Monday, April 28, 2014

My Unlucky Life.

In life, kau akan selalu berhadapan dengan keadaan di mana kau tak dapat benda yang kau rancang.
Mesti lari sikit. Either lebih baik, or mungkin dunia kejam, kau dapat benda lebih teruk daripada yang kau rancang.

Life is hard. It is the truth. Nak tak nak, kau kena telan semua tu. Tawar ke pahit ke. You got no choice.
By hook or by crook, with or without nerves, life must be go on.

Dalam dua minggu ni, shit happens to me. A lot. I'm having hard time handling my own life. 
Dengan test berderet. Masa macam tak cukup nak kejar cover syllabus. Lagi haru, still tak dapat jawab test tu. Kelas yang aku tak dapat catch up apa yang lecturer ajar kat depan. Even skills math aku dah makin pupus aku rasa. Benda simple pon lost entah ke mana. Kelas yang aku terpaksa tuang sebab personal reason. Lab fyp yang data macam tak kena. Progress fyp yang terbantut. Personal problem lagi. Lab edm yang asyik problem sampai tak boleh nak setelkan even satu workpiece pon lagi.

Semua datang serentak. Berkecamuk luar dan dalam. Dah macam blender. Blend jer semua sekaligus. jadi smoothies. Cuma tak ada pearl. Kalau ada, aku dah lama makan sambil doa problem-problem macam ni, sila datang lagi lain kali, so that boleh dapat smoothies free buatan sendiri.

Sikit dan sikit dan sikit lagi. Semangat aku makin remuk. Remuk yang membengkak. Bengkak yang sikit lagi nak membentak. Membentak yang kalah memberontak.

Faham. Memang aku faham. Adat hidup manusia ni, memang tak boleh lari dari ujian segala petala ni. Hidup sebagai manusia bergelar student pulak memang tough. La kononnya. Tapi yang buatkan aku rasa hopeless gila bukan sebab ketidak"tough"an aku nak handle and encounter benda-benda ni semua, tapi sebab smoothies tadi lah. Smoothies kalau dibuat daripada bahan asas, ais, pemanis, perasa dan aksesori macam pearl tadi tu, ok lagi. Sedap jer rasa. Dah cukup sempurna. Tapi smoothies yang bahan pulun kemain banyak, rasa dia dah jadi eksotik. Ridiculous. Sampai tahap nak menghabiskan tu dah jadi unbearable. Maka, dengan penuh hormatnya, terbiarlah smoothies tadi di sudut meja tak bersentuh. Mujur sudut meja, kalau sudut tong sampah ke, sudut lantai ke, sudut longkang ke?

Lab EDM pon satu. Apa lah payah sangat. Nak book, penuh. So tunggulah slot kosong lepas cuti mid-term. Bila dah dapat, workpiece pulak problem. Tak rata. So tak boleh nak dapat depth micron-size. Then tukar workpiece. Sekali dengan design dengan cutting tool sekali kena tukar. 360 degree punya back up plan. Oh damn even lepas biar machine tu run overnight pon still problem jugak. Cutting tool haus lah pulak. Separuh jalan jer machine gerak. Alahaiii. Sekarang macam mana ni? Bila lagi free nak book? Nak kena tengok slot free balik. Nak kena cari cutting tool balik. Nak start balik dari awal? Arghhh stresss. Makanan mana makanan?



p/s: notabulukaki - I am mentally tired. Exhausted. Rasa nak tekan button pause and hit play whenever I am ready to go. 

Friday, April 25, 2014

Ini Sarcasm.

Aku baru tersedar something.
Realiti depan mata belum tentu realiti yang nyata.
Faham apa yang aku sampaikan?

******
Bukan kau? Ok fine.
Bukan kawan-kawan kau? Ok fine.

Then with humble heart, I regard it as a hint dari Dia.
Mungkin Dia yang hidupkan someone stranger daripada tidur.
Bukak facebook and post something on that page.
Di mana secara kebetulannya semuanya menghampiri realiti kita.
The name and the situation too much alike with us.

******

KEBETULAN.

Atau bukan kebetulan?
Mungkin mimpi barangkali.

Haha.

p/s: notabulukaki - It's funny thinking how people think. Haha.

Wednesday, April 23, 2014

Dream



It's funny what-so-called a dream can be regard as a hint of what is going on in real life of real people.

Me too, had a dreams. Before, now, and then. A lot.

But none was used as a weapon to misjudged people starring in my dreams. Or used as a ticket for me to behave inappropriately.

Maybe because I know myself. Where I stand. Where my place. I'm not perfect. I'm not maksum.

Mimpi mainan tidur. Gangguan syaitan. Bila mimpi dan realiti dah tak seiring, otak mencipta fantasi. Konon realiti melalui mimpi. Otak yang fragile kemudian memilih untuk percaya pada fantasi. Konon mimpi dan instinct, hint Dia yang bagi.




p/s: notabulukaki - if you dare to dream and believe it, why don't you dare to sit back and digest reality?

Sunday, April 20, 2014

Slot Infiniti - Kisah Kayla Si Gadis Misteri (Part 4)

Dia berhenti.
Dia pandang aku.
Tangan dia perlahan memeluk lengan aku.
Mata bertentang mata.
Kepala dia berlabuh di dada aku.

Semacam mahu melepas lelah.
Ada ombak dalam nafasnya.
Mungkin menahan resah.
Atau menahan emosi yang semakin berat?
Aku makin x faham dengan dia.

Kejap.
Aku dah confuse mana halatuju cerita ni.
Tema memori lama ke tema 18sx?
Kahkahkahkahkahkah.

Aku tolak dia secara baik.
Mengingatkan keadaan, masa, dan tempat yang xsesuai.
Ecehhh. Tak, tak. Bukan macam tu.
X manis dipandang orang.
Student dan di tempat awam.
Mudah berlaku misunderstanding.

Dia senyum.
Faham barangkali.
Dia pandang ke tengah school.
Jalan lapang susur 4 penjuru.
Ada 4 ke 5 orang students berjalan pulang.
Jam sudah hampir 6.15 petang.
Mahu ke tempat bas mungkin.

Kayla hanya diam.
Entah apa yang berada dalam fikiran Kayla.
Mencari kisah lain mungkin.
Awkward silence moment seketika.

"Ha. Ingat Tahun Satu Semester Dua dulu. Sukan antara PPK. Satu kelas awak involve dengan Pertandingan Menghias Khemah. Ingat? Yang khemah tema warna jingga. Korang semua namakan Samurai Jingga. Yang satu kelas turun potong buluh, siapkan senjata decoy, siapkan kolam ikan, decorations, and etcetera. Siap buat kerja seharian. Dari pagi ke petang ke malam. Punya la gigih sampai si K terjelepok jatuh luar kelas. X cukup tido dengan penat punya pasal? Ingat? Haha. Lepastu time hari bertanding, duduk berkampung bawah khemah tunggu judge datang. Tapi rupanya hari Ahad baru judge datang. Siap H main gitar. Korang reka lagu nyanyi depan judge. Last strategi nak kalahkan PPK Pipit aka PPIPT kat sebelah punya pasal. Haha. Kelakar betul. Last-last finally korang menang jugak. Dapat nombor satu. Balik rumah naik bas ramai-ramai. Muka sorang-sorang sengih sampai ke telinga. Penat tiba-tiba hilang macam tu jer. Sampai hostel Wang Ulu, lepak kedai makan tepi jalan kat tempat bas tu, cerita punyalah excited, scroll-scroll gambar dekat camera. Puas tak terkata muka sorang-sorang. Awak. Awak rindu x kenangan tu?"

Yes. I am.
Surely I will cherish all that memories.
No doubt.

"Awak,”

Perlahan jer suara dia.
Antara dengar dengan tidak.
Ada getar dalam nada.
Seolah makin rapuh tertelan dek emosi.

“Awak, tinggal berapa bulan lagi awak nak habiskan degree awak ni. Degree awak yang dulunya awak x nampak rupa. X nampak hala tuju. Journey awak dah hampir sampai penghujung. Awak menghitung hari tinggalkan tempat ni. Every inch of this place has you in it. Remember it well. Use every seconds of the remaining time to develope more and more memories. Believe me, it is worth to remember.”

Jauh dia termenung.
Kubah library di kejauhan dipandang.
Ada titik jernih jatuh ke pipinya.
Ahh perempuan.
Terlalu mudah jatuh dalam emosi.
Terlalu jujur mengekspresikan diri.
Terlalu suka bermain dengan air mata.

“I will miss you, Fakhrul. I will."

Aku palingkan muka.
Mengelak menjadi lelaki budiman.
Penahan air mata yang mengalir.
Aku pilih untuk berdiam diri.
Takut dalam pada aku menenangkan dia, aku tersungkur sama dalam lautan emosi yang dia cipta.
Aku masih rasional.
Aku masih berpegang kepada realiti.
Ego lelaki masih terpahat di sanubari.
Kami berdua sunyi sepi.

"Was it you who spoke the words that things would happen but not to me,
Oh things are gonna happen naturally,
Oh taking your advice I'm looking on the bright side."

Lagu "You and I Both" nyanyian Jason Mraz memecahkan silent moment sedari tadi.
Aku pandang dia.
Literally meminta izin menjawab panggilan.
Dia senyum. Dia angguk perlahan.

"Hello, bro. Aku dah setel. Ko mana? Jom balik."
"Ok2. Jap aku datang."

Handphone samsung berusia 2 tahun aku slide kemas.
Menamatkan panggilan sesegera mungkin.
Kepalaku berpaling mahu memandang dia.
Secara hormatnya maahu meminta diri.
Mahu juga meminta cara menghubungi.
Terasa aku dan dia terlalu dekat.
Terlalu banyak persoalan belum terjawab.
Mahu mengikat pertemuan singkat ini menjadi perkenalan.
Mahu ikhlas bersahabat.

"Kayla. I got to ..."

I am speechless. Dia sudah tiada di sisi.
Baru sekejap aku berpaling.
Tak sampai berapa minit.
Dia dah tiada.
Harumnya bau dia masih aku hidu.
Puas aku mencari tidak ketemu.

Aku menapak hampa ke arah member aku.
Confuse apa yang terjadi.
Siapa Kayla sebenarnya?
Pencuri hati yang seketika.
Pengimbau memori lama.

Time ticking.
Makin jauh kita tinggalkan masa silam.
But memories will remain forever.

To you Kayla,
Thanks.
Thanks for remind me the old me.
The pillar of me today.
Thanks a lot.

-THE END-


p/s : notabulukaki -  PART 1 , PART 2 , PART 3 <= PREVIOUS

Btw kan Kayla tu imaginary character jer. Aku yang teringat cerita lama tu sendiri hari tu. Kahkahkah

Saturday, April 19, 2014

I'm FREEEEE....for now.

Finally!!!
I am done.
At least for now.

Isnin, 13/4/2014 - Kelas
Selasa, 14/4/2014 - Kelas + Lab EDM die sinker + Test Micromachining + Report Society
Rabu, 15/4/2014 - Kelas + Lab Compression + Test Eng. Society + Report Society
Khamis, 16/4/2014 - Kelas + Pre-test + Submit report society + Report Micromachining
Jumaat, 17/4/2014 - Submit report micromachining + FYP Talk + Analysis Lab Compression

Exhausted. Hectic. A lot of time.

Time to eat properly.
Sleep tightly.

Analysis Compression, FYP, Test Vibration, Meeting FYP, Lab EDM Part 2, etcetera

Kindly wait for your turn.
You will be served in a moment.

meowwwwwww


p/s: notabulukaki - Chiawwwww. Gua nak rehat.

Friday, April 18, 2014

Poem - Failure

Suddenly I'm drowning,
Into an unexplainable emotions,
Am I exaggerating,
Am I over-reacting,
Am I over-thinking,
Or the world seems to be mean?

I'm trying,
Trying so hard to chill down,
Though I know I can't,
Though I know I won't.

God,
Do you ignore me?
No He not.

I'm breathing,
I'm fighting,
I'm struggling,
But yet I'm defeating,

All the hopes,
All the dreams,
All the strengths,
Stumble upon a failure,
Ouch I'm crushing,
Into scattered pieces.

I woke up one day,
Hugged by the silent truth,
Realising my life not as I dreamt.

Trying to loosen up my body,
Trying to escape,
Trying to figure out,
The lame future of me,
Though I know it's hurt,
That I might not be what I wanna be.

Trying to be perfect,
Thought it is what maturity might be,
But no,
It is fantasy,
It's more immature,
And that's silently killing me,
Without any awareness.

All the failures,
All the sadness,
All the disappointment,
It makes me falling down,
To the hard ground,
Over and over again.

Everytime I fall,
I stand up,
I shed the tears,
I wipe the blood,
I wrap the wound,
Ready to walk again.

I might be dying,
But I die fighting.



Wednesday, April 16, 2014

Trauma

Ajal maut.
Jodoh pertemuan.
Semua di tangan Tuhan.

Aku tak reti berenang.
It's a fact.

***

SCENE 1
Aku still ingat.
Aku duduk atas batu.
Maybe dekat sungai.
Biasalah memori budak hingusan.
Then suddenly aku terjatuh.
Batu tu licin.
Aku fall into the water.
I'm drowning by myself.
Aku takut gila.
Orang lain tak sedar.
Eventhough ramai jugak kat sekeliling.
Then masa aku struggle all alone untuk survive ke permukaan.
Then I sees a hand reaching out for me.
Kabur but seriously I sees a hand reaching out for me there.
Tarik aku ke atas.
Until now I don't know who's hand is that.

***

SCENE 2
Once again.
Aku still ingat.
Aku dekat kampung.
Aku follow Ayah dengan pakcik aku pergi pantai.
Air tengah surut.
Ayah dengan pakcik nak tangkap ketam.
(Maybe la. Once again memori kabur budak hingusan)
Ayah dah warn aku awal-awal duduk tepi jaga Adik jangan main air.
Aku just main-main pasir pantai.
Celup-celup kaki dekat gigi air.
Kacau-kacau ketam kecik.
Kuti-kutip kulit kerang,
Tapi naluri budak lelaki buas yang curious.
Aku ingkar arahan Ayah.
Aku masuk air.
Try pergi dekat Ayah.
Kononnya Ayah takkan marah kalau aku dah ada kat sana.
But how hard I try, aku still tak sampai kat tengah tu.
Kudrat budak kecik mungkin.
Terasa jauh jer.
Suddenly dari kejauhan aku nampak ombak datang.
Air dah start pasang.
Aku takut giler.
Aku patah balik.
Tapi ombak lagi laju.
Ombak tolak aku sampai jatuh.
Once again I'm drowning.
This time I'm real all alone.
There's no hands reaching out for me.
Aku try pijak dasar.
Tapi aku nampak lubang kat dasar.
Yang buatkan aku lagi drowning to the bottom.
Dalam pedih mata air laut.
Kaki dapat jugak jejak dasar.
Ombak tak kejam.
Tuhan masih sayang.
Ombak bawak aku ke darat.
Aku naik cepat-cepat ke darat.
Tarik nafas sambil takut Ayah nampak.
Mujur Ayah tak perasan.
Takut memang takut.
Takut lagi Ayah marah.

***

Dua scene ni entah kenapa.
Walau kabur dari ingatan.
Benda ni keep hunting me.
Every time I involve with water.
Tak kisah lah sungai ke laut ke swimming pool ke.
Macam trauma sangat.
But I try my best to overcome this.
Aku join member-member main air.
Berendam konon-konon swimming pon ok lah.
Diorang ajar cara berenang.
Hahaha.

Tapi until I came back home for this mid-semester break.
I receive a huge news.
Ayah almost lemas time memancing kat air terjun.
Tali air datang tanpa diduga.
Licin nak ke darat jatuh tak dijangka.
Selamat sebab kawan tarik kolar baju.
Kaki tangan dah luka calar balar.
Badan dah lembik takde tenaga.

A few days before I came back home.
Nobody tell me a thing.
Not even Mama.
Alasannya nothing's happen.
Taknak cause a riot dekat anak-anak.
Aku kononnya busy and dah dekat nak balik.
Si Angah kononnya sebab tengah finak exam.
Taknak kami risau.
Allah, risaunya aku.
Mendengarkan cerita.
Seorang kawan Ayah meninggal.
What hurts me deep inside is Ayah pon almost be the victim.
Astraghfirullahalazim.

Terima kasih Kau panjangkan jodoh Mama dengan Ayah,
Terima kasih Kau panjangkan umur Ayah.
Terima kasih Kau panjangkan peluang Ayah tengok aku dengan Angah graduate berapa bulan lagi ni.
Terima kasih Kau panjangkan peluang Ayah tengok aku kerja berapa bulan lagi.
Terima kasih Kau panjangkan tanggungjawab Ayah menghantar Angah dengan Alang sambung belajar berapa bulan lagi ni.

Panjangkanlah umur. Murahkanlah rezeki. Sihatkanlah tubuh badan. Permudahkanlah jalan.

Lahaulawalakuwwataillabilahil aliyyilazimmm.