Monday, June 23, 2014

Slot Infiniti - Anekdote Pena Buta

Kau, kau, kau, dan aku.
Bersama kita mencipta kita.
Bersama kita merangkak.
Hajatnya mahu bersama mendaki puncak.

Aduh.
Aku terjatuh.
Kaki terseliuh.
Tangga sudah di depan mata.
Kau, kau, dan kau sudah tiba di kaki tangga.
Aku? Masih merangkak di lantai yang sama.

Ayuh! Lekas!
Sebelum masa itu tiba.
Sebelum akhir itu tiba.
Itu kata kau.
Pada aku.

Dalam payah.
Dalam susah.
Aku cuba bangkit.
Tapi terjelepok aku.
Untuk sekali lagi.
Lantai terlalu licin.
Kata aku. Jujur.
Aku tak mampu.
Tutur aku. Juga jujur.

Usaha! Cuba!
Kami menunggu.
Jangan putus asa.
Kami menanti.

Terima kasih.
Semangat aku kuatkan.
Tangan aku kepalkan.
Langkah aku susunkan.

Aduhhhh.
Kondisi tetap memburuk.
Lantai marmar yang dulunya cantik.
Tersusun indah. Rata. Mulai retak. Pecah.
Menjadi kepingan-kepingan yang melukakan.

Ayuh! Bangun!
Sambut tanganku.
Kata kau.
Terima kasih.
Sabar. Kuat.
Diri aku.

Dalam genang mata.
Dalam darah menitis.
Kembali ku maju.
Walau sekadar merangkak.
Alhamdulillah.

Kutiba ke destinasi.
Tangga sudah di hujung jari.
Kau, kau, kau, dan aku.
Kembali menjadi kita.

Ayuh kita daki.
Kata aku.
Menuju ke puncak realiti.
Kau, kau dan kau.
Senyum.

Dari bawah ku dongak ke atas.
Kau, kau, dan kau.
Gigih mendaki tangga-tangga.
Bersama kita daki.
Semoga bersama ke sana.

Aduhhhh.
Entah mana silapnya.
Sekali lagi aku jatuh.
Darah yang menitis mulai menggila.
Licin kaki dek darah mengalir.
Kaki hilang pegangan.
Graviti menghulur tangan.
Menyambut aku keras ke dasar.

Ayuh! Ayuh!
Terlalu jauh untukku hulur tangan.
Tapi ayuh! Teruskan!
Bangun kau sekali lagi.
Kata kau.

Sudah! Sudah!
Masa kian suntuk.
Kau sudah hampir ke penamat.
Usah ditunggu aku.
Tidak akan sempat aku mengejar.
Pergilah terus dan terus.
Teruslah kamu daki hingga ke sana.
Walau tanpa aku.

Tapi. 
Kita mulakan ini bersama.
Ayuh kita tamatkan bersama.

Tidak.
Masa bukan milik aku.
Teruskanlah.
Aku redha sendiri.
Ini takdir aku.
Teruskanlah.
Aku doakan kau.

Janjilah padaku.
Kau akan terus kuat.
Mulakanlah walau dari mula.
Kami akan tunggu kau di sana.

Baik! Baik!
Itu juga hajat aku.
Selamat tinggal.
Aku akan terus mengorak langkah.
Akan ku ingat janji kita.
Untuk berjumpa di sana.

Masa tidak akan menunggu.
Peluang tidak akan menanti.
Aku harus terus berdiri.
Agar hajat dan usaha selari.
Akan ku sisip kemas menjadi janji.
Biar tersemat di hati dan sanubari.

Jika benar aku terlambat tiba ke destinasi.
Dan kau, kau dan kau sudah jauh berlari.
Ingatlah aku di sini.
Seorang diri.
Berjuang.

InsyaAllah.

p/s : Kunfayakun. Dalam penuh pengharapan, tanpa sesalan, takdir Tuhan akan menentukan.

Friday, June 20, 2014

Slot Infiniti - Monologue

Hari ini seharian Harry habiskan bertapa di perpustakaan.
Bertungkus lumus menghabiskan bacaan.
Demi persiapan peperiksaan akhir.

Hari ini juga Harry habiskan menjadi seorang hipokrit.
Memakai topeng muka pelindung nurani sendiri.
Kononnya luar tenang, tapi dalam berbolak balik.

Hari ini juga Harry menjadi seorang manusia lemah.
Air mata dan ego lelaki bertahun tiba-tiba cair.
Gugur tanpa dibendung depan sahabat.

Lemahnya seorang manusia.

Harry baringkan diri.
Penat menelaah.
Pusing memikir masalah.
Letih mencari solusi.
Lelah memujuk diri.

Sahabat sudah lama ke dunia fantasi.
Mimpikan yang indah-indah ya sahabat.

Harry masih termenung.
Memikirkan nasib diri.
Harapan bertahun hancur dan lebur.
Seolah nyawa di hujung tanduk.
Keadaan diri dalam kepungan asap tebal.
Asap kejamnya dunia tanpa toleransi.

Harry sejukkan diri dengan wuduk.
Pelikat dikemaskan.
Sejadah dibentangkan.
Hanya pada Dia perlu bersujud.

Solat Isyak 4 rakaat.
Hati gundah. Oh berdosanya tidak kusyuk.
Seolah-olah tidak ikhlas menghadap Dia.

Solat hajat 2 rakaat.
Mohon diampunkan dosa.
Mohon diampunkan khilaf diri.

Assalamualaikum Warahmatullah.
 Assalamualaikum Warahmatullah.

Harry menadah tangan.
Masa untuk kembali berserah pada Dia.

Mohon dikuatkan kaki untuk terus berdiri.
Mohon disejukkan jiwa yang runsing.
Mohon ditenangkan hati yang gundah.
Mohon diberi semangat yang kuat.
Mohon dikurnia sabar yang hebat.

Mohon juga dipermudah segalanya.
Mohon juga dilancarkan semuanya.
Jangan ditarik apa yang telah diberi.
Jangan berhenti memberi untuk sekelian kalinya.

Tangan diraup ke muka.
Tanda selesai dalam pengharapan.

Semoga kemelut berakhir seperti dirancang.
Semoga usaha tidak ke longkang.
Semoga peperiksaan lulus cemerlang.
Semoga semua berakhir tenang.

Allah Allah Allah.
Terima kasih sahabat.

Semoga esok bawa berita gembira.
Semoga esok bertiup roh sejiwa.
Semoga esok ada aura bahagia.

p/s : 20/06/2014. 1:32am.

Wednesday, June 11, 2014

Makan.

Pejam celik pejam celik.
Dah nak habis degree dah.
To be exact, tinggal kurang 3 minggu lg.

Menghampiri hujung-hujung degree life ni, aku spend time dengan kawan2 aku mostly dekat kedai makan.
Pergi balik satu persatu kedai makan best yang jafi feveret lepak kitorang melantak since mula2 kenal sampai sekarang.
List kedai feveret dh makin kurang sebab dlm masa 4 tahun bnyk kedai yang bungkus. I mean bukan nasi bungkus tapi betul2 bungkus.
Mungkin dana keuntungan dari kami tidak mencukupi untuk putaran niaga mereka.
Tapi tak mungkin. Ni mesti kes orang dalam songlap duit.

Macam tadi. Tapi hampa sebab kedai tu tutup. Last2 mkn kedai lain. Cam nokharom jer redah hujan.

p/s: next venue, dominos habiskan baucer. Haha