Thursday, March 5, 2015

Obsesi Baru.

Xing Qi terasa gelisah.
Seolah-olah ada yang kurang.

Dia pandang ke kiri.
Dia pandang ke kanan.

Terasa ada yang memanggil pulang segera.

Jejaka 24 tahun bujang trang tang tang itu kemudiannya mengemas dokumen2 bersepah di atas mejanya dan bersiap untik pulang ke rumah.

Sepanjang perjalanan, Xing Qi mahu segera sampai ke runah.

Jalan short cut dilalui eventhough jalannya sedikit tidak proper, dek rosak dilalui jentera muatan berat sehari-hari.

Tapi hari ini,
Seolah ada rindu bertamu di jiwa.
Seolah ada resah bersarang di hati.
Biar jalan rosak, bergelora seperti diri.
Asalkan dua kaki segera berpijak ke rumah.

Usai masuk ke ruang tamu,
Segera Xing Qi menapak ke bilik.
Pintu bilik dikuak segera tanpa berlengah.

Alangkah terkejutnya Xing Qi melihat ke satu sudut biliknya.
Patut saja hatinya berdetak dentum bagai ada yang memanggilnya.

Anak-anaknya sudah gelisah menantikannya.
Segera diletak kunci kereta, beg dan segala yang dipegang ke meja.

Makanan ikan guppy berbentuk kepingan segera dicapai.
Ditabur beberapa kepingan kecil ke permukaan air.

Berkocak air akuarium.
Anak-anaknya mengerumuni.
Kelaparan rupanya anak Xing Qi.

Jauh di sudut hati,
Xing Qi berkata,
"Sorry Papa lambat".

And yes, Xing Qi baru bela ikan guppy.
12 ekor.

Obses?
Mungkin.
Sudah biasa.

Berapa lama?
Tunggu saja.

Ngeh ngeh ngeh.

Nah gua belanja gambar ikan Xing Qi.


No comments:

Post a Comment