Meracau aku dalam lena.
Terjaga dalam linang air mata.
Berakhir sudah jalan cerita.
Plot hidup bergelumang dusta.
Hati seakan sudah tiada.
Bagai nafas dihenjak nyawa.
Roh sudah tidak seiring jiwa.
Bagai semua sudah di akhirnya.
Allahu aku rela.
Allahu aku redha.
Kalau hidup setakat ini cuma.
Biar zaujahnya tidak ada.
Tapi aku sudah usaha.
Ayuhlah kita tutup cerita.
Sudah berakhir kisah cinta.
Wanita yang dulu aku puja.
Sudah menjadi figura tanpa nama.
Izin aku simpan dalam jiwa.
Terlipat, tersisip kemas di celahnya.
Sudah tiada kesal yang tersisa.
Aku manusia.
Yang tidak sempurna.
Sudah ku tutup kemas semua.
Tidak mungkin aku berpaling semula.
Tidak juga bermakna yang lain bakal aku terima.
Cukup dalam ini cerita.
Hanya ada aku sebagai wataknya.
InsyaAllah aku seorang sudah bersahaja.
Moga mereka akan bisa menerima.
Keputusanku seutuh dinding bata.
Aku mungkin tidak akan berpunya.
Selamat tinggal kisah cinta.
Ku kebumi segala rasa.
Menjadi pusara.
Tanpa nama.
01122016
No comments:
Post a Comment