Thursday, July 4, 2019

Awan

Tik tik tik tik tik tik

Jam berdetak.
Kipas berputar.

Silau matahari memaksa mata dibuka.
Jam sisi dikerling, 12.36pm.

23/02/2019

Noah dan Orked di sofa sisi, perhati burung yang bertenggek di tepi jendela kamar Sky Loft ini.

Tipikal.

Pintu kamar dikuak.
Cermin di ruang hallway ini cukup lebar dan besar untuk memantul imej figura lelaki bujang tipikal.

Usai cuci muka dan berus gigi, terus ke dapur bujang.

Lagu instrumental "Move" sengaja dibuka buat penaik semangat pagi.

Hajat hati hendak bersarapan ditukar menu menjadi brunch.
Menu rendang mahu dicuba hari ini.

Sementara menunggu bahan mentah "defrost", semangkuk cereal dengan susu segar dibawa ke balkoni depan.

Imej direntap retina dan iris mataku.
Hasil perspektif daripada tingkat 33.
Duduk menghadap hamparan muka bumi sibuk Johor Bahru.
Demografik Singapura nun di sebelah kanan balkoni.

Di sebelah kanan balkoni tersusun segar tumbuhan menghijau. 
Rak 6 tingkat tersusun penuh pokok yang segan-segan mengeluarkan bunganya.
Orked hutan di kiri dan kanan rancak berbunga, terjuntai jatuh menaikkan seri balkoni berlantaikan permaidani rumput tiruan. 
Seolah efek taman di hutan batu.
Bezanya, tidak berpijak pada tanah.

Di sebelah kiri balkoni, berbelakangkan aku, mengalir mini waterfall yang menambah elemen alam.
Bunyi air yang mengunsurkan ketenangan berkocak dek ikan-ikan kecil yang berebutkan "fish flakes", sejenis makanan ikan berkeping-keping seperti carikan kertas berwarna-warni.

Noah berlari-lari ke ruang tamu sebelum berhenti di muka pintu balkoni.
Memandang aku yang berada di luar, terpisah dengannya dek pintu kaca sebagai benteng keselamatan mereka.

Orked berlari ke yard dapur.
Lapar barangkali. 
Noah mengekori Orked.

Hari ini hari yang tenang.
Hari untuk berfikir masa depan.
Tentang soal hidup dan juga pilihan.

9 April. 

Ya, sudah bertambah usia.

Di mana hidup yang kini bukan lagi hidup yang dahulu.

Aku scroll gambar-gambar lama.
Gambar ketika muda remaja.
Gambar hingusan.

Betapa hancurnya hati dihenyak realiti.
Dunia bukan lagi sekadar fantasi.

Aku berpijak pada realiti.
Aku bukan lagi aku yang dulu.

Aku harus menjadi sakti.
Masa tiada galang ganti.
Ibarat acuan yang perlu diisi.

Aku bangun. 
Bahan mentah disimpan semula ke dalam peti.
Aku kembali ke dalam kamar sepi.

Aku mahu tidur lagi.

Alang-alang di awan biru.

Kasi can lah aku menyambung mimpi.

Wednesday, January 31, 2018

Good Luck

31 Januari 2018
Titik noktah pada 31 hari baharu di tahun yang baharu.
31 hari semakin hampir pada yang sedang diperjuangkan manusia di jagat raya.
.
Alhamdulillah berkat izin Allah, 31 hari yang ada ini sangat dipermudahkan baik daripada rezeki yang melimpah datang tanpa aku sangka dan undang, juga daripada segi emosi yang ditenteramkan.
.
Penambahan 3 lagi sumber income dan kali ini pasif tentunya, daripada sini dan sana walau sedikit tapi jadilah buat aku yang sudah maksima penggunaan masanya ini.
.
Dan yang pertamanya, seperti yang sudah aku rencanakan tahun lepas. Aku sudah tesign daripada satu pusat tuisyen kononnya pada masa itu, nak kurangkan penggunaan masa supaya boleh berehat dan seterusnya memudahkan urusan mempersiapkan majlis nikah dan kahwin kononnya.
.
Tapi lagi cantik rupanya yang dia susun. :)
.
Since aku dh voice out yang 2018 I wont teach there any longer, regardless how the principal pujuk aku dah tekad bulat2 dalam hati tetap nak resign. And this year aku ada masa free utk fokus pada  kelas sarjana dan seterusnya soal hidup mungkin?
.
Allah susun sangat cantik. Ada income lain yang diganti tanpa perlu aku kerja sekeras 2017. Gaji tutor aku yang sedia ada dinaikkan. Unexpected yet beautiful plan from Him, I guess.
.
Then datangnya satu subjek yang paling aku rindu nak ajar daripada dulu. Add maths. Allah memungkinkan rezeki terbuka utk aku pegang dan ajar Add Maths ni walau aku tak cari. Lol.
Sekali lagi cantik susunan takdir dia.
.
Dan passive income of course. Entah rahsia dia. Dipermudahkan sangat semuanya. Rezeki dia nak ganti buat menanggung Miss Red mungkin? Haha.
.
And good luck to myself over the hectic schedule this year. Sampai membe siap menganjing, kerja makin teruk daripada tahun lepas dah kenapa? Putus cinta ke apa? The hell no. Jadah dia cinta pembawakan macam tu. Regard it as my stupid ignorant judgement yang expect something too much from someone too successful kononnya. Yang tersedia segala benda. Yang konon jalan hidup dia paling sempurna. Yang jiwa dan raga dia paling gagah tak berhenti setengah jalan katanya. Sedangkan aku macam lalang lembiknya semangat aku.
.
Aku heret kaki duduk hujung bucu dinding diam2. Muhasabah diri. Silap aku dekat mana. Well that phase of hugging myself tenung dinding hujung bucu bilik tak boleh tidur insomnia dah berakhir. I dont give a damn anymore.
.
Good luck my dear self, over this hectic schedule.
.
Which I dont have any intention to share here, knowing that here is no longer safe space for my secret escape to rant out about my hectic and once messy life. Knowing that someone stranger will know too much about me is terrifying enough for me to move on.
.
Life is pathetic isnt?
.
Bye. And good luck.

Sunday, December 17, 2017

Penulis Tanpa Buku

Sepurnama duduk di tepi pintu.
Menelaah akan rentak tari dunia.
Dalam sunyi aku simpulkan sesuatu.

Ayuh kemari wahai penari tidak berlagu.
Ayuh kemari wahai pelakon yang bisu.
Ayuh kemari wahai penulis tanpa buku.

Aku mahu ceriterakan sesuatu akan apa yang aku lalu.
Tentang mereka di sekeliling aku.

******

CERITA 1; 

Aku punya teman. Raden namanya. Seusai tamat pengajian si Raden, dia cuba sedayanya membaik apa ada hidupnya yang berteman ibu dan dua beradiknya. Sementelah sudah graduasi. Dan beberapa purnama nikmat hasil gajiannya diterima. Dan seusai diskusi seisi keluarga. Juga mencongak akan peri pentingnya pengaliran wang gajiannya nanti, Raden sepakat membeli sebiji kenderaan, kereta baru untuk lebih tepatnya.

Ini yang dibunyikan orang di sekelilingnya.

"Baru graduasi, kerja tidak berapa tahun sudah keluar kereta baru. Baik diguna untuk modal sambung belajar biar lebih tinggi. Atau dimewahkan sahaja ibu dan bapa yang mengandung dan membesarkannya."

"Anak muda terlalu ikutkan hati dan rasa. Orang lain punya kereta dia juga kepingin milikinya. Lihat aku dulu, kerja keras selepas berapa tahun depannya, lepas menikah anak satu, baru aku beli kereta itu. Itupun kereta berlepas dari tangan ke tangan bukan yang baru."

"Dasar budak muda. Mahu gah sahaja sama temannya. Motornya sahaja aku lihat baik-baik sahaja. Jika benar perlu kereta sekalipun, kenapa tidak kereta bekas orang sahaja dibeli, Bukankah lebih jimat di situ?"

Di balik megahnya manusia hina dina melemparkan kata, tidak sekelumitpun mereka cuba menilai apa yang berada di benak fikirannya si Raden. Dan kenapa begini dan begitu keputusannya si Raden.

Ini aku, temannya si Raden. Apa kau tahu Raden ini keluarganya berpecah? Ayahnya menikah lain dan diceraikan ibunya. Maka ibunya bersusah bergolok bergadai membesarkan si Raden dan adik-adiknya sebaik mungkin. Yang mereka punya hanya 3. 3 motor usang. yang mana sebiji Raden gunakan berulang alik rumah ke kolej dan kini ke kerja. Sebiji lagi ibunya guna untuk urusan berulang alik ke kerja. Sebiji lagi digunakan dua lagi anaknya untuk urusan kecemasan sementelah mereka berdua tiada di rumah dan juga urusan persekolahannya.

Sudah berapa purnama Raden 4 beranak berulang alik ke kampung yang berjam jauhnya. Menaiki dua motor usang ini. Dengan risiko bahaya di mana-mana? Dan aku mahu tanya. Apa salah keputusan Raden ini? Bukan gah yang dia cari. Cukup selesa ibu dan adiknya cukup. Dan kau orang luar menggelupur seolahnya ikan tidak berjumpa air melepas kata yang bukan hak!

******

CERITA 2;




Aku punya teman sekuliahan sarjanaku. Panggil sahaja dia Jay. Jay ini kukira sudah 30-an umurnya. 35 tahun ya mungkin. Pernah aku utarakan persoalanku padanya, akan mengapa sudah seusia ini baru datang ilhamnya untuk menyambung sarjana ya walau separuh masa ini. Ringkas jawapannya,

"Kerana keadaan."

"Keadaan yang bagaimana?"

"Waktu aku masih muda dulu, seusia kamu. Aku sudah menekadkan diri aku untuk terus mengejar apa aku mahu. Sarjana dan kemudiannya Kedoktoran biar anak-anak dan isteri dan juga keluarga aku bangga akhirnya. Sudah ku mulai kuliahan aku. Bila mana bakal isteriku waktu itu (isteriku sekarang) seringkali depresi. Dia menyokong benar usaha aku. Cumanya mulut-mulut orang yang tidak punya ihsan. Bertanya mengapa dia belum juga menikah. Sedangkan sudah mahu hampir tarikh luput kata orang-orang itu. Dan pria mana yang tidak punya langsung toleransi untuk memikirkan apa yang dia fikir ini? Lalu aku memutuskan untuk berhenti sarjanaku dan menggunakan duit yang kukira akan digunakan untuk bahayaran kuliahanku itu, aku gunakan untuk menikahinya."

"Kamu tidak sesal? Kesal mungkin?"

"Sesal itu ada. Cumanya semua selesai saat aku melihat dia di belakangku pada hari pernikahan kami."

"Hidup tidak sekadar berurusan soal kita. Cumanya perlu ada dorongan keduanya agar dapat dilalui kuat sesamanya."

"Tapi kalau aku yang berada di tempat kamu, Jay. Bukan sokongan ku terima, tetapi makian. hehhh"

******

CERITA 3;

Aku punya teman. Pernah serumah denganku sebelum dia keluar kerana menikah. Dan teman itu, kenali sahaja sebagai Zain. Zain lulusan Diploma Kejuruteraan. Pernah sekali waktu Zain tidak di rumah, aku mengemaskan barangnya. Ada ternampak akan sijil Diplomanya itu. Salah aku mungkin melihatnya. Tetapi transkrip yang juga ada di sertakan sekali buat aku kagum sama dia. Betapa markah agregat  setiap semesternya sangat memberangsangkan. Aku yang lulusan ijazah kejuruteraan ini cukup tahu bahawa tidak mudah memperolehi apa yang dia punya itu.

Suatu petang, saat kami minum petang di kedai. Usai pulang daripada kerja. Aku tanyakan pada Zain, apa dia tidak mahu menyambung pengajiannya? Sementelah dia seringkali menceritakan perihal rakan seperjuangannya dahulu yang sudah bertebaran di muka bumi menyambung ijazah, dan ada yang di luar negara meneruskan pengajian sarjana dan kedoktoran mereka. Aku sebagai temannya si Zain yakin dia juga boleh.

"Aku tidak sepintar kamu. Lepas mendapatkan Diploma ini cukup seksa sudah bagi aku. Tidak aku bayangkan betapa seksanya aku meneruskan pengajian ijazah. Apa lagi sarjana dan kedoktoran."

Dan entah kenapa. Dia lupa. Bahawa aku teman serumahnya. Yang sama-sama menghantarnya pulang ke kampungnya saat kecemasan. Yang pernah bertemu walau tidak rasmi dengan keluarganya. Yang itu dan ini walau tidak punya terlalu banyak akses tentang hidup peribadinya aku sekurangnya tahu sedikit lebih walau tidak banyak tentangnya.

Aku tahu meneruskan pengajian berkisar soal wang. Sementelah gajiannya tidak semewah mana. Dan adik-adiknya Zaih masih kuliah. Dan ayah dan juga ibunya tidak datang dari latar keluarga yang senang. Aku tahu Zain sedang berkorban untuk keluarganya menjadi lebih baik.

******

Dan sementelah dunia berputar atas paksinya.
Begitu juga setiap manusia di perbentangannya.

Kita semua bergerak atas garis masa yang berbeza.

Maka, siapa kita mahu menjatuhkan dan menghamburkan kata-kata yang menyimpulkan soal pilihan hidup orang lainnya. Sedangkan apa yang terlihat hanyalah di permukaannya sahaja.

Disuruh menyelam lebih dalam, takut katanya.

Takut pada realiti mungkin.

Selamat malam wahai "penulis skrip" sketsa ini.
Yang merasakan dirinya cukup gah dan bagus menilai orang lainnya.
Sampaikan dia lupa, ada tuan "pengarah" yang lebih besar di atas sana melihat kesemuanya.

Ikhlas daripada aku,
si penari tidak berlagu.
si pelakon yang bisu.
si penulis tanpa buku.

******

Bilik Perbincangan ##,
Pelajar Pascasiswazah, Aras Dua,
Fakulti Penghakiman Kamu,
Universiti Caci dan Maki Kamu,
Johor Bahru.
 

Sunday, December 10, 2017

The Story of Ricky

Hujan rintik-rintik.
Wiper ditutup.
Aircond ditutup.
Push button ditekan.
Pintu di unlock.

Perlahan Ryan keluar daripada perut Miss Red.
Butang di sisi pintu ditekan.
Berlari anak ke kedai depan.

***

"Auntie. Itu pokok hidup punya ada?"
"Haiya boy. Finished already la. Next week only coming."
"Next week ha. Okay2. Kasi I satu palletized food. Kecil punya ha."
"Okay2 wait ha."

***

Dekorasi kedai lama yang tipikal.
Beg-beg kecil makanan haiwan disusun di rak yang bersebelahan dengan hiasan dan aksesori haiwan pelbagai jenis.

***

"Auntie. Ini guppy kasi saya 20 ekor. Kasi cincai lebih ha. Hah"
"Haiya boleh-boleh. I kasi you lebih dua ekor la. Cukup hor."

***

Kiri dan kanan dipenuhi deretan akuarium dengan pelbagai jenis ikan. Pelbagai ragam dan pelbagai harga tentunya. Cuma di sebalik ikan-ikan hiasan cantik di dereran 3 tingkat akuarium ini, terselit di hujungnya satu akuarium dengan anak-anak ikan emas pelbagai warna dan corak. Dull sekali akuariumnya. Tiada lampu. Tiada perhiasan. Air sudah mulai kotor. Entah berapa lama tidak ditukar. 

***

"Cute la goldfish ni auntie. Kenapa takde lampu. Kesian dia banyak-banyak dalam ni sempit sudah."
"Haiya boy. Itu ikan kasi ikan makan punya."
"Ha?! Kasi ikan makan? Kesian la dia auntie."

***

Aku tenung akuarium ini.
Akuarium kotor ini.
Dan ikan-ikan emas kecil yang berenang tidak bebas.
Sempit sekali ruangnya.
Entah kenapa rasa sayu.
Seolah-olah setiap ekor daripadanya mencuba berkomunikasi.
Betapa tidak rela dijadikan santapan ikan lainnya.

***

Ricky dikejar laju.
Ada dua tiga makhluk jahat besar dengan gigi berserigai laju cuba menerkam Ricky.
Ricky sempat toleh ke kiri dan kananya.
Rakan-rakannya bertempiaran cuba menyelamatkan diri tanpa mempedulikan sekeliling.
Arah tuju sudah di luar daripada definisi kata.
Tidak kira ke mana asalkan terselamat.

Tiba-tiba mata Ricky kabur.
Pandangannya kelam.
Ricky gagahkan diri terus maju.
Dapat Ricky rasakan muka dan tubuhnya basah dengan warna merah pekat.
Shit. Darah!!!

Ricky pandang ke hadapan.
Damn.

Ada makhluk itu di hadapan.
Dengan mulut ternganga luas.
Giginya tajam berkilat dek pantulan cahaya lampu yang sirna di balik kocakan air.
Ricky tahu. Ini pengakhirannya.
Dan......Zasss isi tubuhnya tersiat-siat.

***

Ryan tercungap-cungap.
Tak boleh jadi ni.
Kena beli juga ni.

Ryan hidupkan MissRed.
Ryan menuju ke kedai semalam.

"Auntie. Itu goldfish RM10."
"Boy itu bukan bela punya."
"Takpe. Saya mau juga."

***

Alhamdulillah Ricky dan 59 ekor kawannya yang lain selamat, selesa dan tenteram berenang laju-laju dalam mini lautan ciptaan Ryan. Seronok berkawan dengan 32ekor guppy fish teman sepermainannya sekarang. Paling Ricky seronok bermain kejar-kejar dengan Glitter, si ikan guppy paling cantik di tempt ini. Namanya sesuai warna badannya yang berkilau terpantul lampu yang dibuka sekali sehari itu. Ha Ricky juga tak lepas peluang bermain lawan arus dengan air bubble yang keluar hanya apabila lampu menyala.

Bila Ricky penat. Ricky berehat. Cumanya Ricky tengah biasakan diri makan dua kali sehari. Pagi sebelum tuan ke kerja dan malam ketika tuan pulang ke rumah.

I can say this place is far better than dijadikan bahan makan mahluk ganas lainnya.

***

Oh btw I think I need to drop by the shop again next week. Pokok hidup untuk fish bowl dekat desk aku di office belum beli. Asyik takde stok saja. And should I buy another few ringgits of Ricky's friends? Seems like this tank still have space for them all. Haha.


Sunday, November 26, 2017

Pantun Lama

Berburu di padang datar.
Dapat rusa berbelang kaki.
Berguru kepalang ajar.
Bagai bunga kembang tak jadi.

Lulz. This pantun just came across my mind recently. Keep playing the last two sentences thank god terjumpa the first two sentences. Complete huru hara dalam kepala. Jumpa juga  pelengkap ritma dia.

Hopeless Soul

Harry pandang luar tingkap. Ada titis hujan yang masih tersisa.
Pagi yang tenang mungkin.
Dan dingin.

Musim hujan sudah tiba.
Dan negeri bertuah ini terima rahmatnya.
Harry kemudi MissRed berhati-hati sebelum berhenti di tepi.
Tasik di depan mata.
Pohon kemboja di sekeliling.
Deretan pokok bunga renek pelbagai warna segar dibasahi air hujan.

Harry 'warm up'. Ketatkan tali kasut biar kemas. 
Sudah lama ditinggal aktiviti sihat ini.
'Earphone' disisip kemas di kedua belah telinga.
'Playlist'  lagu kegemaran dimainkan.
Dan langkah diatur perlahan kemudian kencang.

"Kenapa kau tidak jujur daripada awalnya?"
"Sebab sayang."
"Maksud kau?"
"Parents mana senang hati dengar anak dia hampir sebulan tidur di pejabat. Mandi tak basah. Makan tak sempurna. Rehat yang tidak rehat. Baring di tikar getah. Semata-mata kerana diuji musibah."
"Dan dia?"
"Sama. Tapi silap aku sayang pada manusia yang cetek pemikirannya. Mulut laju meluahkan  semua yang terbuku di hati sebelum fikirannya dibiar be kerja. Bukan salah aku, kan?."
"Dan kau give up? Taknak selamatkan langsung?"
"Macam katanya, aku yang salah. Jadi bukan persoalan aku taknak selamatkan atau tidak. Aku sendiri sudah tidak mampu untuk diselamatkan. Jadi aku lepaskan. Aku nak hidup sekadar hidup. Sampai mati ajal yang menjemput."
"Come on. Jauh sangat tu."
"Pernah rasa nyawa kau seinci daripada ajal? Yang betul-betul miracle Allah lindung tak tersentuh walau sedikit?"
"Hmm..."
"Makanya, aku sedar ada manusia sayangnya pada yang lain adalah fake semata. Rasa dirinya sentiasa betul dan orang lain semunya salah. Keputusan diambil sentiasa terbaik sedangkan orang lain semuanya silap. Walaupun orang lain salah sekalipun, kenapa dia lebih suka menuding jari dan menghentam setiap inci salahnya. Dan aku sendiri rasa buang masa menghabiskan masa membetulkan keadaan sedangkan nyawa Allah yang pegang. Cukup sudah aku buang masa. Aku akan teruskan jalan yang aku pilih. Aku berhenti atau tidak di pertengahan tidak perlu aku perjelaskan apa alasan. Cukup Allah tahu niat aku untuk memudahkan orang lain yang memerlukan. Bukannya diberi peluang dan senang-senang berhenti kerana semuanya melelahkan. Kalau betul begitu apa yng aku fikirkan, sudah lama aku mengalah. Mana mungkin aku gagah tingkatkan ekonomi diri beria-ria sedangkan manusia pemalas lain sekadar cukup apa adanya atas alasan nanti-nanti sahaja susah senang bersama? Apa cincai sangat ke aku susun hidup aku. Apa busuk sangat usaha yang aku kerjakan? Sampai nampak buruk sedikit terus dicerca habis dituduh berhenti separuh jalan semuanya. Yang di mana belakangnya aku pulun tanpa jemu. Tak mungkin semua susah aku nak tayang pada dunia. Dah. Terpulang nak pandang aku daripada sisi mana. Aku ada Tuhanku. Dia saksi aku. Dia juga yang susun jalan hidup aku."
"Kau penat?"
"Ya dan tidak. Aku penat nak mengalah dan menjelaskan benda yang asalnya tidak perlu disusahkan. Tapi aku tidak akan pernah penat dalam apa yang aku ikhtiarkan. Biarlah orang lain habiskan sarjana dalam 24hulan. Aku 48bulan pon tidak aku kisahkan. Duduk dalam kerusi kecilku dan rasa apa yang berada di bahuku."
"Tapi, tak semua orang faham."
"Memang. Tapi orang yang kau percaya dan sayang sepatutnya perlu ada satu  perspektif baik sekurangnya tentang diri kau. Yang akan cuba memahamkan baik buruk di sebalik apa yang kau putuskan. Buruk-buruk aku yang dipandang rendah inilah, at least aku bangga dengan diri, sepanjang kerja tidak sesen aku guna duit Mama Ayah aku. Walau untuk mendapatkan MissA dahulu dan sekarang MissRed ini. Biar  habis beribu semua hasil usaha aku. So siapa kamu yang nak pandang jelek tentang aku? Baru nampak permukaan masalah hidup aku kau dah baran menggelabah cari salah aku. Apa lagi kalau aku sudah libatkan hidup kau dalam hidup aku. Tengok baik buruknya jalani hidup dengan seorang bernama aku. Mahu dicanang ke seluruh dunia. Silap buat percaturan memilih hidup dengan aku. So go ahead. Jangan buat silap tu. Pergi jangan sibuk Hi Hi lagi."

"Kau okay macam ni?"

"Tak. Tapi aku yakin akan okay satu hari. Dan aku harap dia bertemu la manusia semacam dalam kotak fikiran buruk dia. Spesies pemalas yang balik kerja baring depan tv harap isteri layan itu ini dan kemudiannya merungut duit tak cukup itu ini. Sibuk menayang susah pada isteri dan kemudiannya isteri terpaksa bantu dan akhirnya dicurangi. Biar dia rasa bertemu hidup dengan manusia sebegitu rupa. Bukan doa ya. Aku tak kejam macam tu. Kalau betul dapat. Ingatlah seketul-seketul apa kau cakap dulu."
 
Harry berhenti. Matahari sudah meninggi.
Perlahan memasuki MissRed..
Dan menuju ke TheVeronicaResidence.
Sambil berbisik.

"Nanti kita pergi tengok MissA ya."

Cepat-cepat sembuh sayang. Aku rindu.

Saturday, November 25, 2017

Nakamura Sensei

25 November 2017.
9:45pm.
.
TheVeronicaResidence.
.
Floor Level 26.
Unit Number 9.
.
Studio unit bertema putih.
Didekorasi furnitur minimalis.
Dengan sentuhan urban hitam gelap.
.
Butiran kristal tergantung di chandeliar murah tapi eksklusif yang tergantung di tengah-tengah ruang tamu bergerak perlahan ditampar deruan  angin daripada kipas. Nakamura capai remote dan perlahankan kipas. Sejuk daripada ke biasaan. Pendingin hawa tidak dibuka malam ini. Deruan angin kipas sudah mendinginkan sebegini rupa.
.
***
.
"Hati-hati. Elok-elok. Jaga diri."
"Kenapa tiba-tiba?"
"Takut aku takde satu hari."
"Pergi mana?"
"Entah."
.
***
.
Nakamura capai pisau di sisi tabletop. Memotong halus kepingan cendawan kegemaran.  Baru dibeli siang tadi. Dihiris juga bawang dan daging ayam. Tidak lupa daging cincang. Biar lengkap ada rasa. Tidak jemu saat dijamu.
.
***
.
"Mama risau tak dengar suara Along hari ni."
"Kenapa tak call ke WhatsApp Along ke apa Ma?"
"Entah. Tak suka. Mama buka semua yang ada. Tengok Along muncul di WhatsApp family baru lega isi hati."
"Risau apa Ma?"
"Risau apa-apa terjadi."
"Sorry Ma accident tu. Mama sampai risau macam ni."
"Takpe. Pengajaran lebih berhati-hati."
.
***
.
Air dalam periuk kaca sudah mendidih. 'Angel Hair' sudah mulai lembut.
Kuali di sebelah sudah sedia untuk diguna. Serba serbi dicampak sebelum sos Prego dituang.
Hajat Nakamura untuk disimpan dan pagi esok bangun sekadar hangatkan.
Boleh bawa pergi office. Jadi bekal di tengah hari.
.
***
.
"Kau lelaki tak guna. Takde masa depan. Hidup penuh gagal."
"Tapi aku dah usaha. Dan tak semua usaha berhasil."
"Bila kau usaha? Aku tak pernah tahu. Kau tu sendiri sudah gagal. Ada hati nak jaga aku yang serba serbi sempurna dan berjaya ni?"
"Tapi tak semua gagal aku perlu aku tunjuk. Aku usaha. Berjaya aku kongsi. Gagal aku simpan sendiri. Salah ke?"
"Tak berusaha betul lagi. Buat semua separuh jalan."
"Aku tak berhenti. Aku cuma rehat. Aku baru uji tengok reaksi kalau aku berhenti kau sudah baran begini. Kau pon tak sempurna."
"Tapi aku berhasil semua benda. Kau apa ada? Nothing. Kosong. Zero. Kau loser."
"Kalau kau pandang belakang saat kau pilih untuk berhenti yang itu dulu dan balik kampung perjudi nasib ada kerjaya yang mengganti atau tidak. Sekali pon aku tidak sentuh soal itu. Aku hormat pilihan kau. Aku sedia korban apa aku ada untuk kau. Dan kau persoaloan aku?"
"Ah kau bodoh. Bengap. Lembab. Tak mampu. Lagi banyak cakap."
.
***
.
Nakamura tutup suis. 'Angel Hair' di tos. Sos dituang ke dalam mangkuk porcelain putih tanpa delorasi bahan kimia Melamin. Diletak keduanya di meja makan kaca bulat di penjuru 'kitchen bar'. Biar sejuk sebelum dipindah masuk ke dalam peti sejuk. Esok bangun baru panaskan sebelum berangkat ke office.
.
***
.
Nakamura baring di sofa bujang 'Two Seater' tona warna hitam. Pandang kosong dinding putih dengan hiasan kertas dinding tona warna hitam sebagai 'focal point'. Di sisinya diapit dua tumbuhan hijau renek sumber oksigen segar studio 423 kaki persegi ini. 'Smartphone' jenama terkemuka yang dibeli kerana yang lama diberi pada Mama berbunyi singkat tanda ada mesej masuk ke 'inbox'.
.
"Hi"
.
Nakamura slide ke kiri. Butang 'Delete' ditekan.
.
Cukup sudah Nakamura pertahankan sayang yang ada. Kalau dulu masih tersisa rasa marah merajuk tak puas hati. Tapi bukan kali ini. Kali ini Nakamura hanya mahu berdiri. Angkat kaki pon tidak mahu. Perlahan-lahan biar dia pergi. Nakamura sudah tidak mahu menahan dia lagi.
.
Kerana mana mungkin seorang loser berdiri sama tinggi sama rendah dengan manusia sempurna.
Kerana mana mungkin seorang zero berdiri sama tinggi sama rendah dengan manusia hero.
Kerana mana mungkin seorang 'quitter'  berdiri sama tinggi sama rendah dengan manusia 'accomplisher'.
.
Ibarat enggang sama enggang.
Pipit duduk sendiri hujung sana.
.
Nakamura capai ubat.
Telan dua biji.
.
Biar tidur tenang.
Esok bangun pon senang.
Dan ulang rutin sebagai manusia gagal.
.
Selamat malam Si Sempurna.
;)
.
#NakamuraSensei
#BukaSikitTutupBanyak
#IndahKauTengokBurukAkuSimpan
#AcahKuatTaknakRabakDepanKauTapiLemah
.
Nakamura gelak.
Ambil 'Eye Mask'.
Lagu 'I'm Young' dimain.
Sedia tutup mata.