Sunday, September 28, 2014

Hari Jubah

Risau.
Syukur.
Gelisah.
Terkilan.
Semua ada.

Risau kalau belum cukup buat Mama Ayahanda bahagia.
Syukur akhirnya sampai jua ke tahap yang ini.
Sedih kalau ini pertemuan terakhir menjalin ukhwah.
Takut kalau tiada lagi peluang menimba ilmu.
Terkilan lantaran habis yang sekadar habis dan belum sehabis baik.

Terima kasih ayahanda dan mama atas sokongan, usaha, dorongan, teguran, tenaga dan doa tanpa henti. Tanpa doa ayahanda dan mama, binasalah anakanda takkan tergapai ke tahap ini..

Semoga Allah merahmati Ayahanda dan Mama. Maaf lantaran anakanda tidak berjaya mencapai tahap yang  diingini. InsyaAllah, akan ditebus di peluang yang akan datang.

Semoga Allah terus murahkan rezeki dan kuatkan diri untuk terus gagah berdiri berjuang di medan ilmu. Semoga adinda-adinda-adinda puteri kesayangan bertiga diberi kesempatan, dan dipermudahkan urusan agar dapat merasa detik yang ini, malah lebih hebat lagi.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, semoga berjaya di dunia masing-masing, walau apa jua bidang, dan di mana jua kalian berada. InsyaAllah ada aturan Dia untuk pertemuan kita yang akan datang.

Kepada WVU, WMF dan WLN, terima kasih atas sokongan, kritikan, semangat, dan setia bersama hingga ke titik yang terakhir. Semoga takdir akan Dia izinkan untuk bertemu peluang, ruang dan juga masa untuk berjumpa dan berkongsi cerita.

Till then, May Allah protect all of us and ease our journey till the end of our breath.

"For the sake of the uncertainty future, please let this moment be frozen."

Monday, September 22, 2014

Si Bongsu

"Hello adik. Adik tengah buat apa tu?"

Mood happy ceria dan gembira. Wuuuuu

"Tak buat apa. Tengah tengok tv."

"Tak study ke?"

Senyap.

"Along, nak tau sesuatu tak?"

Cis. Mengelat.

"Apa?"

"Adik jealous dengan kawan adik. Hidup dia best jer."

"Apa yang best?"

"Dia ada abang yang dah kerja."

"So? Along pon dah kerja. Apa yang bestnya?"

"Abang dia kan selalu je belikan dia barang. Jam lah. Baju baru lah. Bla bla bla."

"Errr..."

Krik krik krik

"Adik kan Along kan. Berkenan lah dengan satu baju ni."

Gelak kejam.

"Boleh tak adik beli lepastu adik claim dengan kau? Hahaha"

Gelak lagi kejam.




-siot punya adik-

Sunday, September 14, 2014

Quote~

"Aim high for the moon.
Even if you miss,
you will land among the stars."


-Anonymous-

Sunday, September 7, 2014

Kerja oh Kerja.

Hari ni genap dua bulan aku kerja.
Official kerja using my degree qualification.
Berbaloi belajar 4 tahun? Bolehlah.

Sepanjang hidup aku, kerja dengan diri aku somehow memang jauh.
Cuti semester nak merajinkan diri cari kerja and duit sendiri tu bukan aku.
Malas nauzubillah.

Tak kisah lah cuti panjang tunggu result SPM,
atau cuti semester time matrikulasi,
or cuti semester kat universiti.
Rutin yang sama.

Aku habiskan cuti dengan lepak kat rumah. Keluar lepak dengan member-member.
Tak pun aku bawak laptop lepak KFC ke McD ke time tu. Online baca blog and artikel.
Tak produktif langsung. Menghabiskan duit mak bapak lagi adalah.

Perangai buruk spoiled brat aku ni sampailah adik aku habis SPM.
Satu pagi, adik aku mintak permission parent aku yang dia nak kerja.
As usual, parent aku cakap nanti petang kita discuss.
And sampai masa, adik aku tuntut decision.
Parent aku pujuk kata tak payahlah.
Rehat je kat rumah. Nak duit mintak je.
Jawapan sama parent aku bagi time aku sebut nak kerja after SPM.
So hape lagi, memang mentekedarah lah aku kat rumah menghabiskan beras.
Kononnya anak mithali dengar cakap mak ayah.
Padahal memang malas.

Tapi adik aku degil. Senyap-senyap dia call butik, kedai baju, kedai makan, and even kilang.
Sempat pulak dia take note nombor-nombor telefon vacancy ni time family shopping.
Punyalah nekad nak kerja. Tup-tup dia bentang depan meja makan, offer kerja dengan gaji sekian-sekian.

Perangai dia I guess more matured than me maybe.
Dia degil cari kerja and start kerja part time dekat kilang.
And pegang duit sendiri.

Its not the amount of money she earn that time that's matter, tapi nekad dia nak berdikari yang knock me off from somekind of honeymoon phase I'm so comfortably having.

For sure, aku sebagai abang ego kuat bhai.
Rasa tercabar sebab adik sendiri kerja and cari duit sendiri.
Adik perempuan pulak tu.

So next semester break, ada 5 ke 6 bulan if I'm not mistaken sebab gov tengah standardize cuti student degree. Time tu semester break between semester 2 kepada 3. Aku kerja part time dekat Giant Hypermarket kat Kajang. Time tu family aku duduk sana lagi.

I earn approximately around RM600++ that time.
Sangat-sangat sikit compared to the working hours allocated.
For sure, tak berbaloi.

Sampai tahap sekarang, aku compared lifestyle aku dengan akak2 and bro2 colleague aku time kerja part time tu.
Dengan duit tak seberapa tu lah diorang manage kerja dua tiga dalam satu masa demi nak mencukupkan makan pakai anak bini.

Aku pernah kena caci, maki and dipandang rendah.
Kononnya mamat yang kerja cashier dekat supermarket ni low class.
Tak berpelajaran dan tiada masa depan.
Yes, certain customer memang takde respect dekat orang lain.
Nak sembur sesuka hati. Campak duit macam cashier pengemis kutip satu-satu.
For God sake, as a guy, yes rasa nak mengamuk.
Rasa nak berhenti sebab aku tak terdesak nak kerja sangat.
Tapi kuatkan diri kuatkan hati nak cari pengalaman hidup.
Pengalaman nilah yang ajar sabar and how to handle other people.

Whatever it is, aku bersyukur just the way I am. I promise to myself I will never stop improving my life. Education. Financial. and everything that matter. Using whatever it takes.

p/s : notabulukaki - Moga ALLAH terus murahkan rezeki diri. Demi Mama, Ayahanda, adinda-adinda-adinda puteri kesayangan. Bakal permaisuri hati dan bakal anakanda pengikat tali ke syurga.

Friday, September 5, 2014

Memoir

Segmen mengimbas memori lalu.
Ceritera dua tiga tahun lepas.

Pernah sekali time aku kat kampus.
Adik perempuan aku call mengadu perangai Mama dengan Ayahanda.
Iyuppp Mama dengan Ayahanda.

Dah menjadi habit parent aku ni, untuk first or second or at most seminggu pertama kitorang kerja part time ni, Ayah tak izinkan pergi sendiri. Dia yang akan hantar. Black is black. White is white. So no argument. Kena follow rule ni. Yesss sir.

Masuk minggu kedua ketiga dan seterusnya.
Kitorang diberi chance untuk argue.
Either just teruskan dihantar dan dijemput, atau pergi sendiri.
Iyuppppp option ni untuk aku sahaja.
Adik aku perempuan tidak ada option ni.
Wohahaha. Padan muka kau.

Tapiiiiii, ada consequences dia.
Either aku or adik perempuan aku.
Gender tak membezakan sekarang.

Bila kau tengah kerja sedap-sedap.
Aku tengah busy layan customer kat kaunter.
Or adik aku tengah busy layan customer cari jubah dekat butik dia.
Or tengah busy susun barang dekat rak sebab time tu jadi kuli kat supermarket.
Or adik aku tengah busy rearrange display jubah-jubah latest siap tudung berbelit.

Tiba-tiba datang perasaan rasa tak secure.
Out of a sudden.
Tiba-tiba.
Rasa macam diperhatikan.

Kalau tengah mata kau meliar mencari-cari.
Terpandang meja kat kedai makan depan supermarket tu.
Ada laki bini tengah duduk makan.
Pastu kau terperasan handbag bini dia macam handbag Mama kau.
Cuba kau tengok sekali lagi.
Betul ke handbag dia macam handbag Mama kau ke memang tu handbag Mama kau.

Iyuppp.
Parent aku lah tu.
Senyap-senyap dua orang romantik dating berdua.
Makan dah nak habis baru sedar diorang tengah makan sambil perhati aku kerja.
Perghhhhhh time tu entah la nak malu ke nak awkward,
Sebab pas makan diorang pandang kau senyum pastu amik trolley masuk supermarket tu beli barang dua tiga, pastu bayar kat kaunter aku.
Even kaunter aku beratur panjang. Kaunter sebelah kosong siap akak cashier tu offer datang bayar kat dia still nak kaunter aku. Double awkward.

Kes adik aku.
Dia kerja butik.
Ayah dengan Mama aku boleh siap buat takde arah sangat.
Berdiri betul-betul depan butik pandang adik aku.
At least pergi ler pusing-pusing mall tu.
Jeling-jeling sambil jalan-jalan okay lah lagi.
Daripada berdiri betuk-betul depan butik pandang adik aku kerja.
Errr maybe butik adik aku tu takde restoran depan dia. Just dinding je.
Maybe lah. Hahahahaha. 

Nasib aku start kerja ni diorang tak buat perangai macam tu.
Kahkahkah.

p/s: notabulukaki - Entahlah. Teringat pulak cerita ni. Whatever it is, parent aku will always be the number one for me. Nak nyanyi lagu maher zain lah. Bye.

Monday, September 1, 2014

Fear VS Geli

Aku ada seorang kawan sekelas time degree dulu yang takutkan kucing. Tahap takutkan kucing tu kalau tengah lepak makan sekali then kucing tu tiba-tiba nak bermanja bergesel-gesel kaki dengan dia, auto refleks badan dia akan react seolah-olah ada bom bawah kaki. Mahu terbalik meja makan kat kedai tu. Atau kerusi patah sebab dia kebelakangkan kerusi tu secara drastik. (Yes, ini betul-betul pernah jadi).

Maka akan timbullah persoalan di mana "Kau takut kucing? Kucing jer pon. kau lagi besar dari kucing. kucing tu tak makan kau lah."

These typical respons adalah sekadar tipikal. Ayat mudah yang keluar dari mulut seorang pemerhati dan bukan yang merasai. Percayalah, everyone of us have something to be feared of. Tak kiralah benda tu bersifat benda hidup atau tak. Kalau ada orang takutkan benda subjektif contohnya kehidupan atau kegagalan. Tak mustahil juga ada orang yang takutkan sesuatu yang konklusif contohnya kucing tadi tu lah.

Tak kiralah sekatang mana badan kau atau sesempurna mana lahiriah kau di mata dunia, akan ada sekelumit rasa takut terhadap something dalam jiwa kau. Takde kau kata? Bersyukurlah kau sempurna. Bersyukurlah kau sado lahir dan batin. *Sarcastic.

Mama aku takutkan alias geli gila dengan binatang tak bertulang macam ulat, ulat gonggok, cacing dan sekufu dengannya. Kalau tiba-tiba kau tengah syok tengok tv dekat ruang tv then dengar orang jerit tak cukup nafas siap terloncat-loncat, ha ada yang say hi kat Mama la tu. kemudian disusuli jeritan either panggil ayah or aku nak tolong buang ulat tu. Sebab bilik aku paling dekat dengan dapur, akulah panglima diraja yang mencemar duli buangkan ulat tu jauh dari pandangan Mama. Hahahadoiiiilah. Kejap, oh patutlah diorang design bilik aku letak kat belakang. Chehhhh. 

Lagi kelakar, pernah sekali benda ni jadi, Mama aku jerit bagai nak rak panggil nama aku sampai jiran sebelah datang rumah. Dengan cemasnya dia jerit dari luar rumah, "Kak Zieeeeee kenapa kak? Akak okay tak?" Sambil ketuk-ketuk pintu rumah aku dengan cemas. Drama betul. Perghhhh aku dengan cool tak berapa cool, buka pintu sengih sikit. " Tak de apa makcik. Ada ulat say hi kat mak." Mama aku sengih segan kat belakang. Hillarious? Tak langsung. Ahaha.

Aku pernah ada orang-orang dalam hidup aku yang takutkan banyak benda. Ada yang takutkan katak. gelikan cicak. tikus. Lipas tak terbang. Lipas terbang. Lipas tak terbang dan terbang. Lipas mati. Lipas pura-pura mati. Lipas gila. Lipas punya anak. Lipas punya mayat. Tak kisahlah tapi bagi aku ini adalah normal. If you in that situation, and dealing with something he or she feared of, di mana kau tak takut atau geli, instead of mocking him or her, its better if you stood up and remove that thing out of their sight. Once you encounter the same problem, someone will do the same. For sure.

Kau tak tahu mungkin dia dah deal dengan fear ni for a very long time. And he or she trying damn hard to keep this fear enclosed within him/herself without being notice by other people surround him/her. Macam kes adik aku. Mama aku tanya aku hari tu either aku sedar ke tak yang adik perempuan aku somekind of traumatized dengan bunyi guruh dan petir. Bila hujan lebat siap berguruh dan petir, automatic dia akan pergi duduk dekat ruang rumah yang paling dalam, yang paling jauh dengan tingkap or pintu. So antara banyak-banyak ruang, ruang tv lah yang paling dia suka duduk time guruh or kilat, maybe tempat tu paling secure I guess? Which, put aside me, semua orang dalam rumah aku tak tahu fact yang adik aku ni takut aka gerun dengan kilat guruh ni semua. Since when? Why? Takde sapa tahu.

Sama kes member aku dia geli dengan cicak. And one day, ada cicak berhampiran dia. And as a friend yang aware dengan fact ni, and not having the same fear, I deal with this by removing the lizard off of his/her sight. Before dia aware pasal menatang ni ada bawah kaki dia.

Untuk menjatuhkan hukum di mana kononnya dah besar tak perlu takutkan ini atau takutkan itu, atas hukum alam mana penentu limitasi ketakutan tu? Jujur, kau juga punya rasa yang sama. Or at least you maybe already encountered that fear or geli, so there is no reason for you to be a jerk.

Kau perlu sedar, sedang dunia tidak pernah terlahir punya limitasi , maka Tuhan sudah cukup adil menciptakan manusia yang punya variasi. Ketakutan yang sama mungkin. Tapi bagaimana besar dan cara mengatasi yang berbeza. Tak semestinya kau tidak takutkan atau gelikan lipas contohnya, maka kau pandang jelik orang yang takutkan lipas tu. Kononnya dia tidak mampu mengatasi ketakutan yang itu. Seolah-olah tidak patut punya ketakutan yang itu. Seolah-olah dia alien. Sesungguhnya, manusia itu bervariasi ciptaannya, maka kenapa kau perlu memaksa dia mengikut acuan kamu? Ha, kan aku dah tak konsisten guna kata nama ketiga. Kejap kamu kejap kau. Sorry cikgu Fadzilah. Saya khilaf dalam menjaga tatabahasa yang cikgu ajar.

Siot.

As a conclusion, respect everyone around you. Appreciate them as the way they are. Support them dealing with their fear not doing something agitated them. Life is not easy. Everyone have their own difficulties.

Okay?

p/s: notabulukaki - aku cool aku okay. haha