Musik dari lagu Radio nyanyian Alkalinetrio menyedarkan aku daripada lena.
Rasa mengantuk membelenggu diri. Baru sejam rasanya melelapkan mata.
Dalam mata separuh terbuka tangan meraba-raba meja di sisi katil.
Handphone digapai. Jari slide ke kiri kemas. Alarm di dismiss.
Aku tenung siling bilik. Kosong. Kosong yang sekadar kosong.
Terlalu banyak benda terbayang di mata. Terlalu banyak benda bermain di minda.
Comforter ditarik menutupi seluruh badan. Seakan mahu menyorok daripada realiti.
Nafas terasa sesak. Sesak bagai bernafas dalam air.
Hangat nafas terhembus terasa melelahkan.
Dalam berat langkah kaki, aku bangun menapak satu persatu dan terus mandi.
Titik-titik air yang jatuh daripada shower masih tidak mampu menenangkan gelojak rasa yang bergelora. Air yang membasahi badan terasa seperti peluru yang gugur jatuh ke medan perang.
Projek yang gagal. Lab yang delay. Test yang hancur. Kelas yang lost.
Fb yang merimaskan. Wassup yang melelahkan.
Terasa dada berat. Walau tidak atletik dan ada sixpack, sekujur badan aku masih gagah bertahan sakitmya dugaan dunia.
Shower ditutup. Badan dilap sekadarnya. Baju dan seluar dicapai apa adanya.
Handphone dibuka. Ada pesanan ringkas daripada Anabelle.
Handphone diletak di atas meja. Dibiar tak berbalas. Sudah berminggu keadaan begini. Entah mengapa terasa malas. Entah mengapa terasa berat.
Hampa dan resah. Peristiwa tempoh hari menjadi penentu limitasi.
Sampai mahu membalas pesanan menjadi tugas yang menyeksa diri.
Aku duduk sejenak. Air kopi dalam cawan kuning dihirup perlahan.
Karipap yang dibeli rakan dijamah sekadarnya. Buat mengalas perut orang kata.
Hari ini kelas cancel. Esok Rabu tiada kelas. Lusa Khamis kelas subjek wajib. Jumaat schedule free. Fyp talk sudah selesai minggu sudah.
Aku sudah nekad.
Aku masuk ke bilik. Almari kuning dibuka.
Jaket dicapai dan dipakai. Wallet disisip ke poket belakang.
Laptop disimpan dalam almari. Handphone samsung dan sony dibiar atas meja sisi katil.
Sengaja tidak mahu dibawa. Biar terputus dengan dunia luar.
Hanya tablet peneman setia. Tempat menulis saat ilham jatuh ke riba.
Aku mahu tenang. Biar tenang.
Ford Fiesta yang genap setahun umurnya dipandu cermat.
Jeti Kuala Perlis destinasi yang dituju.
Fiesta kesayangan dipark depan KFC Kuala Perlis.
Entah betul entahkan tidak keputusan ini.
Tapi aku sudah nekad mahu ke Langkawi. Mahu bercuti.
Sementelah itu destinasi paling hampir.
Bercuti selama yang aku mahu.
Aku mahu lari daripada dunia realiti.
Aku mahu mencari dunia tanpa limitasi.
Perut berbunyi tanda lapar dibiar tanpa perhatian.
Pemandangan tengah lautan lebih menenangkan.
Sepanjang perjalanan sejam 15 minit dalan feri terasa terlalu singkat.
Kalau feri itu aku yang pandu, akanku pandu berjam lamanya.
Biar masa seolah terhenti. Biar masa seolah mati!!!
Hotel di pantai Chenang di check in.
Basa basi receptionist bertanya tempoh bercuti dibiar tanpa jawapan.
Mana mungkin jawapan mampu diberi kalau hati dan rasa belum selari?
Aircond dalam bilik di on biar sejuk maksimum.
Hajatnya biar badan dan hati ikut sama membeku.
Biar badan beku tanpa darah amarah.
Biar jiwa beku tanpa nafas resah.
Aku campak badan ke katil.
Ku tenung siling kembali.
Tanpa niat mahu melelapkan mata.
Entah kenapa walau keadaan sudah berubah.
Destinasi dan ruang sudah berbeza.
Namun rasa tetap terasa sama.
Berat dalam jiwa belum gugur hancur sepenuhnya.
Mungkin belum masa untuk sakit yang ini pergi.
Jam tangan dikerling.
Jam pemberian ayahanda.
Oh sudah malam rupanya.
Berjam dihabiskan merenung kosong siling bilik hotel.
Tapi aku masih belum mahu bergerak.
Biarlah masa kekal begini.
Terasa tubuh sekadar tubuh.
Tanpa roh dan semangat.
Aku bangun perlahan.
Keluar mencari sang rembulan.
Duduk terkujur berbaringkan pasir halus sang pantai.
Tangan berpeluk tubuh.
Sweater dizip sampai ke atas.
Aku tanya bintang kenapa dunia kejam.
Aku tanya angin kenapa jadi tidak seperti dirancang.
Aku tanya ombak kenapa hidup penuh dugaan.
Aku tanya bulan kenapa hati tidak tenteram.
Bunyi bising anak mat saleh mahukan banana boat mengejutkan aku.
Oh tertidur rupanya aku.
Jam sudah pukul 7.30pagi.
Gila semalaman tertidur di luar.
Berlantaikan bumi berbumbungkan langit.
Aku berdiri. Tapi terjatuh.
Terasa lemah. Bagai tidak punya tenaga.
Baru teringat belum menjamah apapun dari semalam.
Sudah berapa hari aku di sini.
Tenang? Jujur memang aku semakin tenang.
Kembali? Sudah semestinya aku mahu kembali.
Tapi entah bila. Mahu menyimpul semangat dahulu.
Semangat yang hilang.
Belum puas mengadu pada bulan dan bintang.
Belum puas bermanja dengan ombak dan pantai.
Belum puas bermesra dengan siang dan malam.
Aku buka tablet. Online.
Mahu update blog.
Beberapa hari di sini terasa penuh dengan ilham.
Mahu menulis apa rasanya.
Menulis untuk kepuasan.
Biar tidak personal tapi melepaskan.
Melepaskan tekanan dan ketidakpuasan.
Watak imaginari seakan refleksi diri.
Biar tulisan mencipta dunia tanpa dimensi.
Ada notifikasi komen di blog.
Juga emel di inbox.
Juga chat di fb.
Oh lupa tablet ada software fbmessenger.
Akan online chat walau fb tidak berbuka.
Patut di uninstall dari dulu lagi.
"Wei mangkuk. Dekat seminggu kau menghilang. Kau pergi mana?"
"Kau ok tak? Ada emergency ke?"
"Kau pergi mana bro? Handphone semua tinggal?"
Tablet di off. Belum masa untuk berdunia.
Hati belum cukup tenang.
Semangat masih belum pulang.
Aku merebahkan badan ke katil.
Menyerah diri pada takdir.
"Let it go, let it go.
Turn away and slam the door."
"It's time to see what I can do.
To test the limits and break through.
No right, no wrong, no rules for me.
I'm free."
Dah sampai masa untuk aku membuat resolusi.
Terasa semangat dan roh sudah meresapi diri.
Masa untuk aku let go semua biar ringan kaki berdiri.
Petang ini feri terakhir.
Akan ku kembali ke dunia realiti.
Berjuang semula dengan diri.
Buang semua fantasi.
Jalankan resolusi.
Lab akanku kuatkan diri.
Kelas akanku rajinkan diri.
Test akanku muhasabah diri.
Si dia akanku biar pergi tak kembali.
Jatuh bangun kali ini aku tidak pasti.
Tapi aku sudah persiapkan diri.
Bersemangat dan bermotivasi.
Kalis peluru dan berbaju besi.
"My power flurries through the air into the ground.
My soul is spiralling in frozen fractals all around.
And one thought crystallizes like an icy blast.
I'm never going back, the past is in the past."
Dunia dimensi baru.
Masa realiti baru.
P/s : notabulukaki - si dia? Tidak penah dan masih belum ada si dia yang baru. Cukup si dia yang lama menjadi kisah silam yang memburu.