Pyae, atau nama sebenarnya Pyae Pyeong ialah seorang foreigner tegar yang bermastautin di Malaysia demi kerjaya sebagai jurutera polimer di sebuah negeri di selatan tanah air.
Pyae berkenalan, dan kemudian jatuh cinta tahap "I can't live without you baby". So one fine day, sebelum abangnya sendiri, Hein Leong, menjadi perampas kekasih pujaan hatinya, Pyae merencana mahu melamar kekasihnya untuk disunting menjadi suri hati dalam hidupnya buat selamanya. *cam lahanat panjang takde noktah.
Satu restoran seafood terapung high class di tepi muara sebuah pantai dipilih menjadi lokasi romantis bersejarah ini. Restoran 999 bintang ini memang sangatlah sesuai dengan status Pyae sebagai jurutera polimer berjaya lagi sukses dan dengan status kekasihnya yang cantik jelita dan berwibawa dalam menjalankan kerjanya sehari-hari di samping Pyae.
Segalanya sudah Pyae rancang. Malam ini bakal jadi malam bersejarah. Malam indah yang bakal dikenang sepanjang hidupnya. Malam paling romantis. Malam di mana cinta yang tersemat di jiwanya selama ini bakal dikepal-kepal menjadi bebola yang sukar untuk terlerai.
Sebaik Pyae dan kekasihnya, eh lupa nak bagitau nama, Nabeela namanya, melangkah masuk ke dalam restoran itu, waiter mengekscort mereka ke meja paling dekat dengan laut. Lebih indah. Lebih romantis. Memang romantis. Dalam samar cahaya bulan, ditambah dengan balam-balam cahaya lilin. Wowwww cukup memukau sekali Nabeela di pandangan mata Pyae.
Tiada kata yang terungkap. Sekadar senyum yang memenuhi masa. Dua-dua sudah tahu apa adanya dengan malam ini. Sebelum melangkah ke agenda penting rencana Pyae yang seterusnya, mereka berbasa basi menikmati hidangan buat mengalas perut yang sedang nervous bergelora.
Nabeelah makan nasi lemak. Ya nasi lemak. Di restoran seafood terkemuka di negeri ini. Pelik Nabeelah ni. Tak boleh dibawa masuk majlis. Apa yang Pyae pandang pada Nabeelah pun masih misteri.
Tapi entahlah macam mana kan. Nervous agaknya, Nabeelah makan dengan gelojohnya tanpa mengira pandangan orang sekeliling. Melihatkan gayanya makan, Pyae lebih sopan dan ada manner. Sudah adat orang gelojoh selalu rugi, Nabeelah tersilap perhitungan. Sambal nasi lemak sotong yang dipesan terlalu pedas sekali.
Nabeelah ambil jus tembikainya dan membuang straw dengan rakus. Ya, Nabeelah meneguk jus secara terus daripada gelas. Seperti meneguk air kosong di tengah malam.
Tiba-tiba Nabeelah rebah. Tercekik. Tersedak. Muka Pyae yang flawless mengalahkan Nabeelah mulai terasa merah dek menahan malu. Acara di benak fikiran mahu melamar Nabeelah dengan kejutan yang romantis tiba-tiba bertukar hectic, chaos, dan berantakan kerana scene drama Nabeelah.
Pyae melutut. Pyae pegang kepala Nabeelah. Bukan untuk cpr. Bukan mahu mendukung Nabeelah dan clearkan respiratory pathway Nabeelah yang dah tersumbat atau tercekik sesuatu itu. Tapi Pyae memasukkan jarinya ke dalam mulut Nabeelah. Mengorek-ngorek jauh ke kerongkong Nabeelah. Setelah struggle beberapa ketika, Pyae keluarkan cincin berlian.
Nabeelah terkaku kebingungan.
Pyae terus ke gigi laut. Tekan remote dan menghidupkan engine submarinenya dan terus blah.
Oh sadis.
Sejak daripada itu, Nabeelah sudah tidak pernah berjumpa Pyae lagi. Pyae sudah berhenti kerja. Seringkali Nabeelah mengintai ke ruang office Pyae setiap pagi ketika mahu mengutip sampah di officenya, tapi hampa. Tiada langsung kelibat Pyae.
Dan, ya. Nabeelah seorang cleaner.
No comments:
Post a Comment