Thursday, December 29, 2016

Matahari

Terik.
Sakit.

Perlahan mata dibuka.
Dipaksa walau pedih.

Terjahan sinar matahari.
Seakan bebola amarah.
Terang, padu, dan jelas.

Ahhh sudah siang rupanya.
Tertutup pintu rezeki hari ini.
Tidur kembali selepas fardhu Subuh.

Buruk punya perangai.

Pencuci muka Bad Lab berlatarkan gambar seekor seladang dicapai.
Dibeli di kedai penjagaan W tempoh hari.
Tertarik untuk dibeli kerana dekorasi.

Muka dicuci ala kadar.

Ekosistem akuarium berkocak selepas ditabur "palletize food" bercorak warna-warni.

Sofa sebiji itu dihenyak malas.
Televisyen dibuka suara minimal.
Roti kosong dijamah cukup perlahan.
Secangkir kopi kosong kurang gula di meja.

Tiada cerita menarik di kaca televisyen.
Tiada kisah menarik di muka buku.

Ikan berenang kegembiraan ditenung.
Udang bergaduh di dasar diperhatikan.

Ekosistem kecil tetapi memuaskan.
Indah dalam definisi tersendiri.
Definisi sukar difahami.

Dua tiga menjak ini.
Ruang ini dunia aku.
Ruang tanpa suara kecuali manusia.
Dunia tanpa adanya titik noktah.

Tidak setapak aku melangkah keluar.
Sebaik kaki dijejak masuk, akan terperap.

Semua sudah tersedia, bukan?
Buat apa lagi aku bersosial.
Ini bukan masanya.

Bermati-matian aku menghenjak.
Beria-ria aku menghentak.
Biar remuk, biar rosak.
Biar hancur, biar ranap.

Segala memori duka.
Yang terbawa rahsia.

Segala harapan tersisa.
Yang terbawa jiwa.

Segala cita-cita agung.
Yang terbawa cinta.

Betapa aku utuh.
Betapa aku teguh.
Berada dalam dunia aku.
Sikit lagi mahu berhalusinasi.
Sehingga perlahan aku dengarkan.

Ada suara berbisik halus di benak hati.

"Kau masih punya nyawa"

Dan nyawa ini ada harga yang perlu dibayar.

Pada Dia si pemilik serba serbi dimiliki.

Perlahan aku bangun dan kepalkan jari.
Ku pecahkan segala ironi dan juga sakit hati.
Ku runtuhkan segala duka yang sudah terpateri.

Selamat tinggal, 2016.
Welcome, 2017.

Hidup baru aku.
Bermula di sini.

FZ, 29122016 10.05pm

No comments:

Post a Comment