Hari ni genap dua bulan aku kerja.
Official kerja using my degree qualification.
Berbaloi belajar 4 tahun? Bolehlah.
Sepanjang hidup aku, kerja dengan diri aku somehow memang jauh.
Cuti semester nak merajinkan diri cari kerja and duit sendiri tu bukan aku.
Malas nauzubillah.
Tak kisah lah cuti panjang tunggu result SPM,
atau cuti semester time matrikulasi,
or cuti semester kat universiti.
Rutin yang sama.
Aku habiskan cuti dengan lepak kat rumah. Keluar lepak dengan member-member.
Tak pun aku bawak laptop lepak KFC ke McD ke time tu. Online baca blog and artikel.
Tak produktif langsung. Menghabiskan duit mak bapak lagi adalah.
Perangai buruk spoiled brat aku ni sampailah adik aku habis SPM.
Satu pagi, adik aku mintak permission parent aku yang dia nak kerja.
As usual, parent aku cakap nanti petang kita discuss.
And sampai masa, adik aku tuntut decision.
Parent aku pujuk kata tak payahlah.
Rehat je kat rumah. Nak duit mintak je.
Jawapan sama parent aku bagi time aku sebut nak kerja after SPM.
So hape lagi, memang mentekedarah lah aku kat rumah menghabiskan beras.
Kononnya anak mithali dengar cakap mak ayah.
Padahal memang malas.
Tapi adik aku degil. Senyap-senyap dia call butik, kedai baju, kedai makan, and even kilang.
Sempat pulak dia take note nombor-nombor telefon vacancy ni time family shopping.
Punyalah nekad nak kerja. Tup-tup dia bentang depan meja makan, offer kerja dengan gaji sekian-sekian.
Perangai dia I guess more matured than me maybe.
Dia degil cari kerja and start kerja part time dekat kilang.
And pegang duit sendiri.
Its not the amount of money she earn that time that's matter, tapi nekad dia nak berdikari yang knock me off from somekind of honeymoon phase I'm so comfortably having.
For sure, aku sebagai abang ego kuat bhai.
Rasa tercabar sebab adik sendiri kerja and cari duit sendiri.
Adik perempuan pulak tu.
So next semester break, ada 5 ke 6 bulan if I'm not mistaken sebab gov tengah standardize cuti student degree. Time tu semester break between semester 2 kepada 3. Aku kerja part time dekat Giant Hypermarket kat Kajang. Time tu family aku duduk sana lagi.
I earn approximately around RM600++ that time.
Sangat-sangat sikit compared to the working hours allocated.
For sure, tak berbaloi.
Sampai tahap sekarang, aku compared lifestyle aku dengan akak2 and bro2 colleague aku time kerja part time tu.
Dengan duit tak seberapa tu lah diorang manage kerja dua tiga dalam satu masa demi nak mencukupkan makan pakai anak bini.
Aku pernah kena caci, maki and dipandang rendah.
Kononnya mamat yang kerja cashier dekat supermarket ni low class.
Tak berpelajaran dan tiada masa depan.
Yes, certain customer memang takde respect dekat orang lain.
Nak sembur sesuka hati. Campak duit macam cashier pengemis kutip satu-satu.
For God sake, as a guy, yes rasa nak mengamuk.
Rasa nak berhenti sebab aku tak terdesak nak kerja sangat.
Tapi kuatkan diri kuatkan hati nak cari pengalaman hidup.
Pengalaman nilah yang ajar sabar and how to handle other people.
Whatever it is, aku bersyukur just the way I am. I promise to myself I will never stop improving my life. Education. Financial. and everything that matter. Using whatever it takes.
p/s : notabulukaki - Moga ALLAH terus murahkan rezeki diri. Demi Mama, Ayahanda, adinda-adinda-adinda puteri kesayangan. Bakal permaisuri hati dan bakal anakanda pengikat tali ke syurga.
No comments:
Post a Comment