Wednesday, April 15, 2015

The Lame-o Mikhael

Buntu!
Buntu!
Buntu!

Mikhael buntu.

Supposedly, hari ini Mikhael fly ke Krabi Island, Thailand. Sudah berjanji untuk spend time dengan adiknya Mayra dan Fayra menghabiskan cuti umum. Elok juga Fayra study di sekitar sana. Plannya short vacation untuk releasekan stress dan merehatkan minda daripada kerja menimbun dan rutin harian kerja yang semakin membosankan.

Plannya usai vacation di Krabi, Mikhael akan hantarkan Mayra ke universitinya di Rome, Italy. Sekaligus boleh hang out dan lepak dengan membe-membe seunivesiti dulu. Sejak Mikhael bekerja di Aussie, Australia ni, jarang betul dapat berkumpyl lepak minum Capucchino sebarang dua.

Tapi, ha tapi. Qaysara gadis pingitan yang Mikhael usha panas sejuk suam suku tiga kata hah gituh, pulak hantar Line kat Mikhael cakap mahu turun Aussie daripada Astana, Kazakhstan. Saja mahu holiday dengan rakan katanya. Sekaligus mahu invite Mikhael join sekali. Dapat bertukar khabar berita. Kira sambil minum air, mengunyah laici. Hah gitu.

So Mikhael buntu. Mahu cancel plan ke Krabi ke? Kalau cancel, nampak gaya terpaksa lah cancel plan lepak dekat Rome. Tapi kalau tak cancel, Mikhael teringin benar berjumpa Qaysara. Aishhhh.

Jadi pagi ini, Mikhael bangun tidur. Mikhael mandi. Kenakan jean, t-shirt dan jaket kpop paling smart dia ada. Pacak-pacakkan rambut sebarang duit bajet gaya Zayn Malik. Spray sedas dua perfume Tommy Hilfiger. Kenakan pulak shades Rayban. Perghhhhh semart.

Mikhael ambil kunci jet peribadi, berjalan melangkah keluar bilik terus ke balcony depan di living hall townhousenya, dan terus duduk bersila. Mikhael sudah membuat keputusan.

Hendak dipilih gadis pujaan, sudah-sudah tentu sayang yang ini bertepuk sebelah tangan. Maka apa yang ditunggu lagi? Bila akhirnya hati dan tubuh jelas untuk bakal suami yang halal, pemilik cinta hatinya?

Hendak dipilih rakan-rakan, semua sudah punya hidup dan kerjaya sendiri. Sikit masa lagi punyai keluarga sendiri. Jadi apa beza bertemu hari ini, esok, atau lusa? Bila akhirnya kepada anak isteri jasad kembali?

Hendak dipilih adik-adik, mereka sedang sibuk menelaah pelajaran. Punyai teman-teman pengganti kesunyian berjauhan dengan keluarga. Jadi apa beza ada Mikhael atau tidak menghabiskan masa bersama mereka? Bila akhirnya satu hari adik-adik ini harus Mikhael lepaskan kepada lelaki yang bergelar suami mereka?

Maka, Mikhael putuskan untuk duduk sahaja. Di sini. Di rumah dibeli atas titilk peluh sendiri. Dan merenung nasib diri dan masa depan.

Sendiri.

Alone.

Lonely.

Dan pathetic.

Biar begini, dari merasa seolah-olah mengkhianati janji untuk hanya sekadar memenuhi janji kepada mereka yang lain.

Seolah orang yang dikotakan janji duduk di carta tangga teratas di hati Mikhael. Biar mungkir, asalkan kepada semua. Dan bukan mengorbankan sebelah pihak.

Deep.

Lame.

No comments:

Post a Comment