Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Usai waktu tamatnya pekerjaan,
Aku berlari anak menuju ke kereta.
Sekotak dokumen di genggaman tangan.
Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Usai waktu tamatnya pekerjaan,
Ada detak kasut wanita menghampiri,
Dia rupanya menghulur budi memayungi.
Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Usai meletak kotak di but belakang,
Aku lihat tiada keretanya seperti biasa,
Bagaimana pulang aku bertanya dia.
Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Keretanya dihantar servis katanya,
Datang dihantar bondanya tercinta,
Pulang diambil kanda bongsunya.
Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Aku tunggu dia dalam kereta,
Sudah hampir sejam dia menunggu,
Hanya panggilan yang tiba padanya.
Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Aku keluar berlari ke arahnya,
Bertanya permasalahannya,
Dan kesediaan menghantarnya.
Semalam,
Tika hujan rinrik-rintik perlahan,
Radio memutar lagu cinta,
Dia bertanya perlahan pada aku,
Apa hatiku sudah ada yang punya.
Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Aku pandang tasik di persimpangan,
Aku jawab pada dia juga perlahan,
Iya, hati aku sudah ada yang punya.
Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Dia sekadar terdiam tanpa kata,
Senyum seakan terpaksa,
Ucapan tahniah tiba-tiba.
Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Di hadapan rumah keluarganya,
Usai kubuka pintu untuk dia,
Ku minta dia menjaga diri.
Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Dia terkesima akan permintaanku,
Kenapa katakan begitu, katanya.
Seolah ini pertemuan terakhir kita.
Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Aku ungkapkan pada dia penuh cinta,
Jaga dirinya kerna hati aku ada pada dia,
Kerna hati aku dia yang punya.
Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Dia katakan sudah terlambat,
Sudah ada yang mahu masuk meminang,
Apa perlu dia tolak sahaja lelaki itu?
Semalam,
Tika hujan rintik-rintik perlahan,
Aku senyum pada dia semanisnya,
Jangan ditolak lelaki itu,
Kerna aku lelaki itu.
...
Ahhh dah xde idea. K bye. Haha
Good night bakal permaisuri.
Moga berjumpa di satu hari.
No comments:
Post a Comment