Monday, December 19, 2016

Arjuna

"Nyamanlah Arjuna Beta mimpikan yang indah saja,
Nanti bila kau buka mata semua tak serupa.
Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi,
Jalan betul anakanda, tak jelas mata, ambil yang sarat duri,
Hiduplah arjuna beta, biarkan jasad yang luka,
Selama tuhanmu ada takkan engkau tercela."

Arjuna Beta alunan Fynn Jamal menenangkan.

Farul capai mug milo panas di meja dan sisip acuh tak acuh.
Asap daripada mug berkepul2 ke udara dek hembusan nafas Farul.

Mug diletak kembali ke meja.
Pandangan Farul tertancap jauh ke bukit setentang pandangan matanya.
Nun di bawah sana berlari2 kanak2 bermain riang di kolam renang.
Kecil sekali pada pandangan mata Farul.
Balkoni kondominium tingkat 33 inilah tempat Farul sedar betapa kerdilnya manusia.
Apatah lagi pada sisi yang berkuasa di atas sana.

Rak buku mini di tepi sliding door tersusun indah koleksi novel indie kesukaan Farul.
Sepohon bonsai mini rimbun terletak cantik di atas rak menimbulkan elemen hijau.
Kolam mini siap pancuran air terjun membangkitkan lagi suasana.
Ikan guppy berenang di balik tumbuhan air penambah seri kondominium kosong ini.

Farul hanya tinggal berdua di sini.
Condominium dengan tatarias Urban Kontemporari ini cukup Farul senangi.
Latar warna hitam dan putih dengan kemasan aksesori dan perabot minimalis.
Tergantung juga chandeliar kristal hitam gah di tengah ruang.

Sekali pandang, kosong sekali rumah ini dek dekorasi terlalu minimalis.
Rumah berteduh yang penuh harmoni.
Tapi rumah inilah tempat Farul melepas lelah.
Kosong tapi bakal penuh dengan memori.

Usah menyalahkan takdir.
Takdir sudah berhenti sebegini.
Takdir juga tegar bawa Farul ke sini.

Kalau saja 5 tahun lepas takdir tidak menduga Farul sebegitu, mungkin rumah ini tidak sesempurna ini.
Farul senyum.

Biar pada pandangan orang Farul manusia terkejam.
Biar pada pandangan orang Farul lelaki sial lagi durjana.
Biar pada pandangan orang Farul jantan tak guna.
Biar pada pandangan orang Farul curang guna aplikasi ikon chat dua ketul itu.

Farul sudah lali.
Farul sudah kebah.

Kebah dari sakit yang bersarang di minda.
Lillahi Taala bukan ini yang Farul rancang.
Tapi bukankah semua susunan takdir dari Tuhan?
Mungkin Dia mahu menduga Farul tidak akan pernah settle down?

Jauh betul Farul termenung.
Sampaikan ada yang memerhati daripada jauh.
Sedetik pon tidak Farul sedar betapa sepasang masa tidak berkelip melihatnya.

Bola loceng permainan budak tergolek perlahan ke arah Farul.
Terhenti inersianya dek momentum dengan kaki Farul.
Farul kutip dan melontar pandangan ke sisi sofa.
Sekujur tubuh budak sedang meniarap cuba berdiri sambil berpaut pada kaki sofa."

"Haihhh budak ni. Dah bangun tidur ya? Meh Ayah dukung meh"

Tergelak budak kecil itu digeletek Farul.
Gusi tanpa gigi. Oh God comel betul.

"Noah lapar eh. Nak susu eh."

Mujur Farul tidurkan Noah atas tilam di lantai semata.
Tiada istilah bilik tidur yang proper selagi budak ni belum cukup besar.

Noah sandarkan kepala di bahu Farul.
Noah pegang kemas baju Farul.

"Jangan risau Noah. Ayah tak lepas Noah. Ayah jaga Noah eh."

Farul bancuh susu dan ukur suhu ala kadar.
Tak boleh terlalu panas takut melecur mulut Noah.

Farul buka mulut Noah.
Lihat mana tahu gigi sudah ada.
Tak sabar betul nak tengok gigi Noah.
Akan Farul abadikan pada kepingan polaroid.
Dan akan Farul gantung satu persatu di dinding bilik Noah.

Sudah hampir 9 bulan umur Noah.
Sudah hampir 9 bulan juga Noah dalam jagaan Farul.
Sebaik dilahirkan, Noah sudah diserahkan kepada Farul.
Walau bukan ayah kandung kepada Noah, Farul yakin ini yang dia cari.

Dan susu ini, Noah tolak.
Terlalu cair barangkali.
Farul cuba lagi.

Perlu masa untuk mahirkan diri.
Mama di Astana tempat Farul rujuk.
Tips menjaga bayi diperturun tanpa jemu.

Walau Farul pernah mengecewakan Mama Ayah dulu.
Semuanya Farul simpan rapi tersisip kemas dalam sanubari.

Seperti biasa.
Belum ada tanda gigi tumbuh.
Dan seperti biasa, Noah gemar menggigit.

Dan gigitan gusi ini tak pernah tak sakit.

Noahhhhhhh!!!

***

Terjaga Farul dalam lena.
Mimpi permainan tidur.
Farul paling ke kiri dan kanan.
Sepi dan sunyi sekali.

Tiada Noah di sisi.
Farul gelak sendiri.

Mimpi lagi Farul kali ini.

Senyum.

Muhammad Arjuna Noah bin Abdullah.

Yang terpuji lelaki tampan penerima rahmat. Moga2 jadi bekalan Farul ke syurga nanti. Sudi tengok2kan Farul di masa Farul tua nanti.

"Noah tunggu Ayah datang ambil Noah nanti ya."

Farul berbisik pada diri.

No comments:

Post a Comment