
***
.
Nakamura baring di sofa bujang 'Two Seater' tona warna hitam. Pandang kosong dinding putih dengan hiasan kertas dinding tona warna hitam sebagai 'focal point'. Di sisinya diapit dua tumbuhan hijau renek sumber oksigen segar studio 423 kaki persegi ini. 'Smartphone' jenama terkemuka yang dibeli kerana yang lama diberi pada Mama berbunyi singkat tanda ada mesej masuk ke 'inbox'.
.
"Hi"
.
Nakamura slide ke kiri. Butang 'Delete' ditekan.
.
Cukup sudah Nakamura pertahankan sayang yang ada. Kalau dulu masih tersisa rasa marah merajuk tak puas hati. Tapi bukan kali ini. Kali ini Nakamura hanya mahu berdiri. Angkat kaki pon tidak mahu. Perlahan-lahan biar dia pergi. Nakamura sudah tidak mahu menahan dia lagi.
.
Kerana mana mungkin seorang loser berdiri sama tinggi sama rendah dengan manusia sempurna.
Kerana mana mungkin seorang zero berdiri sama tinggi sama rendah dengan manusia hero.
Kerana mana mungkin seorang 'quitter' berdiri sama tinggi sama rendah dengan manusia 'accomplisher'.
.
Ibarat enggang sama enggang.
Pipit duduk sendiri hujung sana.
.
Nakamura capai ubat.
Telan dua biji.
.
Biar tidur tenang.
Esok bangun pon senang.
Dan ulang rutin sebagai manusia gagal.
.
Selamat malam Si Sempurna.
;)
.
#NakamuraSensei
#BukaSikitTutupBanyak
#IndahKauTengokBurukAkuSimpan
#AcahKuatTaknakRabakDepanKauTapiLemah
.
Nakamura gelak.
Ambil 'Eye Mask'.
Lagu 'I'm Young' dimain.
Sedia tutup mata.
No comments:
Post a Comment