Monday, July 14, 2014

Slot Infiniti - Arjuna Mama



nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


Kalau dulu, buka mata sarapan sudah terhidang depan mata.
Kalau dulu, buka mata baju  sudah tergantung di almari kaca.
Kalau dulu, buka mata terbentang wajah ayahanda dan bonda.

Kini, buka mata lantai marmar kosong terhidang depan mata.
Kini, buka mata tiada baju tergantung juga tiada almari kaca.
Kini, siling kosong pengganti wajah ayahanda dan bonda.


kan ada satu ketika
kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda
tak jelas mata
ambil yang sarat duri


Kalau dulu, ada ayahanda dan bonda menanggung anakanda.
Kalau dulu, ada ayahanda dan bonda pemberi nasihat berguna.
Kalau dulu, ada ayahanda dan bonda di sisi mendengar khabar berita.

Dalam berat hati anakanda keluar daripada Astana ayahanda..
Niat mahu berdikari mencari rezeki juga menyara diri.
Terima kasih atas ajaran dan didikan yang diberi.
Juga nasihat yang disemat di sanubari.


hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

 Ayahanda dan bonda,
walau ke mana langkah kaki membawa anakanda,
walau di mana susuk tubuh anakanda berada,
walau siapa jua hadir di sisi anakanda,
I will always be your arjuna.
Arjuna Mama.

Semoga Allah sentiasa melindungi Ayahanda dan Bonda.

May Allah bless us.
May Allah ease us.

********************************************************


p/s : notabulukaki - syahdu raya tahun ni. balik sehari sebelum raya. malam raya baru sampai rumah. bhahaha

Wednesday, July 9, 2014

Food Craving Temptations.

Dushhh.
Bedebushhhh.

Bola ping pong warna oren melantun-lantun.
Dari B ke D.
Dari D ke B.
B pukul, D defend.
D pukul, B defend.
B still leading.
D tertinggal 150 juta mata di belakang B.
Tak. Tu tipu.

Siapa B?
Siapa D?
Oh tu member aku.
Aku? Dah main dah td.

Sekarang?
Oh aku tersadai kat atas sofa.
Buat apa?
Errr tgk jalan-jalan cari makan.
Kahkahkah.

Shittt.
Tanya macam aku x bersukan langsung.

Sementelah aku lapar.
Perut pon berdondang sayang dari pagi x makan.
Tengok jalan-jalan cari makan ni memang bukan slot rancangan yang baik.

Kenapa x tengok citer lain?
Sebab dah xde citer lain.
Ok. Aku tukar statement.
Bkn xde. Ada.
Tapi punya lah kelabu asap x nampak muka.
Kau kena faham.
Ni tv free kat bilik tv.
So kau expect apa?
Yang elok sikit pixel kejelasan ada dua jer.
JJCM dengan Twilight Saga.
Ouchhh. So ko rasa mana aku pilih?

Sambil aku tengok tv sambil aku gigit-gigit manja handphone aku.
Sedar-sedar dah tinggal separuh.
Punyalah aku lapar.

Nampak tipunya.

Cakap pasal makan, aku craving giler 5 benda ni sekarang. (ekceli banyak lagi) haha

(1) bubur tepung

c&p from : shiedaaniszue.blogspot.com

(2) roti jala kuah kari

c&p from : sendukjebat.blogspot.com

(3) cream puff

c&p from : resepicikruby.blogspot.com

(4) sata

c&p from : naeltrg.blogspot.com
(5) ketupat sotong

c&p from : umibatrisya.blogspot.com

Kalaulah dapat ni.
Alahaiiiiiiiii.

entry ni pending dari dua bulan lepas lagi, time tersadai atas sofa kat bilik reha siswa kolej kediaman taman bahagia, kangar. even dah dua bulan, and now jadi perantau jalanan di johore, aku still craving benda alah ni. lagi-lagi tengah bulan puasa. alahaiiii


p/s: notabulukaki - ni lah nasib seorang perantau. eceh. sabarlah duhai hati. 

Saturday, July 5, 2014

Slot Infiniti - Prologue Jalanan

Dalam diam tidak terasa.
Susur masa berganti masa.
Ada rasa yang kekal rasa.
Dalam waktu yang tersisa.

4 tahun susur masa dilalui.

Ada rasa yang terseksa.
Ada jatuh yang menghenyak jiwa.
Ada butir kata yang menyesak dada.

4 tahun susur masa dilalui.

Ada kata yang membunga.
Ada jiwa yang bahagia.
Ada anugerah yang berbisa.

Add caption


Sungguh.
Saat titik permulaan dahulu.
Siapa sangka di sini akhirnya?
Bersama kita bermula.
Harap bersama juga kita di akhirnya.

Pada Dia kita bermohon.
Agar kuatkan semangat yang rapuh.
Agar kukuhkan harapan yang merimbun.
Agar tegapkan tubuh agar terus lincah berlari.

May Allah ease.
May Allah bless us.

p/s : notabulukaki - seminggu sudah pengakhiran ini. selamat berjaya buat kita.

Monday, June 23, 2014

Slot Infiniti - Anekdote Pena Buta

Kau, kau, kau, dan aku.
Bersama kita mencipta kita.
Bersama kita merangkak.
Hajatnya mahu bersama mendaki puncak.

Aduh.
Aku terjatuh.
Kaki terseliuh.
Tangga sudah di depan mata.
Kau, kau, dan kau sudah tiba di kaki tangga.
Aku? Masih merangkak di lantai yang sama.

Ayuh! Lekas!
Sebelum masa itu tiba.
Sebelum akhir itu tiba.
Itu kata kau.
Pada aku.

Dalam payah.
Dalam susah.
Aku cuba bangkit.
Tapi terjelepok aku.
Untuk sekali lagi.
Lantai terlalu licin.
Kata aku. Jujur.
Aku tak mampu.
Tutur aku. Juga jujur.

Usaha! Cuba!
Kami menunggu.
Jangan putus asa.
Kami menanti.

Terima kasih.
Semangat aku kuatkan.
Tangan aku kepalkan.
Langkah aku susunkan.

Aduhhhh.
Kondisi tetap memburuk.
Lantai marmar yang dulunya cantik.
Tersusun indah. Rata. Mulai retak. Pecah.
Menjadi kepingan-kepingan yang melukakan.

Ayuh! Bangun!
Sambut tanganku.
Kata kau.
Terima kasih.
Sabar. Kuat.
Diri aku.

Dalam genang mata.
Dalam darah menitis.
Kembali ku maju.
Walau sekadar merangkak.
Alhamdulillah.

Kutiba ke destinasi.
Tangga sudah di hujung jari.
Kau, kau, kau, dan aku.
Kembali menjadi kita.

Ayuh kita daki.
Kata aku.
Menuju ke puncak realiti.
Kau, kau dan kau.
Senyum.

Dari bawah ku dongak ke atas.
Kau, kau, dan kau.
Gigih mendaki tangga-tangga.
Bersama kita daki.
Semoga bersama ke sana.

Aduhhhh.
Entah mana silapnya.
Sekali lagi aku jatuh.
Darah yang menitis mulai menggila.
Licin kaki dek darah mengalir.
Kaki hilang pegangan.
Graviti menghulur tangan.
Menyambut aku keras ke dasar.

Ayuh! Ayuh!
Terlalu jauh untukku hulur tangan.
Tapi ayuh! Teruskan!
Bangun kau sekali lagi.
Kata kau.

Sudah! Sudah!
Masa kian suntuk.
Kau sudah hampir ke penamat.
Usah ditunggu aku.
Tidak akan sempat aku mengejar.
Pergilah terus dan terus.
Teruslah kamu daki hingga ke sana.
Walau tanpa aku.

Tapi. 
Kita mulakan ini bersama.
Ayuh kita tamatkan bersama.

Tidak.
Masa bukan milik aku.
Teruskanlah.
Aku redha sendiri.
Ini takdir aku.
Teruskanlah.
Aku doakan kau.

Janjilah padaku.
Kau akan terus kuat.
Mulakanlah walau dari mula.
Kami akan tunggu kau di sana.

Baik! Baik!
Itu juga hajat aku.
Selamat tinggal.
Aku akan terus mengorak langkah.
Akan ku ingat janji kita.
Untuk berjumpa di sana.

Masa tidak akan menunggu.
Peluang tidak akan menanti.
Aku harus terus berdiri.
Agar hajat dan usaha selari.
Akan ku sisip kemas menjadi janji.
Biar tersemat di hati dan sanubari.

Jika benar aku terlambat tiba ke destinasi.
Dan kau, kau dan kau sudah jauh berlari.
Ingatlah aku di sini.
Seorang diri.
Berjuang.

InsyaAllah.

p/s : Kunfayakun. Dalam penuh pengharapan, tanpa sesalan, takdir Tuhan akan menentukan.

Friday, June 20, 2014

Slot Infiniti - Monologue

Hari ini seharian Harry habiskan bertapa di perpustakaan.
Bertungkus lumus menghabiskan bacaan.
Demi persiapan peperiksaan akhir.

Hari ini juga Harry habiskan menjadi seorang hipokrit.
Memakai topeng muka pelindung nurani sendiri.
Kononnya luar tenang, tapi dalam berbolak balik.

Hari ini juga Harry menjadi seorang manusia lemah.
Air mata dan ego lelaki bertahun tiba-tiba cair.
Gugur tanpa dibendung depan sahabat.

Lemahnya seorang manusia.

Harry baringkan diri.
Penat menelaah.
Pusing memikir masalah.
Letih mencari solusi.
Lelah memujuk diri.

Sahabat sudah lama ke dunia fantasi.
Mimpikan yang indah-indah ya sahabat.

Harry masih termenung.
Memikirkan nasib diri.
Harapan bertahun hancur dan lebur.
Seolah nyawa di hujung tanduk.
Keadaan diri dalam kepungan asap tebal.
Asap kejamnya dunia tanpa toleransi.

Harry sejukkan diri dengan wuduk.
Pelikat dikemaskan.
Sejadah dibentangkan.
Hanya pada Dia perlu bersujud.

Solat Isyak 4 rakaat.
Hati gundah. Oh berdosanya tidak kusyuk.
Seolah-olah tidak ikhlas menghadap Dia.

Solat hajat 2 rakaat.
Mohon diampunkan dosa.
Mohon diampunkan khilaf diri.

Assalamualaikum Warahmatullah.
 Assalamualaikum Warahmatullah.

Harry menadah tangan.
Masa untuk kembali berserah pada Dia.

Mohon dikuatkan kaki untuk terus berdiri.
Mohon disejukkan jiwa yang runsing.
Mohon ditenangkan hati yang gundah.
Mohon diberi semangat yang kuat.
Mohon dikurnia sabar yang hebat.

Mohon juga dipermudah segalanya.
Mohon juga dilancarkan semuanya.
Jangan ditarik apa yang telah diberi.
Jangan berhenti memberi untuk sekelian kalinya.

Tangan diraup ke muka.
Tanda selesai dalam pengharapan.

Semoga kemelut berakhir seperti dirancang.
Semoga usaha tidak ke longkang.
Semoga peperiksaan lulus cemerlang.
Semoga semua berakhir tenang.

Allah Allah Allah.
Terima kasih sahabat.

Semoga esok bawa berita gembira.
Semoga esok bertiup roh sejiwa.
Semoga esok ada aura bahagia.

p/s : 20/06/2014. 1:32am.

Wednesday, June 11, 2014

Makan.

Pejam celik pejam celik.
Dah nak habis degree dah.
To be exact, tinggal kurang 3 minggu lg.

Menghampiri hujung-hujung degree life ni, aku spend time dengan kawan2 aku mostly dekat kedai makan.
Pergi balik satu persatu kedai makan best yang jafi feveret lepak kitorang melantak since mula2 kenal sampai sekarang.
List kedai feveret dh makin kurang sebab dlm masa 4 tahun bnyk kedai yang bungkus. I mean bukan nasi bungkus tapi betul2 bungkus.
Mungkin dana keuntungan dari kami tidak mencukupi untuk putaran niaga mereka.
Tapi tak mungkin. Ni mesti kes orang dalam songlap duit.

Macam tadi. Tapi hampa sebab kedai tu tutup. Last2 mkn kedai lain. Cam nokharom jer redah hujan.

p/s: next venue, dominos habiskan baucer. Haha

Wednesday, May 28, 2014

All of Me

"Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning‘
Cause I give you all, all of me
And you give me all, all of you"

Everytime I am happy.
Or gets a little bit excited.
I always listen to this song.

"How many times do I have to tell you
Even when you’re crying you’re beautiful too
The world is beating you down,
I’m around through every move
You’re my downfall, you’re my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can’t stop singing, it’s ringing, I my head for you"

Because,
It never fail to neutralize my mood.

"My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind"

p/s : notabulukaki - ayuh ber fyp.