Friday, September 5, 2014

Memoir

Segmen mengimbas memori lalu.
Ceritera dua tiga tahun lepas.

Pernah sekali time aku kat kampus.
Adik perempuan aku call mengadu perangai Mama dengan Ayahanda.
Iyuppp Mama dengan Ayahanda.

Dah menjadi habit parent aku ni, untuk first or second or at most seminggu pertama kitorang kerja part time ni, Ayah tak izinkan pergi sendiri. Dia yang akan hantar. Black is black. White is white. So no argument. Kena follow rule ni. Yesss sir.

Masuk minggu kedua ketiga dan seterusnya.
Kitorang diberi chance untuk argue.
Either just teruskan dihantar dan dijemput, atau pergi sendiri.
Iyuppppp option ni untuk aku sahaja.
Adik aku perempuan tidak ada option ni.
Wohahaha. Padan muka kau.

Tapiiiiii, ada consequences dia.
Either aku or adik perempuan aku.
Gender tak membezakan sekarang.

Bila kau tengah kerja sedap-sedap.
Aku tengah busy layan customer kat kaunter.
Or adik aku tengah busy layan customer cari jubah dekat butik dia.
Or tengah busy susun barang dekat rak sebab time tu jadi kuli kat supermarket.
Or adik aku tengah busy rearrange display jubah-jubah latest siap tudung berbelit.

Tiba-tiba datang perasaan rasa tak secure.
Out of a sudden.
Tiba-tiba.
Rasa macam diperhatikan.

Kalau tengah mata kau meliar mencari-cari.
Terpandang meja kat kedai makan depan supermarket tu.
Ada laki bini tengah duduk makan.
Pastu kau terperasan handbag bini dia macam handbag Mama kau.
Cuba kau tengok sekali lagi.
Betul ke handbag dia macam handbag Mama kau ke memang tu handbag Mama kau.

Iyuppp.
Parent aku lah tu.
Senyap-senyap dua orang romantik dating berdua.
Makan dah nak habis baru sedar diorang tengah makan sambil perhati aku kerja.
Perghhhhhh time tu entah la nak malu ke nak awkward,
Sebab pas makan diorang pandang kau senyum pastu amik trolley masuk supermarket tu beli barang dua tiga, pastu bayar kat kaunter aku.
Even kaunter aku beratur panjang. Kaunter sebelah kosong siap akak cashier tu offer datang bayar kat dia still nak kaunter aku. Double awkward.

Kes adik aku.
Dia kerja butik.
Ayah dengan Mama aku boleh siap buat takde arah sangat.
Berdiri betul-betul depan butik pandang adik aku.
At least pergi ler pusing-pusing mall tu.
Jeling-jeling sambil jalan-jalan okay lah lagi.
Daripada berdiri betuk-betul depan butik pandang adik aku kerja.
Errr maybe butik adik aku tu takde restoran depan dia. Just dinding je.
Maybe lah. Hahahahaha. 

Nasib aku start kerja ni diorang tak buat perangai macam tu.
Kahkahkah.

p/s: notabulukaki - Entahlah. Teringat pulak cerita ni. Whatever it is, parent aku will always be the number one for me. Nak nyanyi lagu maher zain lah. Bye.

No comments:

Post a Comment