Sunday, May 31, 2015

Rabak

"Kunfayakun"

Bila mana Allah yang satu itu mengkehendaki sesuatu berlaku, maka tidak akan pernah lambat atau cepat sesaatpun ia akan berlaku.

"Tidak akan diturunkan sesuatu ujian kepada hambaNya, melainkan ujian itu mampu ditanggung hambaNya"

......

Allah.

......

25 May until 31 May 2015.

Minggu ini ujian bertalu-talu.
Kerja yang menyesakkan jiwa.
Seolah2 dunia menekan jasad.

Semua usaha seolah2 terbuang.
Membuat sedikit kepercayaan hilang.
Seolah2 diri tidak mampu melaksanakan.

Tak mengapa.
Jasad masih utuh.
Jiwa masih terus hidup.

Tapi ending minggu mencabar ini.
Sekali lagi mahu menguji jasad diri.

Duit yang hilang.
Ya tidak mengapa.
Percaya akan diganti.

Perancangan yang rosak.
Ya usah dikhuatir usah dirisau.
Perlahan2 menyusun kembali irama.

Saat diri terkejut.
Fragile akan langkah.

Pokoknya,
Tidak aku sangka.
Kawan sekerja yang itu.
Sudi menghulur pertolongan.

Terima kasih.

Setahun sekadar kenal.
Perbualan sekadar soal kerja.
Pergi solat jumaat dan lunch sekali.
Untuk seminggu berlalu ya hanya sekali itu.

Terima kasih.

Bila ditanya buat apa.
Bersiap mahu keluar katanya.

Bila ditanya berada di mana.
Sejam perjalanan jarak jauhnya.

Bila ditanya kapan pulangnya.
Esok pagi dalam perancangannya.

But still,
Sebaik mulut meluah apa terbuku.
Sudi dia cancel segala perancangan.

"Jap bro. Kau rilek. Tunggu je aku. Tak sampai sejam aku sampai. Kau tunggu je. Aku gerak sekarang."

Seriously terima kasih bro.

Sama2 kau clearkan kereta aku.
Sama2 kau clearkan semua untuk aku.

Just thanks a lot.
Really appreciate it.

...

Bila sebut soal sahabat,
Tak perlu kenal bertahun.

Cukup dia ada bila kau susah.
Dia dah boleh dipanggil sahabat.

Serious.

...

Tapi terkilan tak boleh nak terima, bila mana kau tengah kelam kabut nak handle jiwa rabak, emosi rapuh, dengan police report bagai.

Sibuk susun rencana, mahu atur hidup balik. Ada seseorang tanya, "Eh, tumpang tidur rumah kawan perempuan yang nama ###### tu ke?"

Oh gosh. Tipis mana iman aku, robek mana agama aku, halal haram aku masih tau. Even nak menumpang rumah keluarga dia sekalipun, tidak pernah menjadi option, sedangkan hotel berlambak dari menimbulkan fitnah dan desas desus orang.

Gurauan pon biar bertempat.
Paranoid kau pon biarlah berlapik.
Apa kau kira aku seteruk pemikiran kau?
Atau kau sendiri hidup dalam polemik begitu?

Apa kau tidak pernah fikirkan itu?
Atau aku?