Thursday, April 9, 2015

Lahirnya Seorang Faqrul Zaidi

Terlahir sempurna.

"Mama still ingat time Mama lahirkan Along, masa tu bulan puasa. Lepas sahur, Mama dah start rasa sakit, lepastu pergi masuk hospital. Then dalam 8 ke 9 pagi, Mama pon tak berapa ingat, but pagi lah, Mama lahirkan Along."

Thanks Mama. Thanks Ayahanda. Melahir dan membesarkan Along sesempurna ini. Tiada yang lebih sempurna melainkan kasih sayang yang ini. Andai ada jua yang cacat dan celanya, sungguh itu semua salah dan silap diri Along sendiri.

"Sekarang, sekejap jer Mama rasa. Dulu rumah penuh anak-anak Mama. Sekarang ni semua dah duduk jauh dengan Mama. Ada si kecik-kecik kucing tu jer buat bising meriah rumah ni."

Mama gelak hambar.

Sungguh. Sungguh andai ada daya dan upaya, ingin sekali aku terbang segera pulang ke The Astana. Singgahsana indah Ayahanda dan Mama. Mahu mencium tangan mengutip secebis berkat seorang ibu dan bapa.

InsyaAllah, tiada kata yang mampu Along ungkapkan. Tiada janji yang mampu Along lafazkan. Cuma sekadar berdoa agar Allah sentiasa pelihara, lindungi, melimpahkan kesihatan, rezki, rahmat, dan umur yang panjang kepada Mama, Ayahanda, Angah, Alang, dan Adik. Semoga walau sampai ke hembus nafas Along yang terakhir akan dalam bakti untuk keluarga kita. Biar nyawa terhapus dalam redha kalian.

Sobbs sedih sikit. Haha

But yes, I love you guys so much.

"Apa yang kalian mahukan, katakan sahaja. Akanku usaha sediakan. Ke mana yang kalian mahu pergi, katakan sahaja. Akanku usaha ikhtiarkan. Just say it, and I will make it."

Happy birthday to me. May the future will be glowing and meaningful.

Demi mereka yang aku kasih. Ouchhhh terharu kan kan kan. Hahahaha

P/s : aku dah makin tua, banyak lagi benda tak dapat kejar lagi ni. Hadoiiii. Can I just ask for a little gift? Seize this moment and let it be frozen please. Haha

No comments:

Post a Comment