Monday, July 31, 2017

Kapal yang Karam

Maaf jika tidak terbiasa.
Aku sekadar melirik kata.
Jika ada cela maafkan hamba.
Hamba hanya insan pendosa.

***

Kapal ini.
Jika layak untuk diumpamakan.
Akulah, jika bisa, nakhodanya.
Dan merekalah para kelasi yang setia.

Kapal yang kami sama-sama bina.
Sauh yang kami sama-sama turunkan.
Layar yang kami sama-sama layarkan.
Tidak lagi seteguh yang kami harapkan dulu.

Badai menghempas keras.
Gelombang memukul kasar.

Layarnya patah dua.
Sauhnya sudah hanyut.
Lompongnya sudah ada.

Perlahan dan perlahan.
Air terus menenggelamkan.
Ombak semakin rakus menghempas.
Kasihan. Kasihan sungguh kami semua ini.

Ku pandang ke kiri dan kananku.
Kelasiku sudah tidak punya daya upaya.
Bagai sudah bernafas separuh nyawa rupanya.

Ku pandang tangan dan tubuhku.
Luka bermaharajalela.
Darah memercik hiba.

Sekilas ku sedar.
Mungkin ini akhirnya.

Pergilah.
Pergilah semua wahai para kelasiku.
Tinggalkan semua batu beban di bahumu.
Tapi usah ditinggal memori yang pernah bertamu.

Pergilah.
Pergilah tinggalkan kapal yang nyawanya kini suku.
Ambillah segera dayung ini seorang satu.
Dayunglah walau sehingga seribu batu.

Aku sudah tidak berdaya membenteng ombak.
Tidak juga upaya menampal segala lompong.
Apa lagi mahu menangguk air yang mengenangi.

Sudah sampai masanya kita tidak bertemu.
Yang akhirnya semua pergi ke arah yang baru.

Selamat tinggal wahai kelasiku.
Memori kita akan kurindu.

***

12 April 2017.
Lunch Break.

Ilham segera tekanan kerja.